Pakej Umrah, Pakej Umrah Terbaik, Pakej Umrah Dengan Harga Berpatutan

Dapatkan Pakej Umrah Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan

Alangkah bahagianya bila melihat mereka-mereka yang dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan dapat mengerjakan ibadah di sana. Ianya merupakan impian setiap muslim dan muslimat yang mengimpikan pahala serta balasan yang agung dari Allah.

Walaupun sudah 2 kali saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci mengerjakan Umrah, tapi impian ke sana sentiasa berkobar-kobar bila bercerita tentang Umrah ataupun Haji ni. Rindu sangat untuk menjadi tetamu Allah di sana.

Kebanyakan dari kita memang teringin sangat-sangat untuk jejakkan kaki  ke sana walaupun untuk melakukan Umrah sekali seumur hidup, tapi seringkali impian tersebut di pendamkan kerana masalah perbelanjaan dan kos untuk melakukan ibadah tersebut menjadi satu halangan buat sesetengah orang.

Kenapa anda perlu risau? Kini terdapat banyak travel agent menyediakan  pilihan pakej Umrah yang boleh diperolehi mengikut kemampuan anda.

Tips Dapatkan Pakej Umrah Terbaik

Pakej Umrah, Pakej Umrah Terbaik, Pakej Umrah Dengan Harga Berpatutan

Alhamdulillah 2 kali saya lakukan ibadah Umrah, saya dapat melakukan ibadah Umrah tanpa sebarang masalah. Agensi travel yang saya ambil banyak membantu ketika saya dan kumpulan saya di sana. Setiap perjalanan kami berjalan lancar.

Sebetulnya, untuk memilih pakej Umrah ni, kita kena berhati-hati kerana telah banyak juga travel agent yang tak bertauliah di luar sana yang memanfaatkan perjalanan agama ini hanya untuk meraih keuntungan semata-mata.

Dapatkan pakej Umrah yang sesuai dengan harga yang berpatutan melalui agensi Umrah yang berkualiti dan di percayai. Pastikan ianya mempunyai lesen yang sah dan berdaftar untuk membuat pakej Umrah atau Haji.

Bukan apa, banyak terjadi kejadian jemaah tersangkut di lapangan terbang, bila hari sepatutnya berlepas tidak ada tiket yang ditempah oleh pihak agensi travel tersebut, batang hidung agen langsung tak ada di lapangan terbang tersebut. Sedih betul kan?

Sebab itulah adalah amat penting untuk kita memilih travel agent yang sudah establish serta yang berpengalaman membawa jemaah ke Tanah Suci.

Kita perlu dapatkan maklumat lengkap agensi travel tersebut. Kita kena rajin buat kajian dan dapatkan sebanyak review yang boleh.

  • Pilih pakej ikut kemampuan kita.

Untuk pengetahuan anda, harga yang murah bukan semestinya kualiti yang di tawarkan kurang baik tapi pakej yang di tawarkan mengikut pakej yang kita ambil seperti musim yang kita pergi, lokasi hotel yang kita menginap dan lain-lain lagi.

Pastikan kita memilih pakej yang menepati kemampuan kewangan kita. Misalnya, terdapat pakej yang mahal, yang mana kita boleh mendapat hotel yang berdekatan dan makanan yang anda dapat  3 4 jenis lauk dan dapat 4 kali makan.

Tapi ada juga yang murah tapi hotel jauh dan makanan ada dua tiga jenis sahaja, jadinya kita kena rajin bertanya dan dapatkan maklumat yang lebih terperinci.

  • Tempoh berapa lama di Tanah Suci

Jika kita mengambil pakej Umrah yang lama, maka harga pakej yang ditawarkan adalah lebih mahal. Ini merangkumi pertambahan makan minum kita di sana.

Kebiasaan pakej yang ditawarkan adalah 12 hari 10 malam. Minta pada agensi travel anda  itenerery yang lengkap supaya anda mengetahui perjalanan anda ketika di sana.

  • Mutawwif

Pemilihan Mutawwif juga memainkan peranan penting. Ada yang berpengalaman lama dan ada juga yang baru sahaja menjadi Mutawwif ini. Ketahui terlebih dahulu Mutawwif yang disediakan, samada dari Indonesia atau Malaysia, yang dah berpengalaman lama membawa jemaah dan dari Malaysia pastinya lebih lah bayarannya.

Ada juga sesetengah pakej tidak termasuk mutawwif di Madinah, mereka akan menunggu kita di mekah. Anda boleh tanya kepada agensi travel yang anda pilih untuk dapatkan khidmat Mutawwif yang bagaimana.

Seperti saya dahulu, Mutawwif yang saya dapat sangat membantu. Banyak membimbing kumpulan saya dalam melakukan ibadah Umrah dan tazkirah. Beliau juga banyak menerangkan kepada kami tentang sejarah para Nabi dan Rasulullah sepanjang perjalanan ziarah kami.

  • Pakej Umrah dan Ziarah

Terdapat juga pakej yang menawarkan ziarah ke destinasi lain selain daripada Mekah dan Madinah. Kita akan dibawa melawat ke tempat-tempat sejarah Islam di beberapa Negara misalnya kita di bawa ke Turki. Jadi, terpulang kepada kita samada untuk memilih mengikut kemampuan kita untuk memastikan keselesaan dalam menunaikan ibadah.

Pemilihan pakej Umrah yang sesuai dengan kehendak, kemudahan serta kemampuan kewangan sangatlah penting buat kita semua. Sebenarnya banyak lagi yang kita perlu ketahui serta perlu rancang dengan sebaik-baiknya supaya kita bersedia segalanya dari segi ilmu pengetahuan dan dari segi persiapan untuk menambahkan lagi keyakinan kita dalam beribadah.

Dapatkan Pakej Umrah Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan

Dalam menunaikan Umrah, ramai yang mengimpikan pakej harga yang mengikut kemampuan diri, penginapan yang dekat serta keselesaan yang di beri ketika berada di Tanah Suci.

Jika anda ingin dapatkan harga yang mengikut kemampuan anda, anda boleh layari sini untuk mendapatkan pakej umrah yang berpatutan serta memberi keselesaan buat anda, di sini anda juga boleh memuat turun aplikasi yang turut menyediakan akses mudah ke video ekslusif dari program keagamaan yang popular seperti Al-Kulliyah, tanyalah Ustaz dan Halaqah, waktu-waktu doa yang tepat berdasarkan lokasi, pemberitahuan azan serta senarai masjid dan restoran halal di sekeliling anda. Menarik bukan?

Semoga dipermudahkan segala urusan pemilihan Umrah anda dengan tepat dan dapat mempermudahkan urusan ibadah Umrah ketika di Tanah Suci dan semestinya kita semua mahukan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.