Banyak sungguh jemputan open house hari raya aidil fitri 2014 sekarang ni. Sana sini ramai yang buat open house, alhamdulillah murah rezeki mereka yang buat open house ni.

Saya pun suka pergi ke open house ni, inilah peluang dapat jumpa kawan-kawan lama dan baru dan dapat beramah mesra. Dapat pulak makan makanan yang enak-enak yang disediakan oleh tuan rumah.

Open House Hari Raya Aidil Fitri 2014, Open House Hari Raya, Open House Sana Sini, Open House

Tapi sekarang ni ada masalah lah pulak dekat saya, sebab bertindih tindih pulak tarikh open house kali ni. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Ikutkan hati nak pergi ke semua jemputan open house.. tapi apakan daya..perut akak kecik je..(perasan kecik..hehehe).

Kebanyakkan open house kali ni dibuat pada hari sabtu dan ahad sebab hari biasa ramai yang bekerja, lagi satu masa yang dibuat mesti dari tengahari sampai kepetang atau malam, itu yang masa terlalu terhad untuk terjah ke semua rumah yang buat pada tarikh dan masa yang sama.

Kalau rumah masing-masing dekat memang tak kisah nak pergi ke setiap jemputan open house tapi ada yang satu di sini, ada yang di sinun dan ada yang nunnnn jauh di seberang..cam ne lah akak nak terbang dari satu tempat ke satu tempat dalam masa yang limited.

Jadi kali ni pergi yang mana dekat aje lah ya, yang jauh-jauh tu harap maaf sangat-sangat kalau akak tak sampai. Kalau masa mengizinkan insaallah akan sampai juga ya. Jangan marah tau..kan dah kosong kosong…hehehe.

Win RM1,000 Malaysia Supermarket Vouchers

 

Sis..sis tak buat ke  open house hari raya Aidil Fitri 2014 ?

Ummm…macam mana nak jawab ya…

….

….

Actually dah lama dah saya ni tak buat open house, rasanya dah 7 8 tahun saya tak buat open house ni. Rumah saya kecik aje, kalau jemput ramai tetamu rasanya tak tertampung pulak rumah nanti..hehehe.

Lagipun dah 7 tahun jugak saya tak menyambut hari raya dirumah sendiri, pagi raya saya akan ke rumah mak dan sambut raya disana. Persiapan hari raya dirumah langsung tak buat apa-apa. Jadi tak ada hidangan hari raya untuk di beri pada tetamu yang datang.

So kesimpulannya…

Open House Hari Raya Aidil Fitri 2014, Closed House For Hari Raya 2014

 

Kihkihkih…

Tapi mana mana geng nak datang untuk beraya..datang aje, cuma tak adalah hidangan raya seperti ketupat rendang atau kuih raya. Saya cuma tak buat open house…bukan bermakna tak boleh datang untuk beraya, jangan salah sangka pulak..hehehe.

Open House Hari Raya Aidil Fitri 2014, Open House Raya 2014, Open House

Selamat Hari Raya dan selamat beropen house dari saya dan Aeysha

Akhir kata dari saya, kalau makan-makan di open house hari raya aidilfitri 2014 tu beringat-ingat ya. Jangan makan terlampau banyak, nanti sakit perut pulak. Kalau satu hari pergi ke 2 3 buah rumah, makan sedikit-sedikit di setiap rumah. Tak lah senak nanti perut tu.

Okey..sesiapa yang buat open house dan nak jemput akak dipersilalah ya..hehehe.

 

 

Lazada Malaysia