Kalau anda ke South Korea, selain dari sightseeing dan membeli belah..saya cadangkan anda pergi menonton Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong.

Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong, Nanta Show, MyeongDong

Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong

Saya awal-awal lagi sebelum datang ke Korea ni dah tengok review pasal Nanta Show ni dan rata-rata kata memang best dan menyeronokan. Jadi alang-alang dah kesana, why not saya menonton persembahan komedi theater ni di Myeongdong Nanta Theatre.

Lokasi Nanta Theatre ni memang betul-betul terletak di tengah-tengan kawasan shopping MyeongDong. Penat bershopping boleh rehatkan kaki dan tenangkan fikiran memikirkan duit yang terbang disebabkan banyak bershopping. dekat sini tak lah bershopping sangat, hanya membeli bedak dan peralatan kecantikan aje.

Owhhh ya…sampai-sampai aje di MyeongDong ni kita semua cari tempat makan dulu, almaklum masing-masing tengah kelaparan. Nama tempat ni tak ingat tapi tak susah nak cari, nampak lorong sebelah kanan dan nampak kedai-kedai makan(kebanyakkan seafood) haaa…kat sana lah. (nanti kalau saya ingat saya akan update semula ya..)

Restaurant Grill Fish dan Asam Pedas di MyeongDong ni pun sedap. Memang saya suggestkan anda singgah makan disini kalau datang ke MyeongDong ni.

Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong, Restorant Grill Fish dan Asam Pedas Di MyeongDong

Singboard tempat Grill Fish dan Asam Pedas yang sedap di MyeongDong.

 

Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong

Menu asam pedas…yang ni memang patut cuba…memang sedap

 

Restaurant Grill Fish dan Asam Pedas Di MyeongDong, Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong

Memang berselera kami makan disini. Jangan risau kerana semua masakan dari seafood

Lepas habis bershopping dan makan-makan barulah kita semua ke Nanta Show Theatre.

 

Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong, Nanta Show Theatre

Memang best lawak yang dipersembahkan. Tapi kita tidak dibenarkan untuk tangkap gambar dalam panggung so hanya gambar ini aje yang saya boleh postkan disini.

Jangan risau kalau tak faham bahasa korea…sebabnya tanpa suara pun persembahan ni..hehehe.

Theater yang mengabungkan komedi, masakan, muzik traditional dan persembahan mempertahankan diri oleh artis-artis theatre. Kalau nak memahami kena tengok betul-betul. Tanpa percakapan tapi hanya dengan gerakan yang dipersembahkan diiringi muzik, so kena tengok betul-betul tau!!

Memang lawak dan menakjubkan persembahan mereka. Saya nak cerita panjang-panjang disini pun rasa saya tak habis kalau nak tulis so better anda tonton sendiri kalau anda kesana.

Masa nak balik, sempat saya beli t-shirt untuk diri sendiri dan anak sehelai seorang, untuk kenang-kenangan.

Balik apartment, tengok barang-barang yang saya shopping di MyeongDong…fuhhh banyak sungguh, tapi tak apa buat stock 5 tahun hahahaha. Kalau di Malaysia ni mahal-mahal harga product Laneige ni, dah alang-alang ada Myeongdong baik saya beli banyak product Laneige ni..(orang perempuan cam ni lah..hehehe)

Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong

Inilah barangan shopping saya di MyeongDong

Dapat menonton persembahan di Nanta Show Theatre Dan Bershopping Di MyeongDong memang best. Kalau tak minat theatre anda boleh bershopping atau cuci mata di jalan MyeongDong yang memang terkenal dan sentiasa penuh dengan manusia.

 
Lazada Malaysia