Day 2 South Korea – Ke Nami Island yang terkenal . Saya ni memang peminat drama Winter Sonata jadi bila dapat jejakkan kaki ke sini bermakna tertunailah keinginan saya selama ini ke Nami Island, memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Nami Island yang terkenal kerana Winter Sonata memang satu nama yang tidak boleh dipisahkan.

Sebab tu lah tempat ini terkenal diseluruh dunia. disebabkan lokasi drama Winter Sonata dibuat disini dan menunjukkan pemandangan yang cantik dan suasana yang mendamaikan, membuatkan orang nak datang kesini dan membuatkan Nami Island Terkenal Kerana Winter Sonata.

Nami Island Yang Terkenal, WInta Sonata, Ke Nami Island Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata , Nami Island , Winter Sonata

Dah terbayang-bayang suasana disana macam dalam drama winter sonata tu. Jadi sesiapa yang minat winter sonata jom ke Nami Island South Korea.

Bertolak sepatutnya seawal pagi untuk kejar bas pukul 9.00 tapi disebabkan kami terlewat sedikit terpaksalah kami ambik bas pukul 11.00. Kalau nak ke Nami Island kita kena tengok timetable bas yang dikhaskan untuk hantar kita ke Jetty.

TIME TABLE BAS KE JETTY NAMI ISLAND

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata , Nami Island , Map Nami Island

Sebelum menaiki bas dari Seoul Station kita kena ambik train di subway station. Fuhhh punyalah ramai hari ini dekat subway station dan yang nak menaiki train ke Nami Island.

Kisahnya hari yang kita pergi adalah Public Holiday South Korea. Jadi kebanyakkan mereka keluar dari town untuk berholiday. Terpaksalah kami berdiri dan berhimpit-himpit didalam train. Bukan dekat tau.

Dalam Train Yang Yang Ke 2 Ke Nami Island , Day 2  South Korea - Nami Island Yang Terkenal

Perjalanan menaiki train lebih kurang 1 jam perjalanan. Kena bertukar 2 station pulak tu. Kami ambik train yang stop di 9 buah station. Huhuhu sakit kaki akak berdiri sepanjang perjalanan.

Bila sampai aje di Gapyeong , fuhhh lega dibuatnya, tapi bila nak menunggu bas umtuk ke jetty Nami Island…kena beratur pulak dibawah terik mentari. Nasib baik ada geng so bertukar-tukarlah kita beratur. Dalam bas, kena berdiri lagi. Nasib baik tak jauh dari bus station ke jetty.

screenshot-www facebook com 2014-06-26 11-38-35

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata , Gapyeong ,

2 PILIHAN UNTUK KE SEBERANG PULAU NAMI

Ada 2 pilihan untuk ke PULAU NAMI, samada anda berani untuk naik Zip-Wire (flying fox) atau menaiki feri. Untuk tidak mengecutkan perut akhirnya saya memilih menaiki feri ke seberang.

Sebelum itu anda jangan lupa untuk membeli visa dan tiket terlebih dahulu, kalau tak tak dapatlah anda nak ke seberang. Satu lagi jangan lupa untuk ambil peta kerana peta ini amat penting untuk kita mengetahui lokasi tempat bergambar yang menarik dan lokasi makanan halal.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata , Nami ISland , Zip Wire Nami Island

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Kalau anda berani naik Zip-Wire ke seberang, inilah dia tempatnya

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Akhirnya kami menaiki ferry ke seberang

AKHIRNYA JEJAK KAKI DI PULAU NAMI

Akhirnya saya dapat menjejakkan kaki di Pulau Nami. Perasaan gembira terganggu sedikit dengan kehadiran orang yang terlalu ramai. Silap saya juga kerana memilih public holiday untuk ke sana.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata , Nami Island , Jalan masuk nami island

Akhirnya dapat jugak saya jejakkan kaki di Nami Island

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Nak bergambar pun susah. Depan belakang kiri kanan penuh dengan orang. Bila melihat gambar yang ditangkap perasaan sedih dan geram sangat sebab dalam gambar kelihatan orang disekeliling. Nak tunggu orang tak ada memang tak akan ada peluang.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Macam mana pun tangkap gambar tetap tangkap gambar , berposing celah pokok , belakang pokok ala-ala Choi Ji Woo dan Bae Yong Joon dalam drama winter sonata. Tidak sah juga kalau tak tangkap gambar bersebelahan dengan monumen winter sonata. Monumen yang menjadi tumpuan orang ramai jika ke sini. Sebab tu lah saya terpaksa beratur untuk tangkap gambarbersebelahan dengan monumen ini.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Dapat bergambar dengan gambar pun jadilah..hehehe

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata , Bendera Malaysia

Bergambar bersama bendera Malaysia yang berkibar Nami Island  terasa bangga sebentar. Tak sangka bendera kita berkibar disana.

MAKANAN HALAL DI NAMI ISLAND

Dah penat berjalan dan bergambar akhirnya perut pun lapar. Nasib baik ambik peta jadi tak susah nak cari makanan halal di Nami Island ni.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Restaurant Halal yang ada Loga Halal di Nami Island

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Pankek ni memang saya suka sangat. Penuh dengan sayur

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Lunch box yang harus digongcang sebelum makan.

Teruja dapat makan di restaurant yang ada lambang halal jadi apa lagi saya pun order Lunch Box berlauk ayam dan nasi. Macam setahun tak makan ayam dan nasi..hehehe.

Pertama kali saya mencuba Lunch Box di Korea ni. Terlebih dahulu kita diberi sarung tangan. Cara makannya kita harus goncang lunch box tersebut sehingga semua lauk dan nasi didalam bekas tersebut bercampur dan sebati. Saya lihat masing-masing dok sibuk goncang goncang…hehehe.Pengalaman yang menarik untuk dilihat.

Lepas makan, kami tengok barang-barang sovernier , lepak-lepak sekejap makan ais-krim kemudian balik.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Lepak kedai ais-krim, dah tak tahu nak buat apa dah

Selesai makan dan berehat sebentar, kami akhirnya sepakat balik kerana dah tak ada apa yang nak dibuat lagi disana. Gambar pun dah banyak (terutama dicelah-celah pokok). Badan pun dah berpeluh, jadi apa lagi balik aje lah jawabnya.

Nami Island Yang Terkenal Kerana Winter Sonata

Kalau diberi rezeki lebih, saya nak datang lagi kesini tapi datang musim salji atau musim bunga. Diaorang cakap masa-masa ni kalau datang ke Nami Island memang pemandangannya cantik. ( angan-angan je ni..hehehe )

*Bersambung….

 

Lazada Malaysia