Nikmati Keseronokan Dunia Ilusi Yang Menakjubkan Di Museum Of Illusions, Kuala Lumpur | Apa aje yang tak ada di Kuala Lumpur ni, macam-macam dah ada tau. Dari bershopping, bersantai, lakukan riadah atau aktivit bersama keluarga, tempat berkumpul bersama rakan-rakan, semua ada di tengah Kuala Lumpur ni, kebanyakkan yang ada di luar negara tu, kat sini pun dah ada.
Salah satu tempat yang menarik untuk di kunjungi dan terbaru di buka di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur adalah Museum Of Illusions, merupakan destinasi pertama di Asia untuk rangkaian Museum Of Illusions yang telah berkembang pesat di dunia kini, ianya juga bakal di buka di New York, Berlin dan Toronto.
Saya bertuah kerana merupakan yang terawal dapat meneroka dan menikmati koleksi ilusi yang di pamerkan di Museum Of Illusions yang terletak di Ansa Hotel, Jalan Bukit Bintang. Satu pengalaman yang menghiburkan serta banyak pengajaran yang boleh mencabar minda kita di sini, tu yang seronok tu!
Apa yang menarik ketika berada di muzium ini, sesuatu yang tak pernah kita lihat di mana-mana muzium adalah mendengar orang ketawa dengan kuat dan menjerit, tetapi di Museum Of Illusions anda boleh ketawa, menjerit..tak ada siapa nak marah..hehehe.
Museum Of Illusions Kini Di Tengah-Tengah Bandaraya Kuala Lumpur
Untuk pengetahuan anda, Museum Of Illusions ini menempatkan lebih 70 pameran ilusi yang di reka untuk membuat anda meneka persepsi anda terhadap realiti.
Museum Of Illusions ini berasal dari Zagreb, Crotia, ianya merupakan muzium interaktif yang menawarkan pengalaman visual ilusi dan pendidikan yang menarik serta meghiburkan yang sesuai untuk semua kumpulan umur, dari tadika hingga ke kumpulan pesara.
Muzium of Illusions mempamerkan ilusi yang menghiburkan dan mengajak kita bermain dengan minda, ianya turut mengajar tentang penglihatan, persepsi, otak manusia, dan sains serta mengajar kita mengapa mata kita mungkin melihat perkara-perkara yang tidak difahami oleh otak.
Contohnya, anda melihat sesuatu benda dan anda percaya yang anda lihat itu betul, tetapi tiba-tiba anda sedar bahawa yang anda lihat dan percaya itu silap, lalu anda terfikir adakah mata anda bermain helah pada anda, haaa…inilah di panggil ilusi optik yang mana ianya juga cara yang menyeronokkan untuk memaksa mata dan otak bekerja dan keluar dari zon selesa.
Bagi yang kaki bergambar pula, anda pasti akan berseronok di sini. Tak percaya?? Anda lihat ajelah aksi saya beraksi bersama rakan-rakan ketika saya di sana..hehehe.
Ames Room
Di Ames House, jika di lihat dengan mata kasar, bilik ini hanyalah seperti bilik biasa aje tapi bila dah bergambar dan lihat hasilnya, kita akan melihat ilusi visual yang sangat luar biasa bergantung di mana tempat kita berdiri.
Kita akan melihat seorang di sudut sana akan membesar dan seorang di sudut sini akan menjadi kerdil. Bila di sini, macam-macam aksi yang boleh kami buat. Hasilnya memang menakjubkan dan kelakar..hehehe.
The Vortex Tunnel
Di ruang The Vortex Tunnel ni memang mencabar sesiapa yang melaluinya. Macam saya terjerit jerit di buatnya bila saya lakukan aksi di terowong Vorteks ni.
Hanya melalui silinder yang berputar..kita yang lalu di jambatan yang tidak bergerak akan merasa jambatan tersebut bergerak dan menyukarkan kita nak berjalan, terasa macam nak jatuh ke kiri dan kanan.
Bila dah keluar dari terowong tu, kita masih terasa lantai bergerak ke kiri dan kanan..hahaha.
Rotated Room
Pernah tak anda buat aksi begini? Masa saya kanak-kanak dulu pernah jugak lah, tapi bila dah berumur dan badan dah besar ni, kalau saya buat cam gini sure anak saya kata mama buang tabiat, sekarang ni pun, nak balance tangan kat lantai aje awal-awal saya dah terbalik..hahaha.
Tapi bila di sini…tak payah nak susah payah nak terbalikkan badan, hanya dengan bergambar macam biasa atau dengan pelbagai aksi yang luar biasa kemudian kita terbalikkan gambar tersebut, akan dapatlah aksi seperti gambar di atas, so siapa yang tengok gambar tersebut pasti kagum kalau kita katakan yang kita memang betul-betul buat aksi tersebut. Haa..best ke tidak?
Head On The Platter
Melihat gambar ketika beraksi di sini pun seronok. Tak kering gusi kami ketawa melihat hasil ilusi badan yang tersembunyi, hanya nampak kepala di atas dulang dan konon-konon saya sedang masak kepala tersebut.
Kalau rasa-rasa kita geram dengan rakan kita, kita suruh dia letak kepala dia di situ, lepas tu konon-konon kita masaklah kepala dia..nak buat betul-betul tak boleh so berlakon macam ni pun jadilah. Tak perlu risau ada yang akan sakit atau terluka – hanya rasa keseronokan dan kepuasan.
The Chair Illusion
Pelik tapi benar..inilah di namakan ilusi, yang mana anda melihat saya sekecil-kecilnya sedangkan badan saya sama aje saiz dengan orang di depan tu. Seronok bila ada gambar kita kecil macam ni sedangkan di alam realiti kita ni sebesar besar manusia..hahaha.
Optical Illusions
Imej yang membingungkan yang memainkan trik pada diri kita sehingga mengelirukan mata dan otak kita. Ilusi visual ini hanyalah satu peringatan bahawa deria kita tidak sempurna dan persepsi kita terhadap dunia sering diputarbelitkan.
So nak tahu apa lagi yang menarik di muzium ini, anda kena datang dan lihat banyak lagi koleksi dari ilusi optik yang pasti buatkan anda terhibur dan terfikir-fikir. Memang best! Kita bukan setakat berasa hairan dan kagum dengan setiap apa yang kita lihat, tapi kita akan cuba menyelesaikan setiap teka teki yang bermain di minda kita, haaa seronok sangat.
Sebelum pulang, anda boleh singgah di kedai cenderahati yang boleh di jadikan kenang-kenangan atau boleh hadiahkan pada anak seperti mainan pendidikan, congkak, puzzles, baju kaos, pensel atau buku nota serta banyak lagi yang anda boleh pilih untuk di bawa pulang.
Giveaway Tiket Ke Museum Of Illusions Buat 5 Pemenang
Anda teringin nak ke Museum Of Illusions ni? Jika nak, ini ada berita baik buat anda semua. Saya nak bagi anda 2 pasang tiket berharga RM70 kepada 5 pemenang yang bertuah. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu :
- Like Page : https://www.facebook.com/moi.kualalumpur/
- Share artikel ini di facebook.
- Sertakan Hastag #moixdiarymama #diarymama
(*5 pemenang yang bertuah saya akan hubungi di messenger)
Untuk info lanjut anda boleh layari official Museum of illusions website:
Alamat :
Ansa Hotel 1st&2nd floor
101 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Phone: 03-21102654
info@museumofillusions.my
Working Hours :
Monday till Sunday
9:00 AM – 11:00 PM
Harga Tiket :
Adult: RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)
children (5-15 years): RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)
family ticket:* RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)
*includes 2 adults with max. 2 children (5-15 years)
Lagi canggih kesan yang di gunakan dalam muzium ilusi kl ni. Selalu lukisan 3d biasa saja
mama hakim menulis…Peria Katak Sebagai Ubat Kencing Manis Tradisional!
Newbie attraction di tengah kota. Tak sangka ada tempat macam ni kat sini juga. Ingat kat Genting je. Harga tiket pun tak la mahal sangat.
Kalau saya mesti tak boleh masuk The Vortex Tunnel dengan Optical Illusions tu. Dah lah dengan mabuk pregnant lagi, tengok benda-benda macam tu mesti pening hehehehe. Tapi The Vortex Tunnel nampak fun
Fadzi Razak menulis…Beli Gas Memasak Shah Alam Home Delivery
Bestnya ada museum illusi ni..sure menarik semua gambar yang kita capture kan..kena bawak dania ni…dia bab ni suka jer..
Seronoknya… klau mak2 happy klau budak2 lg la seronok kan..? Liez suka sgt klau muzium unik mcm ni sbb lain dr yg lain dan mcm kelakar pun ada..
menarik sangat ni bawak anak-anak ke sini..suka yang kecik besar tu dengan lampu-lampu..hehee..haritu pergi kat pd, pun dah menarik..ni lagi kat Kuala lumpur..lagi dekat..ehhee..Boleh ajak suami nanti ni..
Kita tengok ramai orang pergi muzium ni kita pun jadi jelous nak pergi juga hehehe menarik dan menghiburkan tapi kena pergi berdua kalau sesorang susah tak ada orang nak ambil gambar kita hehehehehee…
Uniknya muzium ni. Anak-anak mesti terhibur kalau pergi. Cuma jauh sangat nak sampai. Kalau jalan-jalan ke KL mungkin boleh singgah..
Macam best plak bila tengok pics Kak Hanny dan kengkawan ni. Macam nak pergi plak bawa family bila depa mi kelak. Mesti anak-anak saudara terjerit-jerit gelak kelak. Hehe
Really worth to visit Museum of Illusions. I cannot go through the tunnel as I feel it floating. I having fun talking fun pictures there.
Kann..betul tu. Selalu tempat ala-ala ilusi gini suasananya macam formal dan senyap je. Syiok la kalau MOI ni kita boleh santai santai je ketawa dan buat bising. Memang tujuan nak berhibur dan bawa anak-anak pun kan
Annur Syuhadah menulis…Asia’s First Museum of Illusions Finds a Home in the Heart of Kuala Lumpur
Wah menarik museum ni..banyak trik trik gambar ni yang menjadi ni kak..
JMR menulis…Tips Simpan Duit Untuk Insuran dan Road Tax Kereta
Bestnya macam2 aksi dan teknik bergambar boleh kita buatbkast sini. Semua gambar kak hanny cantik. Suka kita tengok
Oh Yesss!!! I had fun exploring this new Museum in Kuala Lumpur. The most memorable is the Vortex Tunnel bila dah keluar i feel a bit dizzy hehehe.
Sunshine Kelly menulis…Vintage Collection International Boutique @ Sunway Giza Mall