JenamaSendiri.Com, Bina Jenama Product Sendiri Dengan JenamaSendiri.Com, Amyra Rosli,

Mudahnya Bina Jenama Product Sendiri Dengan JenamaSendiri.Com

Pernah tak anda terfikir untuk memiliki product jenama anda sendiri? Dulu saya pernah jugak berangan untuk bina jenama product sendiri bila tengok usahawan kosmetik waktu tu berjaya dan kaya-raya. Best kalau dapat jadi seperti mereka yang punyai empayar perniagaan kosmetik yang berjaya. Kaya dengan hasil perniagaan tersebut.

Tapi bila saya bayangkan berapa pula modal yang harus di keluarkan? Di mana pulak saya nak dapatkan product yang betul-betul berkualiti? Promosi dan juga marketing pula bagaimana? Adakah saya mampu buat semua itu? Akhirnya impian saya waktu itu hanya tinggal impian.

Kini, untuk anda membina jenama sendiri tidaklah susah mana pun, modal pun tidaklah semahal dulu. Anda juga tidak perlu risau kerana semua akan di aturkan. JenamaSendiri.Com akan membantu anda bina jenama product anda sendiri dari A – Z.

Amyra Rosli Pengasas Bersama Untuk Projek Kilang Kosmetik JenamaSendiri.Com

Baru-baru ini saya amat bertuah di beri kesempatan untuk turut serta dalam majlis tandatangan antara Amyra Rosli dan JenamaSendiri.Com yang di wakili oleh pengarahnya iaitu Dr Amin Abdullah. Majlis ini diadakan untuk memperkenalkan Amyra Rosli sebagai pengasas bersama untuk Projek Kilang Kosmetik JenamaSendiri.Com.

Menurut Dr. Amin Abdullah, pemilihan Amyra Rosli yang tengah berada di puncak populariti sebagai pengasas bersama adalah untuk menerajui bahagian pemasaran dan promosi disamping memberi kesedaran dalam memupuk rakyat Malaysia khusus orang Melayu untuk tidak melepaskan peluang menceburi bidang keusahawan kosmetik. Promosi yang akan dilakukan Amyra meliputi media sosial dan media cetak.

Tahniah diucapkan buat Amyra Rosli, rezeki pengantin baru!

Mudahnya Bina Jenama Product Sendiri Dengan JenamaSendiri.Com

Mudahnya bina jenama product sendiri dengan JenamaSendiri.Com yang  mana segalanya akan di bantu dari A-Z. Inilah bezanya JenamaSendiri.Com dengan kilang-kilang kosmetik yang lain kerana mereka akan membantu pengusaha baru dari segi promosi dan marketing dari awal anda mulakan perniagaan sehingga akhir.

Mudahnya bina jenama product sendiri dengan JenamaSendiri.Com, JenamaSendiri.Com, Amyra Rosli Pengasas Bersama JenamaSendiri.Com

Dalam ertikata lain ianya boleh membantu anda dari menyediakan product sehinggalah ke marketing dan promosi, tak payah dah pening kepala pikir itu ini, apa yang anda perlu sediakan hanya lah modal dan minat sahaja. Kini dengan adanya pakej 2017 yang bermula dari RM15K keatas, anda dah boleh mulakan perniagaan anda dengan jenama anda sendiri. Wowww…memang menarik sangat-sangat.

Pelopor Dalam Pembuatan Kosmetik Dan Pengilang No.1 Di Malaysia

Merupakan pelopor dalam pembuatan kosmetik dan pengilang No.1 di Malaysia yang telah menghasilkan perbagai jenama tempatan dan antarabangsa.

Dr.Amin Abdullah merupakan pengarah JenamaSendiri.Com dan telah memulakan perniagaan pembuatan kosmetik di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu dan telah menghasilkan pelbagai jenama kosmetik terkenal di Malaysia dan juga Antarabangsa dan telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia.

Pada majlis ini juga Dr Amin Abdullah telah melancarakan Yayasan JenamaSendiri.Com dengan kerjasama pihak MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan NKF (yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) di mana akan memberi sumbangan secara tetap kepada kedua-dua belah pihak, Alhamdulillah mudah-mudahan bertambah-tambah rezeki mereka.

Mudahnya bina jenama product sendiri dengan JenamaSendiri.Com, JenamaSendiri.Com, Amyra Rosli Pengasas Bersama JenamaSendiri.Com

Gambar Sekitar Majlis Tandatangan Amyra Rosli Dan Dr.Amin Abdullah

This slideshow requires JavaScript.

 

Untuk Info Lanjut anda boleh layari

www.JenamaSendiri.Com