Album Inggeris, Album Moonstruck, Andy Court, berkonsep romantik dan sentimental, I'm Moonstruck, Komposer Australia, Moonstruck, Moonstruck By Norrela, Norrela

Album Moonstruck Himpunan Lagu Inggeris Berkonsep Romantik Dan Sentimental Nyanyian Norrela

Hasrat Norrela atau nama sebenarnya Norrela Iznin Abd Ghani ibu kepada 3 orang anak melangkah ke bidang nyanyian demi memenuhi impian menyanyi lagu milik sendiri bukan lagu penyanyi lain akhirnya menjadi kenyataan dengan terhasilnya album debut pertama beliau yang berjudul Moonstruck.

Album yang mendapat sentuhan penuh dari Norrela sendiri serta kerjasama dari komposer terkenal Australia, Andy Court yang pernah memenangi 30 anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Australia, merupakan titik permulaan Norrela melangkah lebih jauh lagi dalam bidang nyanyian.

Majlis Pelancaran Dan Pratonton Album Moonstruck

Album Inggeris, Album Moonstruck, Andy Court, berkonsep romantik dan sentimental, I'm Moonstruck, Komposer Australia, Moonstruck, Moonstruck By Norrela, Norrela

Ketika majlis pelancaran dan pratonton Album Moonstruck yang diadakan di WOW KL, Norrela sempat memperdendangkan 2 buah lagu dari album beliau dengan cukup baik kepada tetamu yang hadir.

Menurut kata Norela, beliau memutuskan untuk mengabungkan kemahiran beliau menulis dan minat menyanyi dengan menulis lirik berdasarkan pengalaman peribadi beliau di dalam dan di luar negara.

Untuk pengetahuan anda, beliau juga merupakan pengarang buku “Memancing Hati Anak Remaja” juga merupakan seorang jurulatih profesional dan hypnotherapist yang bertauliah. Turut mempunyai degree in Applied Biology.

Karya dalam Album ini merupakan karya istimewa yang mana beliau terpaksa menghidupkan semula pengalaman peribadi beliau sekali lagi untuk mencari kata-kata dalam menerangkan perasaannya dalam lagu tersebut.

Album Inggeris, Album Moonstruck, Andy Court, berkonsep romantik dan sentimental, I'm Moonstruck, Komposer Australia, Moonstruck, Moonstruck By Norrela, Norrela

Dengan kerjasama Andy Court yang menafsirkan liriknya dengan menghasilkan lagu-lagu yang indah, beliau percaya lagu yang berkonsep romantik dan sentimental di dalam lagu-lagu tersebut mampu menarik minat pendengar tak kira peringat umur. 

10 lagu dalam bahasa Inggeris telah selesai dirakam di Australia. Oleh itu, album ini dihasilkan dengan trek utama “I’m Moonstruck”. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini adalah seperti :

  1. I’m Moonstruck
  2. Song Serenade
  3. You Missed It All
  4. Don’t Be My Hero
  5. I Know
  6. It’s Crystal Clear
  7. Just Can’t Do It Alone
  8. Me And My Shadow
  9. My Mind And Heart
  10. I’m A Teetotal

Album Inggeris, Album Moonstruck, Andy Court, berkonsep romantik dan sentimental, I'm Moonstruck, Komposer Australia, Moonstruck, Moonstruck By Norrela, Norrela

Tahniah dari saya buat Norrela dan semoga lagu-lagu yang dihasilkan dapat menghiburkan para pendengar semua. Buat anda yang ingin mendengar musik video “Moonstruck” dan “Can’t Do  It Alone” boleh layari di :

Norrela Moonstruck

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi terus Norrela di talian :

019 2757010