Moga Beliau Bahagia Di sana | Masih ingat lagi tak tentang stray cat yang saya jumpa beberapa bulan yang lepas? Kucing yang saya jumpa yang dah hilang bibir dan kaki patah. Saya namakan dia Lucky.

Stray Cat, Kucing Jalanan, Moga Beliau Bahagia Di Sana

Keadaan Lucky ketika di jumpai

 

Stray Cat, kucing Jalanan, Cat untuk Adoption, Moga Beliau Bahagia Di Sana

Sedih melihat Lucky ketika awal-awal dijumpai

Dalam masa 3 bulan saya jaga dan ubati kecederaan dia, alhamdulillah kini beliau dah sihat sepenuhnya.

Stray Cat, Kucing Jalanan, Mendapatkan Rawatan, Moga Beliau Bahagia Di Sana

Lucky dah besar sedikit dan sihat. ketika ini untuk mendapatkan rawatan susulan di klinik

 

Stray Cat, Kucing Jalanan

Keadaan Lucky sekarang setelah 3 bulan dalam jagaan saya

Bila dah pulih, tibalah masa untuk saya lepaskan Lucky. Maksud saya mencari keluarga angkat untuk beliau. Kisahnya bukan senang untuk dapatkan keluarga angkat untuk beliau disebabkan kecacatan yang beliau alami.

Puas saya postkan diruangan facebook dan macam-macam cara lagi tapi masih tidak berjaya. Sedih sungguh saya dibuatnya. Ramai yang nak kan kucing yang cantik dan gebu-gebu sahaja, kucing cacat macam ni langsung tidak di pandang.

For Adoption, Stray Cat, Moga Beliau Bahagia Di Sana

Inilah Tempek dan Tompok. Si Tompok dah awal-awal mendapat keluarga angkat. Si Tempek baru hari ini bersama Lucky…Alhamdulillah

Dalam hati saya, kalau tidak ada siapa yang nak kan beliau saya tetap akan jaga dia dengan penuh kasih sayang. Tapi dalam masa yang sama saya masih mencari juga untuk sesiapa yang sudi menjaga beliau.

Hari ini 31hb Oktober 2014, akhirnya perkara yang saya nanti-nantikan datang juga.

Lucky akhirnya diambil oleh seorang insan yang berhati mulia, yang sayangkan kucing. Sebetulnya hamba Allah ini datang nak ambik tempek (stray cat juga ), tapi bila dia tengok Lucky, akhirnya dia ambil kedua-dua sekali. Alhmadulillah…moga beliau bahagia disana, bersama keluarga angkat baru.

Bersyukur sangat kerana saya percaya hamba Allah ini akan menjaga “Lucky dan tempek” dengan baik dan penuh kasih sayang. Saya berdoa moga hamba Allah ini akan sentiasa di lindungi dan di murahkan rezeki oleh Allah, kerana sanggup mengambil Lucky walaupun dia tahu Lucky cacat.

Akhir sekali saya sentiasa doakan kucing-kucing yang saya selamatkan dan dapatkan keluarga angkat untuk mereka , dapat menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, Moga Beliau Bahagia Di Sana.