Filem Seram Dari Kisah Benar - Volkswagen Kuning

Filem Seram Dari Kisah Benar – Volkswagen Kuning

20 September 2016 saya berkesempatan bersama barisan blogger dan media ke majlis tayangan perdana Volkswagen Kuning yang ditayangkan di Cineplex E-Curve. Filem ini merupakan filem  yang ke 115 terbitan MIG, kisah yang diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dan telah menjadi satu kisah misteri sehingga sekarang.

Turut sama dalam majlis tayangan perdana Volkswagen Kuning ini ialah Mejar David Teo yang bertindak selaku penerbit, juga barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.

Filem Seram Dari Kisah Benar, Volkswagen Kuning, Filem Volkswagen Kuning

Filem Seram Dari Kisah Benar – Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning, Filem Volkswagen Kuning

Saya pasti ramai yang dah tahu tentang kisah Volkswagen Kuning ini, kisah lagenda yang paling hangat diperkatakan sekitar tahun 1956 lagi.. Kisah seram tentang gangguan di lebuhraya terutama dari pemandu yang sering berulang alik di kawasan lebuh raya tersebut, begitu juga di laman-laman blog serta media sosial. Namun kisah Volkswagen Kuning semakin di perkatakan setelah lebuhraya Utara Selatan merentasi kawasan Jelapang di bina.

Kisah dimana sebuah kereta Volkswagen Kuning yang sering mengganggu perjalanan pemandu ketika waktu malam di sekitar lebuhraya Jelapang. Berikutan itu, banyak kemalangan di dakwa berpunca dari gangguan kereta tersebut.

Mengikut kata-kata orang, volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba samada di belakang kereta pemandu kemudian cuba memotong laju terus kehadapan, bila dah hilang dari pandangan tiba-tiba kereta itu muncul semula di belakang kereta pemandu. Bila pemandu ingin melihat siapa pemandu kereta tersebut, teryata tiada pemandu.

Apakah kisah disebalik misteri Volkswagen Kuning ini? Kenapa ia sering mengganggu pemandu yang melalui jalanraya tersebut?

Mengikut sejarah yang diperkatakan, hantu Volkswagen Kuning ini ingin membalas dendam terhadap wanita yang melakukan kecurangan. Kisah dimana seorang isteri yang curang dan membunuh suaminya dan menyembunyikan kereta Volkswagen Kuning bersama mayat suami beliau di dalam kereta tersebut. Akibat dendam hantu itu sering mengacau pemandu yang mengikuti jalanraya tersebut.

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Filem Volkswagen Kuning merupakan arahan pengarah muda dan baru iaitu Shadan Hashim, jalan cerita yang mengabungkan kisah benar serta elemen olahan yang ditambah untuk mencantikkan plot penceritaan.

Filem Seram Dari Kisah Benar, Volkswagen Kuning, Filem Volkswagen Kuning

Peneraju Utama Filem Volkswagen Kuning – Pekin Ibrahim Dan Atikah Suhaime

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime), yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah (Aida Othman) kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Pak Ayob (Azman Hassan), bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan membuka kembali sejarah hitam yang pernah terjadi di kampung itu.

Kedatangan Sarah ke kampung itu, telah membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning. Dia telah mengikuti Sarah pulang ke bandar dan menggunakan gadis malang itu untuk membalas dendam.

Kenapa hantu Volkswagen Kuning ingin membalas dendam? Dapatkah Fuad dan Pak Ayob menghalang hantu Volkswagen itu dari mengganggu kehidupan Sarah dan keluarganya.

Filem Seram Dari Kisah Benar, Volkswagen Kuning, Filem Volkswagen Kuning

Semuanya akan terjawab bila anda saksikan filem Wolkswagen Kuning di Pawagam pada 22 hb September 2016 ini.

Barisan pelakon yang menjayakan watak dalam filem seram ini ialah Atikah Suhaime(Sarah) dan Pekin Ibrahim(Fuad) selaku peneraju utama dengan membawa waktak sebagai pasangan kekasih yang sudah bertunang. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini seperti Amai Kamarudin, Fatin Afeefa serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda, turut sama menjayakan filem ini adalah pelakon yang berpengalaman iaitu Shahronizam, Azman Hassan dan juga Mak Jah.

Ulasan saya tentang filem Volkswagen Kuning ini :

Filem Seram Dari Kisah Benar – Volkswagen Kuning ini merupakan filem yang tidak terlalu berat, jalan cerita yang mudah difahami dan lebih santai. Walaupun cerita seram tapi ia turut menyelitkan unsur kekeluargaan, cinta dan pengajaran. Cerita yang sesuai untuk di tonton seisi keluarga.

Pelakon yang bagi saya dapat menjayakan watak dengan berkesan adalah Shahronizam, watak beliau sebagai hantu volkswagen dan kemarahan serta dendam yang ada pada watak tersebut menyerlah diwajah beliau.

Pelakon lama yang menjayakan watak mereka dalam cerita ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Masing-masing turut sama berjaya membawa watak mereka.

Pekin yang telah berjaya merangkol anugerah pelakon filem lelaki terbaik (FFM28) juga tidak boleh disangkal kebolehannya, cuma watak yang diberi pada beliau dalam filem ini tidak terlalu kuat. Begitu juga dengan Atikah Suhaime, kekuatan karakter untuk membawa watak dirasuk masih belum masuk ke jiwa saya.

Seram ke cerita ini? Itu anda kena tengok sendirilah. Lain orang lain pandangan dan pendapat. Jalan terbaik dan sebagusnya anda tonton sendiri cerita ini di pawagam pada 22hb Sepetember 2016.