Misi Kebersihan Dettol - Mendidik Tabiat Kebersihan Untuk Kesihatan

Misi Kebersihan Dettol – Mendidik Tabiat Kebersihan Untuk Kesihatan

Menjaga kebersihan menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat dalam mewujudkan kehidupan yang sihat. Bukan hanya orang dewasa sahaja yang perlu menjaga kebersihan tetapi anak-anak sedari kecil harus dibiasakan dengan mendidik mereka menjaga kebersihan diri dan sekitaran mereka.

Saya seringkali menasihati anak saya agar sentiasa menjaga kebersihan diri di rumah dan juga di sekolah. Selalu jugak saya nasihat anak saya agar sentiasa membasuh tangan sekerap yang boleh apabila menyentuh sesuatu benda yang tidak bersih. Risau jugak sebab di sekolahlah selalunya banyak kuman yang boleh merebak sebab kanak-kanak ni aktif dan kerap bersentuhan sesama mereka.

Sehubungan itu, Dettol sebagai jenama No.1 Malaysia dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengambil langkah melancarkan program sekolah Misi Kebersihan Dettol yang telah diadakan selama empat tahun berturut-turut.

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Program “Misi Kebersihan Dettol” ini diadakan untuk menggalakkan tabiat menjaga kebersihan di kalangan kanak-kanak sekolah dengan aktif mendidik mereka menggamalkan tabiat menjaga kebersihan di sekolah juga di rumah, ini termasuk memainkan peranan dalam menjaga sekolah mereka dan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat untuk warga sekolah.

Misi Kebersihan Dettol – Mendidik Tabiat Kebersihan Untuk Kesihatan

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Turut hadir dalam program misi Kebersihan Dettol yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam ialah Tiffany Tang, Marketing Director of Reckitt Benckiser Malaysia and Singapore, beliau juga turut berkata,

“Sebagai  satu syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk terkemuka di dunia, Dettol amat berbangga menjadi produk yang menjadi juara kebersihan yang dipercayai oleh ibu-ibu diseluruh dunia demi membantu melindungi keluarga dari kuman yang merbahaya dengan menggunakan perbagai produk pelindungan jenama Dettol yang inovatif, oleh itu kami ingi masyarakat memahami tentang kebersihan diri dan membimbing anak-anak sedari kecil.

Menurut Tang lagi, “Jenama Dettol merupakan penyokong besar di dalam pendidikan kebersihan di seluruh dunia melalui kerjasama dengan Save The Children, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghentikan kematian disebabkan cirit birit yang disebabkan oleh kebersihan yang diabaikan.

Di Malaysia, “Mission for Hygiene” (Misi Kebersihan) telah mendekati hampir 350,000 orang murid-murid sepanjang empat tahun lalu dan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya meningkatkan pengetahuan kebersihan disekolah-sekolah dengan penglibatan keluarga. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kami mensasarkan untuk mencapai 2.7 juta murid-murid sekolah rendah.

Kami percaya, tabiat kebersihan ini hendaklah dipupuk sedari kecil. Program Misi Kebersihan Bersama Dettol ini adalah bertujuan untuk mendidik murid-murid sekolah tentang pentingnya tabiat kebersihan yang bertul termasuklah 7 langkah mencuci tangan. Kami berharap ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di Malaysia dan bagaimana tabiat kebersihan boleh mencegah penyakit ini,” tambah Tang.

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Dettol memahami sepenuhnya kuasa pendidikan kesihatan dan kebersihan kawasan sekolah. Ia merupakan amalan yang dilakukan demi membantu dan melindungi pelajar daripada terkena penyakit dan membantu memberi kesihatan yang lebih baik demi pembelajaran yang lebih baik dan tenang.

Tahun ini, sekolah-sekolah rendah yang terlibat digalakkan menjalankan beberapa sesi “Gotong-Royong” untuk memastikan kebersihan di tandas sekolah mereka.

Bukan itu sahaja, sekolah yang terlibat dalam pertandingan “Gotong Royong” tersebut diarahkan menghantar gambar tandas sekolah mereka SEBELUM dan SELEPAS untuk dinilai.

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Mereka juga dikehendaki mencipta logo Dettol mural di hadapan tandas sekolah dengan Dettol’s “Mission for Hygiene” / “Misi Kebersihan Dettol”, tema Dettol : Kebersihan yang lebih baik, Kesihatan yang lebih baik yang akan menjadi peringatan kepada kanak-kanak sekolah untuk mencuci tangan mereka.

Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penyertaan di kalangan kanak-kanak, Dettol telah merangka beberapa aktiviti menarik seperti menunjukkan demontrasi 7 cara membersihkan tangan dengan betul, memberi beg cenderahati yang mengandungi risalah pendidikan untuk ibu bapa serta menampal poster di dalam tandas dan kantin.

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Misi Kebersihan Dettol Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Misi Kebersihan Dettol ini juga telah dirasmikan oleh oleh YB Dato’P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan. Pada majlis tersebut, beliau turut menekankan betapa pentingnya kebersihan di sekolah dan peranan pelajar dalam memastikan “Misi Kebersihan Dettol” ini berjaya.

Misi Kebersihan Dettol, Misi Kebersihan Dettol Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Beliau juga turut berkata :-

Amat penting mengamalkan tabiat kebersihan disekolah untuk menggalakkan kuman merbahaya daripada merebak. Selain pihak pentadbiran sekolah, guru-guru atau penjaga sekolah, murid juga harus memainkan peranan demi menjaga persekitaran sekolah agar bersih. Mereka harus dibimbing dari muda dan awal di rumah atau disekolah. Membimbing mereka supaya membasuh tangan sebelum dan sesudah makan, pam tandas selepas digunakan, bantu bersihkan bilik darjah, mengutip sampah dan lain-lain lagi. Usaha yang kecil ini pastinya memberi perubahan yang besar demi membantu mencegah penyebaran kuman supaya persekitaran sekolah bersih bagi menggalakkan pelajar belajar dalam suasana yang tenang dan cemerlang.

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Deputy Director of Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Tuan Shashim Shah Bin Harun turut melahirkan keterujaan beliau terhadap kempen “Misi Kebersihan Dettol” tahun ini.

Beliau turut berkata, “Anak-anak kita adalah masa depan Malaysia, sebagi pendidik, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka membesar dengan baik dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Saya sebagai ibu juga turut teruja dan sokong seratus peratus dengan kempen “Misi Kebersihan Dettol” yang diadakan oleh Dettol dan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, tidaklah saya berasa susah hati sangat tentang kebersihan anak-anak di sekolah. Dengan adanya kempen sebegini, sekurang-kurangnya mereka tidak lupa tentang tanggung jawab mereka menjaga kebersihan walau di mana mereka berada.

Dettol, Mission for Hygiene, Misi Kebersihan Dettol, Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kempen Kebersihan Diri, 7 cara membersihkan tangan dengan betul, kebersihan kawasan sekolah, pendidikan kesihatan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, tabiat menjaga kebersihan

Saya juga dirumah turut memastikan anak-anak sentiasa menjaga kebersihan dengan membeli peralatan DETTOL yang mana saya percaya barang-barang Dettol dapat membantu kami sekeluarga terhindar dari kuman yang merbahaya.

Untuk info lanjut tentang Dettol dan tentang menjaga kebersihan diri, keluarga dan persekitaran kita, anda boleh layari www.dettol.com.my