Perbagai misi serta bantuan dari dermawan di Malaysia buat mangsa-mangsa banjir kali ini. Tidak lupa juga ada segelintir sukarelawan yang bertungkus lumus menubuhkan Misi bantuan untuk haiwan yang terlibat banjir yang turut menjadi mangsa seperti kucing dan anjing.

Alhamdulillah ada juga yang sudi menghulurkan bantuan buat makhluk ALLAH yang satu ini.

Selain menolong mereka-mereka yang memerlukan, saya juga terpanggil untuk membantu apa yang terdaya oleh saya demi haiwan-haiwan yang sama menjadi mangsa banjir ini.

Misi Bantuan Untuk Anjing Dan Kucing, Misi Bantuan Banjir Untuk Haiwan, Misi Bantuan Banjir, Makanan untuk kucing dan anjing

Bantuan makanan untuk kucing dan anjing diserahkan kepada Encik Razeef Che Samah untuk dihantar kekawasan yang terjejas akibat banjir

Terima kasih banyak-banyak kepada penderma yang sudi membantu menyalurkan sumbangan untuk saya membeli makanan kepada untuk haiwan-haiwan yang menjadi mangsa banjir kali ini.

Setiap pembelian makanan untuk kucing dan anjing telah selamat diberi kepada independent rescuer Muhamad Razeef Che Shamah untuk dihantar ke kawasan yang dilanda banjir.

Moga setiap apa yang didermakan dapat menolong anak-anak bulus yang pasti dalam kelaparan dan kesejukkan dalam keadaan seperti sekarang ini yang kekurangan/kehabisan makanan buat mereka. (tak dapat saya nak bayangkan macam mana keadaan mereka semua, sedangkan manusia pun kekurangan makanan disana..huhuhu).

Misi Bantuan untuk haiwan mangsa banjir, misi bantuan banjir, bantuan mangsa banjir

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa Muhamad Razeef serta rakan-rakan yang sanggup turun kekawasan banjir tersebut untuk tujuan menyelamat dan menyerahkan makanan kucing dan anjing tersebut.

Buat yang menderma untuk misi bantuan pertama dan kedua, terima kasih sekali lagi dari saya untuk anda semua.

Misi Bantuan Mangsa Banjir Pertama:368kg

10847820_815175011874428_3513989751140749917_n

Bantuan makanan untuk anak-anak bulus

 

– Tuty’s Guest House ( baby, comot & tuty ).
– Sharleen Oyen
– Mira Maruyama
– NoorAzian Nadya-Morton
– Zuraidah A Surprenant
– Chareena Nazziem
– Chesford & Lilirae
– Licky & Sugoi
– Kopi & Horlicks
– Sushi, Pedo, Mango, Ookies
– Minion & Goldy

Misi Bantuan Mangsa Banjir Ke dua :285kg

PAWS Malaysia, PAWS, Misi bantuan banjir, Makanan untuk mangsa banjir

Di hadapan PAWS ketika menghantar bantuan makanan untuk kucing dan anjing mangsa banjir

 

Andre Casmir
– Wong Ru Jun
– Glayz Chong
– Tuxie & Tygera
– Angela Oehlers & Evonne Low
* our neighbours from across the borders (Singapore).

Sekali lagi hanya ucapan terima kasih dari saya buat mereka-mereka yang terlibat dalam Misi Bantuan Untuk Haiwan Yang Terlibat Banjir kali ini. Moga segala usaha murni anda menyelamat dan memberi bantuan makanan terhadap haiwan-haiwan ini dibalas jua dengan kebaikan.