Juice Works, Heartbeat, Antioksidan, Manfaat Antioksidan, Fave, Diskaun Dari Fave, Promo Heartbeat, Juice Works One Utama

Antioksidan Yang Terbaik Dari Minuman Heartbeat Di Juice Works

Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan Dan Apakah Manfaatnya Pada Tubuh Badan? | Anda mungkin pernah dengar istilah ini di sekitar kedai makanan kesihatan di bandar atau pun perbincagan mengenai topik kesihatan dan pencegahan penyakit.

Carian melalui Google juga menunjukkan penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekat yang lalu ini, selaras dengan peningkatkan minat dalam permakanan hidup yang lebih sihat.

Tetapi tahukan anda apa itu antioksidan sebenarnya?

Merujuk kepada kamus, ia merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup didalam badan. Pengoksidaan di dalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel.

Malah process metabolisme atau pemprosesan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan, atau penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilakan radikal bebas seperti itu.

Tubuh kita merupakan ciptaan tuhan yang menakjubkan, kerana ia juga boleh menghasilkan antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan. Walau bagaimanapun, kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang terdapat didalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semaking tercemar ini.

Oleh itu, untuk membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan anti oksidan luar yang berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan menghilangkan radikal bebas.

Inilah sifat alam semulajadi yang menyediakan apa yang diperlukan oleh badan kita. Antioksidan boleh didapati di kebanyakkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, wain dan coklat!

Terdapat juga banyak jenis lain, antara beberapa yang popular adalah vitamin (beta-Karoten), vitamin C, dan E. Anda juga mungkin pernah dengar mengenai flavanols – yang terdapat didalam coklat dan lycopene yang terdapat di dalam tomato.

Salah satu sebab disebalik kenaikkan minat terhadap jus buah-buahan dan sayur-sayuran, selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yang boleh diperolehi daripada mereka.

Heartbeat daripada Juice Works

Juice Works, Heartbeat, Antioksidan, Manfaat Antioksidan, Fave, Diskaun Dari Fave, Promo Heartbeat, Juice Works One Utama

Minuman Heartbeat daripada Juice Works, mengabungkan kebaikkan antioksidan yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun.

Ia mempunyai hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang.

Selain daripada antioksidan alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk kesihatan mata.

Di samping kaya dengan vitamn A dan C, limau gendang juga mempunyai antioksidan naringenin, yang telah didapati untuk membantu hati memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakkan.

Timun, mempunyai banyak antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser dan menurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung.

Epal juga adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih daripada 1,5000 miligram vitamin C.

Dapatkan secawan Heartbeat , atau mana-mana jus pilihan anda dari Juice Works hari ini, dan bantu badan anda melepaskan radikal bebas yang jahat! Saya dah dapatkan minuman Heartbeat di Juice Works One Utama baru-baru ini so anda bila lagi?

Juice Works, Heartbeat, Antioksidan, Manfaat Antioksidan, Fave, Diskaun Dari Fave, Promo Heartbeat, Juice Works One Utama

P/s: Khusus untuk bulan Oktober, Juice Works telah berkerjasama dengan Fave, yang dahulu dikenali sebagai Groupon, telah menawarkan RM 5 Diskaun untuk setiap pembelian di Juice Works. Hanya layari myfave atau muat turun aplikasi Fave dan dapatkan kod promo untuk mendapatkan diskaun anda!**

**Tawaran ini boleh ditebus dari Oct 1 sehingga Oct 31, 2017

**Ia tidah boleh digabungkan dengan diskaun/baucar yang lain