Terkini satu benda baru yang saya akan buat ialah menulis review di tripadvisor. Saya rasa dengan berbuat begini saya boleh berkongsi penggalaman saya di satu-satu tempat dan memudahkan pelancong yang akan pergi ke tempat saya pergi tersebut.

Dulu bila saya kemana-mana tidak terfikir untuk menulis review di tripadvisor tapi bila saya selalu cari review tempat-tempat yang saya nak pergi di tripadvisor barulah saya terfikir why not saya juga berbuat begitu. Kira nya kemudahan kita bersama jugak selain di tempat yang selalu kita tulis di blog.

Dibawah ini adalah review terkini yang saya tulis dalam tripadvisor

Buat review di tripadvisor

Riview untuk restaurant Saravana Bhavan Munnar

 

Buat Review Di Trip Advisor

Review tentang Private cooking class Nimi’s Lip Smacking Classes

Jika kita kesesuatu tempat , samaada kita suka atau tidak tempat yang kita kunjungi boleh lah kita tulis review di tripadvisor  tentang penggalaman kita disana. Juga salah satu kredit untuk tempat / orang di tempat tersebut.

Seelokny kita tulis review ini dengan sejujurnya agar sesiapa yang baca review yang kita tulis faham dan boleh berfikir sendiri samaada ingin meneruskan kunjungan ke tempat tersebut atau tidak.

Macam saya, jika ingin pergi ke sesuatu tempat pasti saya akan tengok review daripada sesiapa yang dah pergi dan pasti saya akan pergi ke tempat reviewnya banyak dan bagus.