Menjamu Selera Di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant Sambil Menikmati Persekitaran Alam Semulajadi | Dalam kepesatan pembangunan di negara kita sekarang ni, nak dapatkan tempat menjamu selera dalam susana tenang dan mendamaikan serta dikelilingi alam semulajadi memang amat sukar.
Sesekali nak juga ubah angin tengok kehijauan, tengok sungai, tengok benda-benda yang memberi ketenangan. Kalau tiap-tiap hari asyik tengok kesibukkan lalu lintas, melihat bangunan batu yang tinggi, terasa rimas dan boring juga kan? Tapi di mana?
Baru-baru ini saya telah di jemput untuk menikmati jamuan tengahari di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant yang menjanjikan kedamaian sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang menghijau dan cukup indah sekali. Inilah tempat yang paling sesuai jika kita nak lari dari kesibukkan kotaraya.
Tanah Aina Fareena Café & Restaurant merupakan cafe & restoran yang baru dibuka dengan lokasi yang cukup strategik di KM 54.3, Lebuhraya Karak-Lentang, tidak jauh dari Kuala Lumpur City Centre dan bandar Bentong yang merupakan pintu utama ke Negeri Pahang.
Tak susah pun nak ke Tanah Aina ni, saya ikut waze je dah sampai, cuma bila dah sampai kena perhatikan betul-betul KM54.3 untuk kita masuk ke simpang kecil tempat parking.
Restoran ini merupakan tambahan kepada Tanah Aina Cafe, sebuah kafe terkenal di Shah Alam yang memulakan operasinya pada tahun 2013. Review – KLIK DISINI
Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant
Menuju ke Tanah Aina Cafe & Restaurant ini, kami disambut dengan kehijauan Tanah Aina Fareena dan sepanjang perjalanan ke restoran kami melalui jambatan kecil dan panjang yang mana kami juga dapat melihat sungai yang airnya cukup jernih dengan bunyi arus sungai yang mengalir di sekitarnya.
Sesampai sahaja ke ruang cafe & restoran, mata terkesima melihat keunikkan rekabentuk yang berkonsep terbuka. Membolehkan pengunjung menjamu selera sambil menikmati panorama alam semulajadi yang cukup indah dan menghijau.
Di sini tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dewan makan atau di taman yang indah (luar), kami sudah semestinya memilih di luar agar kami dapat merasa pengalaman menikmati suasana menghijau yang jarang kami nikmati di kotaraya serta menghirup udara segar sambi menjamu selera.
Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil iaitu pemilik keseluruhan Tanah Aina di Malaysia, turut berkata, idea keseluruhan dan juga konsep Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant merupakan hasil idea beliau sendiri, yang mana beliau inginkan pengunjung menikmati hidangan secara santai sambil melihat keindahan alam semulajadi dengan selesa. Menarik bukan?
Malah tersedia juga dewan peribadi yang boleh menampung maksimum 70 orang di mana berfungsi seperti mesyuarat, pelancaran produk dan acara-acara lain. Pengunjung juga boleh mengadakan pesta di taman atau majlis perkahwinan sehingga maksimum 200 orang juga turut di sediakan.
Hidangan Menu Gabungan Asian Dan Local Fusion
Sementara menunggu hidangan, hidung dah terbau haruman rempah ratus yang di tumis dari dapur yang berkonsep terbuka. Terus terasa tak sabar nak makan..hehehe. Menu yang di hidangkan di sini merupakan gabungan Asian dan Local Fusion.
Yang menariknya, semua makanan yang di hidangkan di sini bebas bahan kimia dan MSG, sayur-sayuran yang di masak kebanyakkanya di ambil terus dari Ladang Sayuran Tanah Aina Fareena yang ada di sana serta ikan air tawar yang di ambil dari kolam ikan mereka sendiri. Walaupun hidangan yang di masak tanpa menggunakan MSG, tapi rasanya tetap sedap.
Kami amat bertuah kerana telah di hidangkan dengan hidangan istimewa Tanah Aina Fareena Cafe yang menjadi kegemaran ramai, semua masakan disediakan terus oleh tukang masak mereka sendiri yang cukup berpengalaman. Antara sebahagian menu yang terdapat di sini adalah :
- Tanah Aina Fish Head Curry
- Tomyam Seafood
- Ikan Siakap 3 Rasa
- Ikan Talapia Steam Nyonya
- Pineapple Prawn | Mongolian Beef
- Pineapple Prawn – M-RM48 | L – RM90
- Mongolian Beef – M – RM45 | L – RM65
- Sweet Sour Chicken | Spicy Mussel
- Sweet Sour Chicken – S – RM20 | M – RM35 | L – 65
- Spicy Mussel – M – RM45 | L – RM80
- Salty Egg Long Bean | Kangkung Belacan
- Salty Egg Long Bean – S – RM15 | M – RM25 | L – RM45
- Kangkung Belacan – S -RM15 | M – RM25 | L – RM45
- Lamb Beriyani | Chicken Beriyani
- Lamb Beriyani – RM25
- Chicken Beriyani – RM22
- Pemanis Mulut (Slide untuk lihat image seterusnya)
- Fruit Juice – RM12
- Fruit Juice – RM12
- Fruit Juice – RM12
So macam mana? Menarik tak hidangan yang ada di sini? Haaa…kalau teringin, mai lah datang sini. Kalau datang sure tak nyesal. Dah lah dapat makan sedap-sedap, dapat pulak melihat suasana menghijau alam semulajadi yang ada di sini..serious tenang.
Saya pun seronok kat sini, rasa tak nak balik, cukup tenang dan mendamaikan, hilang segala masalah. Makanan pun sedap-sedap. Bukan itu sahaja, Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina sendiri melayan kami dengan cukup mesra, sampai tak sedar satu-satu hidangan di keluarkan kepada kami, terima kasih banyak-bayank ya Puan Sri!
Apa yang lebih menarik lagi, jika anda datang ke sini dalam musim buah-buahan, anda boleh menikmati sepuas-puasnya buah-buahan yang ada di sana antaranya buah durian, buah pulasan, rambutan, duku, langsat dan macam-macam buah lagi.
Kebetulan hari yang saya ke sana, ada pulak buah durian kampung yang baru gugur dari dusun mereka, Alhamdulillah merasa jugak kami semua makan durian walau seorang sedikit, nak makan banyak tak boleh sebab perut dah cukup penuh dengan hidangan makan tengahari serta pencuci mulut yang di beri.
Lepas menikmati buah-buahan, kami semua jalan-jalan dan menikmati persekitaran dusun di sana. Nampak sungai kemain seronok masing-masing..dapatlah juga jejakkan kaki dalam sungai yang airnya sejuk dan nyaman. Menyesal pulak tak bawak baju spare, kalau tak sure saya dan anak dah berendam di sana. Tak apa, next time harus saya datang lagi!
Pakej Hiking Lata Fareena
Buat anda yang suka akan kehijauan dan suka hiking, di Tanah Aina Fareena Cafe and Restaurant juga menawarkan pengalaman Back to Nature di mana pakej hiking khas untuk Lata Fareena boleh diatur (minimum 10 orang).
Pakej bermula serendah RM100 / orang. Pakej hiking separuh hari ini termasuk sarapan pagi, pemandu hiking, minum kopi di Lata Fareena dan makan tengah hari.
Jika anda berminat untuk menikmati pakej yang di sediakan atau hanya ingin menjamu selera di Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, anda boleh layari :
Address:-
Lot 6073 KM 54.3
Lebuhraya Karak-Lentang, 28700, Bentong, Pahang.
For reservation or further enquiries please call the restaurant at
+609 233 9112 or call
016 609 0493 (Juliet),
016 215 9252 (Hannah)
and 011 2628 8779 (Sheila)
Facebook :
https://www.facebook.com/Tanah-Aina-Fareena-Cafe-Restaurant
Bestnya kak! Dah lama teringin nak datang sini tapi tak ada peluang lagi. Mesti tenang je kalau dok sini sambil makan. haha. Nampak sedap plak tuh makanan dia.
Paling suka datang sini sebab dikelilingi hutan. Makan sambil dengar bunyi sungai memang layan. Teringat kat kacang salted egg dia.
Zayani Zulkiffli menulis…Pelancaran Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018
Fuhh cantiknya pemandangan dan bestnya suasana makan kat sana tuu! Makanan2 dia pon semuanya nampak sedap2 belaka, dahlah siap ada durian pulak tu adoii bnyk yg mmg my favourite tuu! Bestnyaa! Nanti kalau ada ke area sana teringin jugak nak singgah try mkn 😃
sedapnyaa nampak semua menu tu.banyak kali lalu tapi xpnh sempat nak singgah mama.sebab ada hal.
Dunia Farisya menulis…Sembuhkan Selsema Dalam Masa Satu Hari
tengok semua menu ni sedap sangat, dah lama tak rasa masakan sedap2 ni…adoi terliur plak rasa ni…tapi nk tanya la kedai makan ni mmg betul2 tepi highway ke? pernah perasan sebelum ni…
Sembang Kopi menulis…Pengalaman Bercuti 3 hari 2 malam Di Cameron Highland
Yaampun cantik gila tempat dia , fuhhhhh teringin gak nak pergi sini , tunggu fulus ahaha tapi tanah aina ni memang ramai yang suggest ..
Saya tertarik dengan surrounding dia..cantik sangat..mendamaikan..makanan pun semua nampak sedap…sayur2 semua tanam sendiri ehh..bgusnya tempat ni
Makanan sedap… environmentnya begitu unique… dekat dengan hijauan semulajadi… syok nya dapat menjamu selera di sini..
Bestnya Kak Hunny dapat pergi. Rawlins pun teringin nak lepak kat sana – memang full-fledge kampung experience kalau pergi ke Tanah Aina.
Seronoknya kak, paling best suasana sekeliling tu nampak tenang dan damai sangat. Boleh hilang serabut kerja kalau datang kat sini. Makanan pun nampak sedap2 semuanya
Suasananya nampak nyaman dan damai, sesuai untuk pencinta alam semulajadi yang dah bosan bersantap di hutan batu.
Azwan menulis…Lubang-lubang di atas jalan …
Menariknya kak makan2 kat tanah aina ni. Kte pernah gi tanah aina fahad..memang lawa tempatnya. Ni tgk tanah aina ni cam lagi menarik je…kena gi la sini plak
Nama Tanah Aina ni kuat popular Dan familiar juga lah. Tempat menarik Dan makanan dia semua nampak sedap. Terus rasa nak pergi sekarang jugak
Ibu cukup suka makan makan sambil menikmati permandangan semulajadi yang mengasyikkan. Alhamdulillah, nikmat Allah yang tak dapat di dustakan.
Ibu syurga menulis…7 Susu Kambing terbaik! Mana yang paling bagus untuk anda?
Ya ampun cantiknya Restoran kat sini. Best giler dikelilingi hutan hijau macam tu. Ayu suka tempat macam ni sbb dapt tenangkan fikiran
Ya Allah.. Bestnyaaa.. Saya suka tengok permandangan dia yang sangat sangat semulajadi tu. Kalau la dapat ke sana, bestnya. Mesti rasa tak nak balik kan..
Pernah ke Tanai Aina Cafe di Shah Alam..situ pun makanan sedap-sedap..nampaknya kena cuba yang di sini plak lak. Tempat pun best ni
Bestnya dapat makan dekat sini..suasana yang tenang dan menyamankan. Boleh bercuti sekali, mandi manda sekali..sip ada buah ye..makanan dia pun semua nampak sedap2 belaka..haishh..nanti nak pergi sini la
menarik dan nampak ekslusif makan dekat tempat macam ni. tengok gambar je dh dpt rse the calmness makan tempat terbuka berbentangkan hijau-hijaun didepan mata. tapi terfikir pula kalau hujan cemano tu? hihihi. insyaAllah ade rezeki nanti nak pegi la tempat ni.
menarik dan nampak ekslusif makan dekat tempat macam ni. tengok gambar je dh dpt rse the calmness makan tempat terbuka berbentangkan hijau-hijaun didepan mata. tapi terfikir pula kalau hujan cemano tu? hihihi. insyaAllah ade rezeki nanti nak pegi la tempat ni.
Unik namenye. Menu pn menarik