Munnar , Kerala India – Part 3

Kanan Devan Tea Muzium sudah semestinya tempat yang harus dilawati. Dah berada di ladang tea tidak sah rasanya kalau tak jejak kaki ke sini dan menggetahui salahsilah tea tersebut.

Muzium ini terletak di Nalluthani Tea Estate.

Kannan Devan Tea Muzium , Munnar kerala

Di Kannan Devan Tea Muzium

 

Kannan Devan Tea Plantation

Membeli tiket sebelum masuk ke Muzium

Dari luar Kannan Devan tea muzium ini tidak lah besar mana. Selepas membeli tiket RS50 for adult RS10 for child , kita diarah oleh security ke satu bahagian dimana kita diberi minum tea yang berperisa cardamom , kiranya welcome tea untuk semua yang datang ke Tea Muzium tersebut , kemudian barulah kita masuk ke bahagian dalam muzium.

Kannan Devan Tea Muzium, Munnar Kerala

Sebahagian barang lama yang ada dalam tea muzium tersebut

Kannan Devan Tea Muzium

Barang-barang lama yang ada dalam muzium tersebut

Tak banyak yang boleh kita tengok dalam tu , ruang yang terhad dan hanya mereka hanya display sebahagian sahaja barang-barang lama. Kemudian kita dibawa ke satu dewan untuk melihat tayangan  documentary atau sejarah kedatangan tea di Munnar. Dari documentary tersebut barulah kita menggetahui siapa yang bawa tea ke munnar dan sehinggalah kini peladang atau pekerja tersebut mendapat share dari hasil tea yang ada diladang tersebut. Memang menarik sungguh cerita tersebut.

Kannan Devan Tea Muzium , Munnar Kerala

Melihat Video History kedatangan tea di Munnar Kerala

Selesai documentary tersebut baru lah kita dibawa melihat macam mana tea yang telah dipetik di proses sehingga menjadi serbuk yang kita minum sekarang. Memang terpegun saya mendengar cerita dari pekerja tersebut.

Kannan Devan Tea Muzium

Mendengar penerangan dari pekerja macam mana tea-tea diladang dipetik dan di proses dikilang

Selama ni saya hanya tahu minum tea tapi tak tahu bahagian daun mana yang diproses untuk menjadi tea tersebut. Setiap daun ada 3 jenis tea iaitu black tea , green tea dan white tea . White tea yang pucuk belum terbuka , paling mahal diantara tea yang lain dan hanya diproses setahun sekali , sebab tu mahal.

Kannan Devan Tea Muzium

Oooo…macam tu lah kisahnya..baru lah saya faham.

Selepas itu kami dibawah ke tempat memproses daun-daun tea. Tak lah besar mana sebab  mesin yang kita lihat ini hanyalah untuk di perlihatkan untuk pengunjung Kannan Tea Muzium tersebut, nak tengok yang sebenarnya mereka bekerja bersama mesin kena lah pergi ke kilang. Actually nak jugak gi ke kilang tapi kena ambik permit dan kena mintak kebenaran so lupakan sahaja.

Kannan Devan Tea Muzium

Mesin yang ada di Kannan Devan Tea Muzium untuk diperlihatkan pada pengunjung

 

Kannan Devan Tea Muzium

Kannan Devan Tea Muzium

Kannan Devan Tea Muzium

Kannan Devan Tea Muzium

Kannan Devan Tea Muzium

Dah selesai..sekali lagi saya terjebak membeli tea-tea yang ada dijual di kannan devan tea muzium ini, bukan apa pun..sebab rambang mata aja..hehehe. Dekat sini saya beli banyak jugak tea yang di proses dari kilang tapi untuk dijadikan souvenir .

Kannan Devan Tea Muzium

Bahagian paling seronok , membeli belah..hehehe

 

Kannan Devan Tea Muzium

Disini kami terpaksa pendekkan masa kami kerana kami terpaksa bergegas balik ke homestay tempat kami duduk kerana kami telah ambik package tour untuk trekking tea plantation. Trekking tea plantation ini sesuatu yang saya tak nak lepaskan peluang sebab saya dah berangan yang saya akan berlari-lari dicelah-celah pokok teh…tapi apakah kesudahan dengan cerita dan angan-angan saya itu? Nanti kan di entry saya selepas ini.

 

Munnar, Kerala India – Part 2

Munnar, Kerala India – Part 1

PHYTO SCIENCE DOUBLE STEM CELL MALAYSIA

( RAHSIA UNTUK AWET MUDA – WHATSAPP/SMS HANNY DITALIAN -0192172162)