Melawat Hutan Paya Bakau Dan Pusat Ternakan Belangkas Di Sedili Kecil, Johor | Lawatan hari ke 2 sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah Kejora, Zon Sedili, Johor yang merupakan program mempromosikan pelancongan desa anjuran Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), kami telah di bawa melawat Hutan Paya Bakau Dan Pusat Ternakan Belangkas Di Sedili Kecil, Johor.

Seawal subuh lagi sebelum melakukan aktiviti lawatan kami semua sama-sama melakukan aktiviti senamrobik terlebih dahulu yang diketuai oleh team Fit Sedili iaitu sekumpulan kakak-kakak dan adik-adik yang aktif mengadakan aktiviti senamrobik disekitar Sedili. Enjoy jugak buat senamrobik di pesisiran sungai Sedili Kecil ni, terasa segar badan dan minda di buatnya.

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Buah Nipah

Buah Nipah yang boleh dibuat Nira Nipah

Pertama kali melihat buah nipah yang katanya boleh di makan dan niranya boleh dibuat gula nipah. Huhuhu…selama ni tahu gula nipah aje tapi tak pernah pun tahu macam mana bentuk buah nipah tu. Kisahnya banyak terdapat di paya bakau ini.

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Akar atau pucuk muda pokok bakau yang akan jatuh tertanam ke dalam tanah

Selesai senamrobik dan bersarapan serta mendengar taklimat, ditunjukkan buah nipah dan tunas pokok bakau, barulah kami semua di bawa melawat Hutan Paya Bakau bersebelahan sahaja dengan Wetlands Kampung Belukar Durian.

Hutan Paya Bakau Kampung Belukar Durian

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Laluan di dalam hutan paya bakau, Kg Belukar Durian

Sebelum ni saya hanya tahu pasal paya bakau masa sekolah-sekolah dulu, kini bila dapat peluang melawat hutan paya bakau Kampung Belukar Durian ni, kami berpeluang belajar semula tentang ekosistem hutan paya bakau yang biasanya berada di kawasan air pasang surut dan merupakan kawasan yang berlumpur yang mana ianya makin dilupakan.

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Antara tumbuhan liar yang berada dalam hutan paya bakau. Menurut kata, daun yang ada tajam-tajam ni boleh jadikan ubat membuang bisa ular

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Kami amat bertuah kerana telah diberi penerangan yang cukup terperinci oleh “Blerong” tentang kepentingan hutan paya bakau serta menjadi habitat hidupan laut, haiwan liar juga burung eksotik yang menyinggah disana.

Bukan itu sahaja, hutan paya bakau juga berpotensi sebagai eko pelancongan yang utama yang mana buat pencinta alam sekitar yang berhajat mempelajari tentang kehidupan paya bakau boleh menginap di Wetlands Kampung Belukar Durian, manakala golongan pelajar boleh lakukan lawatan sekolah untuk mempelajari tentang hutan paya bakau ini.

Pusat Ternakan Belangkas Di Sedili Kecil, Johor

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Setelah selesai menerokai hutan paya bakau, kami di bawa pula menyusuri Sungai Sedili Kecil dengan menaiki bot yang telah di khaskan buat sesiapa yang ingin melihat keindahan Sungai Sedili Kecil sambil menyaksikan keindahan paya bakau, rumah-rumah yang berada di pesisiran sungai, kelip-kelip di waktu malam, memancing atau pun melawat ke Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas, Sedili Kecil.

Untuk pengetahuan anda, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PKN) Sedili telah membangunkan pusat ternakan dan penetasan belangkas di Sedili Kecil ini dan merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia sekaligus menjadi tarikan pelancong ke sana.

Sesampai sahaja kami di sana, kami telah di beri penerangan tentang Belangkas oleh adik Haikal. Pandai betul adik Haikal menerangkan kepada kami tentang haiwan eksotik yang semakin pupus ini, terpegun sat acik yang tak tahu langsung pasal belangkas..hehehe.

Kalau di lihat dari mata kasar saya ni, saya nampak belangkas ni rupa bentuk dia macam topi yang pahlawan Jepun pakai..hehehe tak pun macam Predator tu haa…nampak ganas gila, tapi luaran je nampak ganas, sebenarnya belangkas ni tak melawan atau mengganas pun bila di tangkap.

Satu lagi, belangkas ni macam-macam kegunaan dia selain dari di makan. Yang satu ni memang salute sangat kat belangkas sebab bendalir yang ada dalam belangkas ni boleh mengesan virus, bakteria dan juga toksin, merupakan nilai yang tinggi dalam sektor perubatan.

Kulit belangkas juga mampu menghasilkan chitosan, yang mana chitosan dijadikan makanan diet untukmengurangkan berat badan. Sesiapa nak kurus bolehlah cuba nanti ya!

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Saya susah betul nak bezakan belangkas betina dan jantan, selepas penerangan barulah saya tahu yang belangkas betina lebih besar dari yang jantan.

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Anda penah makan belangkas?? Cam mana? Sedap tak? Menurut katanya telur belangkas ni sedap di makan. Saya pun nak jugak mencuba, nak tahu macam manalah rasanya belangkas ni. Ummm….bila dah rasa sedikit, terus dalam hati kata..inilah yang pertama dan terakhir saya makan belangkas. Lain orang lain selera, macam saya, saya tak boleh terima kekenyalan telur dia, kalau rasa masakan yang di masak oleh isteri En Ahmad, sedap masakan dia..tapi bila kunyah je telur dia..errr lain benor rasanya.

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Melawat Hutan Paya Bakau Dan Pusat Ternakan Belangkas Di Sedili Kecil, Johor ini merupakan satu pengalaman yang hebat buat saya dan anak. Macam-macam pelajaran baru yang amat berharga kami telah pelajari dari lawatan ini.

Eko Pelancongan, ekosistem tanah lembab, Hutan Paya Bakau, Johor, Pusat Penetasan Belangkas,  Pusat Ternakan Belangkas, Sedili Kecil, Wetlands Kampung Belukar Durian, Lembaga Johor Tenggara (KEJORA), Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Tourism Johor

Nak tahu salasilah belangkas ni atau nak melihat dengan mata sendiri, anda boleh datang ke Sedili Kecil, Johor ataupun boleh aje search kat google, ramai je dah bercerita galur susur belangkas ni. Ianya juga boleh menambahkan lagi pengetahuan anda tentang haiwan eksotik purba ini.