Sambungan dari entry yang lepas ( http://www.diarymama.com/impian-ke-macau-akhirnya-tercapai/) di mana saya akhirnya dapat melihat sendiri tapak atau kesan peninggalan sejarah yang berkurun lamanya dimana sebelum ini saya hanya melihat gambar-gambar tersebut di internet. Tempat tersebut ialah Saint Paulo Ruin Church, salah satu tempat yang harus dikunjungi di Macau.

Saint Paulo Ruin Church, Macau, Tempat Yang Harus Dikunjungi Di Macau

Bergambar berlatabelakang Saint Paulo Ruin Church

Saint Paulo Ruin Church merupakan ikon paling berharga di Macau, pelancung dari serata dunia pasti akan singgah disini dan bergambar kenangan di hadapan bangunan ini. Bangunan gereja dari abad ke 17 ini hanya tinggal dinding hadapan dan tangga yang masih kekal hingga kini. Nak tahu lebih lanjut tentang sejarah Saint Paulo Ruin Church ini, anda kenalah cari sendiri di Google ya, saya nak cerita disini panjang lah sangat.

Saint Paulo Ruin Church, Macau

Saint Paulo Ruin Church, Macau, Tempat menarik Di Macau

Di hadapan Saint Paulo Ruin Church

Memang ramai sungguh pengunjung sehingga penuh tangga, nak tunggu orang clear untuk shot gambar yang cantik jangan harap le..hehehe. Kami apa lagi, bergambar lah di tangga dengan berlatar belakangkan dinding bangunan tersebut untuk kenang-kenangan. Lepas puashati bergambar barulah kami semua sepakat balik ke hotel untuk berehat. Actually ini masih lagi hari pertama kami di Macau tapi kami dah tak kira penat sebab teruja nak melihat-lihat kota Macau.

Lepas mandi dan makan apa yang ada, kami sepakat pulak untuk keluar semula untuk melihat pemandangan waktu malam kota Macau.

Kami ke kawasan Grand Lisbo Hotel. Memang meriah dengan lampu-lampu berwarna warni serta manusia pun masih ramai lagi ketika malam hari. Maklum lah, Macau kan terkenal dengan pusat perjudian jadi kebanyakkkan yang datang ke Macau ni ada yang semata-mata nak berjudi.

Casino Lisbo, Grand Lisbo, Macau

Salah satu Casino yang ada di Macau

Grand Lisbo Macau, Macau

Ketika ini banyak perhiasan untuk menyambut Krismas, maklum saya datang bulan 12 sebelum Krismas

Dalam hotel Grand Lisbo ni memang happening. Bukan hanya terdapat casino tetapi bermacam-macam perhiasan yang menarik dipamerkan di ruang legar hotel.

Setiap hotel di Macau ni memang happening, kalau sesiapa yang datang ke Macau memang digalakkan melawat setiap hotel-hotel yang ada disini. Macam saya, setiap hotel yang top-top dan ternama saya pergi (gambar-gambar hotel tersebut akan menyusul). Masing-masing berlawan menghias hotel mereka dengan bermacam-macam cara dan decoration. Memang cantik sangat.

Dapat bergambar dan jejak kaki di ruang legar hotel tersebut pun jadilah, nak stay..ummm budget lari..hehehe.

Grand Lisbo Macau, Macau

Di ruang lobby Grand Lisbo

Grand Lisbo Macau, Macau

Jangan tak tahu, naga yang besar ni diperbuat daripada emas tau, kalau dapat bawak balik secebis pun jadilah..hehehe

Berakhir sudah hari pertama di Kota Macau. Nantikan perjalanan saya seterusnya dengan cerita dan gambar-gambar yang menarik ketika saya berada di sana.