Melaka - Ee Ji Ban - Chicken Rice Ball

Di hadapan Ee Ji Ban Restaurant. Wahh..Hanis Zalika pun dah datang sini

Dah lama betul saya tak ke Melaka , rasa nya dah 4 tahun saya tak jejakkan kaki di Melaka bandaraya bersejarah ni.

Kiranya saya ke Melaka ni last minute punya perancangan. Melaka bukannya jauh dari Kuala Lumpur , 2jam perjalanan dengan kereta ,tak jadi masaalah buat saya untuk drive ke sana.

Walaupun perancangan last minute tapi saya dah listkan tempat-tempat yang saya nak pergi. Nak ikutkan memang banyak tempat yang menarik dan tempat makan yang sedap-sedap disana ada dalam list saya tapi disebabkan saya hanya pergi untuk semalam sahaja jadi tak banyak tempat yang boleh saya terokai.

Entry Melaka kali ini saya akan ceritakan tempat makan yang famous dan pernah masuk dalam jalan-jalan cari makan.

Sesampai saya di Melaka dah masuk lunch hour , perut harus di isi terlebih dahulu. Tempat yang saya pilih ialah Ee Ji Ban Restaurant. Restaurant ni pernah masuk dalam jalan-jalan cari makan. Ramai artis tempatan juga kalau ke Melaka akan singgah di Ee Ji Ban Restaurant ini.

Melaka - Ee Ji Ban - Chicken Rice Ball

Fazura pun datang ke sini..

Walaupun owner di cina dan banyak tulisan cina dalam restaurant tersebut tapi mereka telah mendapat sijil halal. Kalau tak , tak kan jalan-jalan cari makan nak shooting di sini kan !!

Makanan yang famous di Ee Ji Ban Restaurant ini ialah Chicken Rice Ball.

Inilah pertama kali saya makan chicken rice ball , masa kecik- kecik dulu ada jugak saya makan rice ball ni tapi kalau tercekik aje baru mak kita suruh kepal-kepal jadi rice ball ( sebesar yang kita boleh telan ) tapi di restaurant ini nasi tu dikepal bulat-bulat dan dimakan dengan ayam roaster atau stim chicken..kiranya serving dia macam nasi ayam jugaklah.

Melaka , Ee Ji Ban Restaurant , Chicken Rice Ball

Ini lah dia Chicken Rice Ball yang famous di Ee Ji Ban, di makan dengan ayam roasted atau stim chicken

Melaka , Ee Ji Ban Restaurant , Chicken Rice Ball

Ayam roasted atau stim ayam di makan dengan rice ball

Selain chicken rice ball yang famous di sana , terdapat bermacam-macam lauk pauk yang ada dalam menu. Pilih aje apa yang berkenan dihati.

Gambar dibawah ini adalah hidangan sampingan yang saya makan di Ee Ji Ban Restaurant.

Melaka , Ee Ji Ban Restaurant , Chicken Rice Ball

Sayur kailan goreng

Melaka , Ee Ji Ban Restaurant , Chicken Rice Ball

Sotong campur udang goreng berlada

Melaka , Ee Ji Ban Restaurant , Chicken Rice Ball

steam fish

Apa yang boleh saya cakap , makanan di Ee Ji Ban Restaurant ini semua sedap. Sampai saya mintak tambah lagi rice ball dan ayam dia..hehehe ( mungkin hidangan dia kecik kot ). Service dia pun cepat , memang saya puas hati makan di sini.

Kalau anda ke Melaka dan teringin nak merasa Chicken Rice Ball di Ee Ji Ban , anda boleh sahaja ke :

275 Jalan Melaka Raya,

Taman Melaka Raya,

Melaka 75000

* Selepas ini saya akan cerita kan tempat penginatapan saya di Melaka yang mana bagi saya amat sesuai untuk keluarga yang nak berholiday di sana. Boutique Hotel dengan harga yang berpatutan.