MEGA HINDI Kool FM, Kool FM, Andy Hakim, Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2002, Penyampai Radio, Lagu-lagu Hindi, Kajol, DJ Andy Hakim

MEGA HINDI Kool FM BERSAMA ANDY HAKIM

MEGA HINDI Kool FM BERSAMA ANDY HAKIM | Seperti yang kita semua maklum stesen radio Kool FM menyiarkan pelbagai program menarik serta penyampaian mesej yang sesuai disajikan sepanjang lebih setahun ke udara.

Terbaru untuk anda semua yang meminati lagu-lagu Hindi, Kool FM telah memperkenalkan segmen “Mega Hindi Kool FM” dengan menampilkan Andy Hakim sebagai teraju utama bagi segmen tersebut.

Mesti anda yang meminati lagu-lagu Hindi teruja kan? Saya pun teruja jugak..hehehe. Memang minat sangat lagu-lagu Hindi ni. Dulu-dulu pernah jugak dengar Andy Hakim kendalikan segmen Hindi, memang syiok dengar dia keluarkan lagu-lagu yang top-top. Kini berkesempatan lagi dengar beliau kendalikan segmen Hindi. Selamat kembali DJ Andy..mainkan lagu Hindi best-best tau!

MEGA HINDI Kool FM BERSAMA ANDY HAKIM

Andy Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Ishak Ibrahim merupakan antara penyampai radio yang cukup berpengalaman dan sangat terkenal dengan kepakaran dan pengetahun yang mendalam mengenai lagu dan filem Bollywood. Pernah dinobatkan sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2002.

Menyedari kebolehan yang ada pada beliau, pihak pengurusan memberi peluang untuk beliau mengendalikan segmen “Mega Hindi Kool FM” bagi memantapkan lagi rancangan di stesen radio Kool FM.

Mega Hindi Kool FM disiarkan bagi memenuhi kehendak pendengar sekaligus mengukuhkan jenama stesen radio Kool FM. Segmen ini akan menyajikan lagu-lagu Hindi Malar segar dan bersiaran setiap Sabtu, selama 2 jam mulai pukul 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam bermula 22 Julai 2017.

Kajol Di Kool FM dalam segmen Mega Hindi Kool FM

MEGA HINDI Kool FM, Kool FM, Andy Hakim, Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2002, Penyampai Radio, Lagu-lagu Hindi, Kajol, DJ Andy Hakim

Baru-baru ini Andy Hakim sempat menemu bual pelakon Bollywood pujaan ramai iaitu Kajol. Kajol telah diterbangkan khas ke ibu kota bersempena promosi filem Tamil terbaru lakonannya, Valaiilla Pattadhari 2 (VIP2).

Bagi penggemar lagu-lagu Hindi, jangan ketinggalan untuk dengarkan segmen Mega Hindi Kool FM dan teruskan memberi sokongan kepada stesen Kool Fm, Temanmu Muzikmu. Terdapat banyak hiburan menarik bakal menanti anda.

Untuk informasi lanjut anda boleh layari :-

laman web rasmi : www.koolfm.com.my

atau laman media sosial rasmi stesen ini di

Faceebook : Kool FM

Youtube : Kool TV

Instagram Dan Twitter : @koolfmmy

Temanmu Muzikmu