3 – 5 Jan 2014 telah diadakan Malaysia Food Festival 2014 Di Mid Valley.

Malaysia Food Festival 2014 Di Mid Valley , Malaysia Food Festival , Food Festival , food , festival

Malaysia Food Festival 2014

Seawal puku 9.30am saya dah terpacak di Mid Valley dan pukul 10 dah ada depan pintu masuk Food Festival yang diadakan. Tunggu punya tunggu , pukul 9.15 baru le kita boleh masuk , hummm time Malaysia ni lain sikit kan..biasalah tu..

Saya ni bab membeli belah barang-barang dapur memang laju , kalau ada jualan murah lagi le berkejar saya pergi. Nak jimat kan..hehehe. Di Food Festival ni pasti harga lagi murah dari di luar , dan yang best tu barang-barang yang kita tak tahu dan pernah tengok pun banyak ada disini.

Ok , sebab pagi dah datang jadi tak lah bersesak saya dalam sana. Kali ni saya perhatikan tidak banyak stall yang ada so tak banyak lah pilihan untuk membeli.

Malaysia Food Festival 2014

Pagi-pagi datang memang syok, tak ramai orang

Malaysia Food Festival 2014

Ini tempat pertama yang saya singgah dan terus beli. Smoked Salmon memang menjadi kegemaran saya. RM18 untuk 200gm..hurmmm

Walaupun tak banyak stall tapi penat jugak saya berjalan sebab setiap stall asyik nak berhenti dan rasa makanan yang diberi ( tu yang syiokk food testing ni..boleh rasa macam-macam makanan kat sana..leh kenyang..hehehe )

Dari satu stall kesatu stall saya menyinggah lama-lama terasa berat barang-barang yang dibeli , kisahnya banyak jugak saya membeli..hurmmm.

Malaysia Food Festival 2014

Cantik kan aiscream ni..rasa dia pun sedap sangat , penuh dgn buah ,harga boleh tahan..Rm8 untuk dua batang kecik..hohoho

Malaysia Food Festival 2014

Dapat gak Aeysha merasa ais cream mahal…nangis mama

Di Malaysia Food Festival ni , makanan dari dalam dan negara-negara luar pun ada. Contohnya makanan dari Korea dan Jepun pun turut dijual disini.

Kebanyakkan yang di jual di Malaysia Food Festival 2014 ni halal , mana yang tak halal tu ada tertulis NON HALAL so kita faham-faham ajelah kan.

Malaysia Food Festival 2014

Gula tarik , sedap jugak..Teringat masa sekolah-sekolah dulu ada uncle dok jual depan sekolah..kita akan dengar bunyi ting ting ting dari jauh kalau dia ada..

Malaysia Food festival 2014

Kek lapis Serawak yang memang khas datang dari Serawak, yang jual ni memang orang Serawak

Bila dah habis stall kita terjah dan bila orang dah start ramai , kita pun beransur balik . Nasib baik datang pagi , kalau anda semua nak gi sini datang pagi-pagi so tak bersesak dengan orang ramai.

Malaysia Food Festival 2014

Bila dah bersesak macam ni , kita pun beransur balik

Bila sampai aje dirumah dan keluarkan barang-barang yang dibeli di Malaysia Food Festival 2014, gambar dibawah inilah hasilnya. Tapi saya puas hati sebab semua ni kalau diluar memang mahal. Lagipun barang-barang ni boleh tahan lama , bukan untuk sekali makan. Kiranya stock untuk berbulan bulan hehehe.

Malaysia Food Festival 2014

Inilah bahan-bahan makanan yang sempat dibeli di Malaysia Food Festival