China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

Makan Besar Sempena Chinese New Year 2019 Di China Treasures

Bila masuk aje Tahun Baru Cina, salah satu acara wajib yang dibuat oleh masyarakat Cina adalah makan besar bersama kaum keluarga. Akan terdapat pelbagai hidangan yang disediakan untuk dinikmati seisi keluarga.

Saya juga tidak terkecuali menikmati makan besar bersama mak angkat saya jika dia menyambutnya di Malaysia. Tahun ini sekali lagi saya berpeluang bersama-sama beliau yang datang dari Singapore menikmati makan besar sempena Chinese New Year 2019 disini.

Makan Besar Sempena Chinese New Year 2019 Di China Treasures

China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

Kebetulan saya masih ada voucher makan dim sum di China Treasure yang belum digunakan lagi, so kami sepakat tahun ni bawa beliau makan dim sum di restoran ini sahaja. Cuma kena beli lagi 2 voucher dekat 8excite (voucher kat 8excite pun guna point so dapat le free 2 voucher..hehehe)

Cuma sebelum nak ke sana kena buat reservation terlebih dahulu. Part ni memang kena banyak bersabar sebab layanan di China Treasure ni tak berapa ramah mesra (banyak kali jadi..tak serik-serik..hahaha). Kali ni, bila call kata ada voucher dari China Treasures dan nak add on 2 lagi voucher dari 8excite dan duduk satu table, diaorang boleh kata tak boleh duduk satu table walaupun family..err kami berempat je kot, rasanya table kat sana besar gedabak, tak pernah le nampak table untuk 2 orang je. Mati-mati tak nak bagi kitaorang duduk setable.

Lepas tu kata voucher dah tamat tempoh le..aiyoo, sah-sah kat kitaorang punya voucher tak tamat tempoh..eshhh macam-macam tau diaorang ni. Last-last terpaksa jugak mintak tolong PR yang bagi voucher sebab buat review kat sana dulu. Ehhh bila PR dah campur, terus call kata “for you kita ok..bagi you all tempat”. Haiyoo macam-macam…so anda kena bertabah sikit dengan layanan diaorang ni

Ok dah habis part luahan perasaan, berbalik pada restoran ni, kenapa saya suka ke China Tresures ni, sebab makanan di sini not bad. Bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, restoran ini memang dah banyak kali juga saya terjah untuk menikmati dim sum dan chinese food dia. Hidangan di sini tak pernah mengecewakan saya.

Setiap kali kalau makan dim sum disini mesti kita ambil buffet dan istimewanya walaupun buffet kita pilih ikut dari menu yang disediakan. Haa..pilih ajelah sebanyak mana yang anda nak makan. Tapi kena ingat..pilih banyak makna kena makan banyak sebab jika tak habis mereka akan kira makanan yang tak habis tu dengan harga ala carte. Bagus konsep ni, untuk elakkan pembaziran.

Mereka akan bagi satu kertas untuk kita tick makanan apa yang kita nak, tak tahu nama-nama makanan, jangan risau sebab ada menu yang disertakan gambar dan nama makanan tersebut.

Antara hidangan yang kami pilih untuk makan besar kami sempena Chinese New Year 2019 adalah :

  • Deep fried Fish Skin Salted Egg

Deep fried Fish Skin Salted Egg, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Stir Fried Radish Cake & Beansprouts With Chilli Sauce

Stir Fried Radish Cake & Beansprouts With Chilli Sauce, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Baked China Treasure Mini Egg Tart

Baked China Treasure Mini Egg Tart, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Deep Fried Spring Roll

Deep Fried Spring Roll, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Steamed Chicken Feet

Steamed Chicken Feet, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Geo Zi in Clear Broth With chicken

Geo Zi in Clear Broth With chicken, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

  • Steamed Crystal Shrimp Dumpling

Shrimp Dumpling, China Treasures, Chinese New Year 2019, Dim Sum Sedap, Halal Dim Sum, Makan Besar, Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina, Sime Darby Convention Centre

Gambar yang tak ada nama kat bawah ni, makna saya dah lupa le tu..hehehe, tapi still jugak nak masukkan kat sini. Bukan apa, just nak ingatkan pada diri sendiri yang saya pernah makan hidangan ni.

Memang puashati sangat makan dim sum dekat sini, ikutkan macam-macam nak makan, tapi tak nak le tamat, kang tak pasal-pasal pulak kena bayar lebih. Next time ada rezeki kita makan kat sini, cuba yang lain pulak.

Jangan risau dan rasa was-was makan dekat sini sebab restoran ni merupakan salah satu daripada beberapa restoran dim sum di Kuala Lumpur yang mempunyai sijil halal! So anda tidak perlu risau untuk menikmati hidangan dim sum disini.

Waktu buka: 
Makan Tengahari – Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum (jam 12 malam – 2.30 petang) 
Makan Malam – Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum (6.30 petang – 9 malam)