Memang best ada mak angkat ni , lebih-lebih lagi kalau orangnya ok. Saya pun tak terkecuali ada mak angkat. Dah enam tahun jugak saya jadikan dia emak angkat saya.

Owh ya , mak angkat saya ni Singaporean Chinese , tapi dia dah boleh terima budaya kita melayu dan agama kita Islam.

Nak tahu , kalau anak saya masa makan tak baca doa..wahhh dia marah tau , dia suruh baca doa dulu baru boleh makan. Dan dia ni jenis kalau apa-apa yang dia tak faham , dia akan bertanya kita dahulu. Itu yang saya suka dan hormat kat dia.

Jumaat ni dia nak datang dari Singapura …

Mak Angkat , Mak Angkat Dari Singapura , Mak Angkat Saya

Ini lah Mak Angkat Saya dari Singapura

 

Huhhh..Jumaat ni nak datang?

Aduhhhh…nampak gaya sibuklah saya dibuatnya.

Hari ni jugak saya kena menyibukkan diri , bukan apa tapi mak angkat saya ni terlalu teliti dan pembersih orang nya. Bermakna saya kena lah kemas-kemas apa yang patut.

Mak angkat , mengemas sebelum mak angkat datang

Time to mengemas sebelum mak angkat datang

 

Ooooo…jangan ingat saya tak mengemas rumah pulak ya. Selalu jugak saya mengemas tapi disebabkan ketelitian mak angkat saya ni , sehalus-halus abuk pun dia boleh nampak. Rumah saya ni banyak kucing , jadi bulu jangan cerita lah .

Lagi satu kalau berselerak sikit pun dia akan bising punya lah.. tapi saya dah biasa dah dengan bisingan dia tu tapi tak suka lah kalau dia jauh-jauh datang lepas tu dia tak selesa pulak kan.

Yang bestnya kalau dia datang , kami serumah akan keluar makan besar , tu yang best tu..hahahaha