Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Pengalaman Dan Kenangan Terindah Kali Pertama Buat Majlis Open House Raya 2018

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Raya nak habis dah tapi baru dapat up entry berkenaan Raya..hehehe. Bukan apa, masih sibuk berjalan raya serta menerima undangan open house. Maklumlah, raya kan sebulan.

Tahun ni saya pun tak ketinggalan buat majlis open house raya. Kiranya pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya setelah berpindah di Petaling Jaya ni dalam anggaran 10 tahun. Selama ni rumah tertutup  je.

Kenapa saya nak buat rumah terbuka tahun ni disebabkan saya nak berkumpul bersama adik beradik saya. Tahun ni merupakan tahun pertama beraya tanpa mak di sisi, maka tahun ini sambutan di rumah mak kami tak buat.

Selalu pagi raya pertama adik beradik, sepupu, cucu-cicit mak akan berkumpul beramai-ramai bersalam dan bermaafan hari raya. Kami akan bergambar kenang-kenangan seisi keluarga, tapi tahun ni kami tak buat begitu. Tak dapat berkumpul seperti selalu.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Sebahagian dari keluarga yang dapat hadir semasa open house raya 2018 baru-baru ini.

Di sebabkan itu, saya terfikir buat rumah terbuka di rumah sendiri untuk dapat berkumpul seperti Hari Raya sebelum-sebelum ini. Dapatlah berjumpa dengan mereka yang tak dapat berjumpa di pagi raya.

Setelah pakat-pakat, meeting-meeting, akhirnya saya, Jen dan Aeysha sebulat suara dan sepakat untuk adakan majlis Open House Raya tahun ini pada 1 July 2018.

Pengalaman Kali Pertama Buat Majlis Open House Raya 2018

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Setiap tahun i ke open house rumah you je kan Datin Meliza? Kali ni you pulak ke rumah i..hehehe. Tq tau sudi datang keteratak kecil i…

Alang-alang dah nak buat open house raya, maka saya pun pikir why not saya panggil rakan-rakan sekali untuk sama-sama menyambut sambutan raya di rumah saya.

Maka bermulalah journey saya untuk membuat persediaan majlis open house raya yang di rancang di adakan pada tarikh yang ulang tahun kelahiran saya. Kiranya 2 dalam 1 lah ni.

Ohh..jangan salah anggap pulak ya, saya buat open house raya pada hari kelahiran saya bukan nak tagih hadiah, tapi saya memang dah lama teringin nak menjamu adik-beradik serta rakan-rakan, kebetulan pula jatuh pada tarikh hari lahir saya pada hari tersebut. Hanya niat nak berkongsi rezeki pada majlis bersejarah saya.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Makanan datang tepat seperti yang di janjikan

1 minggu sebelum majlis rumah terbuka di adakan, maka saya mulalah kelam kabut..hahaha, pertama kali lah katakan nak buat majlis di rumah sendiri.

Yang pertama saya buat. Saya kumpulkan dulu jumlah berapa orang yang akan hadir pada hari tersebut. Keluarga saya sahaja anggaran dalam 60 orang (dari yang besar hingga yang kecil) itu pun tak jemput sedara mara. Kalau jemput mau kena buat khemah 2 ke 3 bijik hahaha.

Cadangan hanya dalam 100 orang sahaja yang datang tapi bila jumpa kawan yang ini saya ajak, jumpa yang itu saya ajak..begitu juga lah kawan anak-anak serta cikgu dia..kalau boleh satu kelas dia nak ajak datang..hahaha.

Maka dari 100 orang, bertambahlah menjadi 200 orang. Fuhh..baru pening kepala nak buat macam mana sebab rumah saya bukanlah besar pun.

Selesai tahu jumlah tetamu yang nak datang, maka saya mulalah mencari catering. Nasib baik ada satu catering ni sanggup terima lagi tempahan saya..maklum musim raya memang ramailah yang nak buat open house.

Layanan dari catering ni pun terbaik. 2 3 kali jugak saya ubah menu dan ubah jumlah makanan tapi dia still layan saya tak kira siang atau malam. Sanggup layan kol  2 ke 3 pagi tu..hehehe.

Jumlah makanan yang saya tempah dari 100 orang makan akhirnya saya naikkan jumlah makanan ke 200 orang makan. Risau jugak takut tak cukup, tapi orang catering cakap insaallah cukup sebab saya order juga hidangan sampingan yang lain.

Yang bestnya tu, hidangan 200 orang yang saya order..bila di hantar ke rumah jadi bertambah-tambah sebab catering ni bagi extra lagi untuk setiap hidangan yang di buat. Ya Allah..pemurah sungguh mereka, moga murah rezeki dan maju lah perniagaan mereka.

Bab makanan dah selesai, maka bab ruang untuk tetamu duduk pula. Risau tetamu tak ada tempat duduk jika ada yang datang serentak ramai-ramai. Maka saya tempah canopy pula. Haa kau..dah macam majlis besar-besaran lah pulak. Ada kawan tanya, kau nak khawin lagi ke? hahaha..

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Khemah yang di pasang seminggu lebih awal. Siap ada bendera putih gitu..kau hado? hahaha

Saya tempah satu aje canopy yang siap dengan kipas untuk keselesaan tetamu. Canopy pula hanya setakat keluar gate sedikit sahaja. Tak lah pasang sampai halang jalan depan rumah, susah nak kena ambik lesen pulak. Saya tempah sekali meja 4 dan kerusi untuk 50 orang. Kira muat-muat lah ruang depan rumah saya.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Alhadulillah..muat juga tetamu duduk walaupun hanya ambil 4 meja dan 50 kerusi. Ada yang duduk dalam rumah muat2 tetamu datang

Yang kelakar tu, 1 minggu sebelum majlis open house raya 2018 ni berlangsung, mereka dah pasang canopy dan hantar kerusi meja kat rumah, katanya takut tak sempat hantar pada hari majlis. Waduhhh…seminggu jugak canopy depan rumah..hahaha. Dah lah tu, canopy siap ada bendera putih lagi. Lawak betul!

Sempat juga order tray untuk letak makanan, beli bekas air, pinggan dan gelas pakai buang, tisu dan barang-barang sampingan lain supaya tak ada kekurangan pada majlis tersebut. Kesana kesini jugaklah nak beli barang-barang ni. Ada order online dan ada jugak pergi ke pasar pudu. Berotol-botol beli Jus Barli dan sehari sebelum majlis beli ketul ais bebanyak.

Alhamdulillah, sehari sebelum rumah terbuka yang di buat, semua selesai dan saya sempat lagi terima job event Unifi dan sempat lagi ke majlis perkahwinan anak rakan saya.

Majlis Rumah Terbuka Raya 2018 Berjalan Dengan Lancar

Dalam pukul 11.00 orang catering dah hantar barang dan sempat lah susun hidangan di luar. Sempat kemas apa yang patut dan sempat lagi bermake-up dan salin pakaian Hari Raya, tak kan nak pakai baju kelawar pulak sambut tetamu kan..hehehe.

Pukul 12 saya dah suruh anak tunggu tetamu di luar. Saya pulak sesekejap tengok phone takut tetamu sesat dan call.

Dalam hati risau jugak tetamu tak datang..terbayang makanan yang di tempah siapa nak makan.

Dah lah tu..ada jugak terbaca di fb, orang ni buat open house…siap masak sendiri, banyak pulak tu, tapi seorang pun tak datang. Itu yang merisaukan saya, saya ni bukannya glamour sangat untuk orang sanggup beria ia nak datang..hehehe.

Tetamu saya bahagikan pada 2 sesi iaitu 12 – 4pm (untuk rakan karib dan rakan blogger / rakan anak-anak) manakala 5 -10 pm untuk adik beradik.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Sekoq lagi dah nyorok bawah selimut..hehehe

Owhh ya, kucing-kucing saya, saya letakkan dalam bilik dan siapkan segalanya dalam bilik agar mereka tak di kacau dan stress. Biar mereka juga rasa selesa.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Rakan-rakan sekolah Aeysha dan tudung grey mak kepada kawan sekolah

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Rakan-rakan baik Aeysha, nasib baik diorang ada so boleh tolong-tolong serba sedikit..hehehe

Alhamdulillah tetamu yang pertama merupakan kawan sekolah aeysha dan keluarga dia. Fuhh lega jugak hati.

Lepas tu tetamu datang silih berganti. Maka tak ada istilah tak cukup ruang. Mana yang tak selesa nak duduk luar, mereka boleh aja duduk di ruang dalam rumah.

Makanan dan air silih berganti di tambah sebab kami tak letak semua sekali di luar. Semua tu kerja Jen, Aeysha dan kawan dia. Saya hanya layan tetamu je..hehehe.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Apa yang istimewa dan terharu buat saya, sempat juga 2 kali kejutan (siang dan malam) di buat untuk saya. 2 kali saya kena potong kek…memang mejadi betul kejutan korang tau..hahaha. Serious terharu sangat dengan kejutan yang uoll buat. Kisahnya syiok jugak buat jamuan sama gan hari jadi ni..happening di buatnya..hehehe.

Terima kasih ya. Terkejut jugak, dalam sibuk-sibuk layan tamu tetiba ada orang nyanyi lagu “Happy Birthday To You”, malu akak!

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Kejutan dari rakan-rakan pada sebelah siang

Kejutan sebelah malam pula kek di beli oleh Jann dan Aeysha. Di sambut oleh keluarga dan rakan-rakan pada sebelah malam pula. Nasib baik dah tukar baju untuk sebelah malam..hehehe.

Kenalah bertukar baju dan bersihkan diri, nanti tak pasal-pasal mashamm pulak. Kang kembang pulak hidung tetamu yang nak bersalam peluk cium.

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Tetamu tak berhenti silih ganti datang sampai malam. Sebelah malam ada rakan yang tak boleh datang siang mereka akan datang pada sebelah malam. Keluarga saya pula start pukul 5 dah mula datang berperingkat dan berkumpul hingga ke malam.

Suasana memang meriah dari siang sampai malam. Bersyukur sangat sebab akhirnya saya dapat kumpulkan keluarga juga dalam masa yang sama dapat beraya bersama rakan-rakan.

Kerisauan takut orang tak datang, takut makanan tak cukup, takut tak ada tempat duduk…akhirnya menjadi kegembiraan yang tak mungkin dilupakan.

Ikut penggiraan memang ramai yang tak datang. Kalau nak dikirakan hidangan yang kami order dengan tetamu yang datang, memang berlebih-lebih sebab kami tempah dan bayar ikut kepala. Tapi saya faham, mungkin ada pekara yang tak boleh dielakkan sehingga mereka tak dapat datang dan tak sempat nak bagitahu.

Ini kan Raya, jadi saya tak kisah pun..sesiapa pun sure ada hal yang tak dapat di elakkan, ada yang inform saya minta maaf sebab tak datang. Tak apa dik…bahagian korang tu akak boleh je makan berhari-hari..hahaha, selebihnya akak tapow kan aje buat mereka yang sempat bawak balik..(rezeki mereka dapat bawak balik door gift). Istillah membazir tak ada, ramai yang kata makanan sedap-sedap..Alhamdulillah…syukur ya Allah!

Pada yang saya tak sempat jemput untuk open house raya 2018 yang saya buat ni, janganlah marah atau berkecil hati ya! Bukan niat pun, kalaulah rumah besar dan budget saya banyak..sure saya jemput semua yang mengenali saya. Dan kalaulah saya tahu ada yang tak datang..sure saya jemput lebih supaya dapat cover yang tak datang tu..(perghh macam event pulak dah..nak kena RSVP..hahaha).

Hari Raya Aidilfitri, majlis Open House Raya, Open house raya 2018, Open house raya 2018 - diarymama, pengalaman pertama saya buat rumah terbuka raya, Rumah terbuka raya, Sambutan hari jadi

Terima kasih pada yang sudi memberi hadiah

Akhir kata, terima kasih pada yang sudi datang kerumah, terima kasih pada yang memberi hadiah dan membuat kejutan hari jadi, terima kasih pada mereka yang membantu menjayakan rumah terbuka open house saya kali ini. Terima kasih Jann dan terima kasih Aeysha.

Jika ada kekurangan sana sini semasa majlis berlangsung, harap maafkan ya, maklum ini pertama kali saya buat open house raya…kiranya baru belajar buat majlis sendiri. Insaallah, kalau ada rezeki lebih, tahun depan kita buat lagi ya!!!

Jom tonton video yang sempat saya rakam sekitar open house raya 2018 di rumah sendiri.

cc : Jann – www.thefatpaw.com

Aeysha –  http://aeyshaabdullah.blogspot.com/