Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan 2014. Pada 10hb Julai 2014 saya telah dijemput ke Majlis Iftar 2014 eWana fm dan food review Pak John Steamboat bbq di Curve Damansara.

 Majlis Iftar 2014 eWana fm, food review Pak John Steamboat bbq, Curve Damansara.

Majlis Iftar 2014 eWana fm dan food review Pak John Steamboat bbq di Curve Damansara.

Sampai-sampai aje Ke Majlis Iftar 2014 eWana Fm Dan Food Review Pak John Steamboat BBQ saya dah terasa-rasa kemeriahan yang bakal diadakan. Dengan ramainya yang hadir serta kedengaran lagu-lagu hari raya yang diputarkan oleh eWana fm sehingga terasa suasana hari raya di Restaurant Pak John Steamboat di Curve ini.

Food Review Pak John Steamboat BBQ, Majlis Iftar 2014 eWana Fm Dan Food Review Pak John Steamboat BBQ

Bersama Halim Brothers pengasas Hai Bloggers

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ, Majlis Iftar 2014 eWana Fm Dan Food Review Pak John Steamboat BBQ

10403412_731580626900534_4293421508239346372_n

Bersama-sama blogger yang turut hadir di Majlis Iftar eWana fm bersama Pak John Steamboat

 

Sebenarnya bila dijemput ke Majlis Iftar 2014 eWana fm dan food review Pak john Steamboat bbq dan bloggers ni, hati saya berbunga keriangan. Yang pertama kerana ingin turut serta meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Budriah, Cheras dan yang ke 2 nya kerana steamboat merupakan salah satu makanan kegemaran saya.

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Bahan-bahan untuk steamboat yang kelihatan segar tersusun rapi di rak-rak yang disediakan

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Sayur-sayuran beserta cendawan segar

 

Food Review Pak John Steamboat dan Grill

Yang bestnya berbuka di Pak John Steamboat dan Grill ni, bahan-bahan makanan yang disediakan disini semua berkualiti dan segar. Abalone slice, Lamb slice, Australia beef slice, Smoke Duck Breast, seafood, sayur-sayuran, daging, ayam dan yang lain-lain semua dari bahan berkualiti dan segar.

Service mereka pun pantas, habis aje makanan yang ada mereka akan tambah lagi dengan pantas. Tak payah kita nak tertunggu-tunggu atau kita tak dapat merasa makanan yang kita nak ambik.

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Udang, daging, ikan dan beberapa jenis makanan lagi menjadi pilihan saya

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Ayam yang telah di marinate bersama ikan digrill sahaja.

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Udang yang segar dan besar-besar, saya hanya grill dan cecah bersama sos yang sedap

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Cendawan dan sayuran yang kelihatan segar

Dan yang special sekali adalah sup yang disediakan disini. Kita boleh pilih sup apa yang kita nak dan suka. Sup-sup dia memang sedap dan jarang kita dapat rasa di restoran steamboat yang lain. Sup-sup istimewa ini terdiri daripada :-

  1. Beef Bone Papper Sup
  2. Tomyam Sup
  3. Curry Sup
  4. Miso Sup
  5. Chicken Sup
  6. Prawn Sup

Kita pilih sahaja bahan-bahan segar yang kita inginkan dan rebus didalam sup yang berperisa istimewa tersebut. Di cecah pula  bersama sos buatan sendiri iaitu sos Thai , Green Cili sos, sos manis , bbq sos dan beberapa sos lagi. Terdapat juga beraneka buffet turut disediakan. Terdapat juga kuih muih , ais cream dan wafer sebagai dessert.

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Sup daging untuk steamboat menjadi pilihan saya…dan beberapa juadah lagi seperti nasi tomato ayam coke, grill ayam untuk berbuka

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Pulut sumbat berinti udang..memang sesangat

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Pulut sumbat berinti udang dan berjenis dim sum beraneka perasa

 

Food Review Pak John Steamboat BBQ

Berbagai jenis kuih traditional untuk juadah berbuka puasa

Anda boleh menonton sendiri kemeriahan sekitar majlis  dan blogger dalam video dari KIAO STUDIO di bawah ini.

Jika anda ingin berbuka puasa atau ingin merasa keenakan makanan di Pak John Steamboat dan Grill ini anda boleh pergi ke cawangan yang ada samada di :-

#Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tau Foo

Lot LG -13A & LG-15,

Lower Ground Floor, E-Curve

No 2A, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara

03-77333913

______________________________

#Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tau Foo

Wangsa Walk Mall

Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall

Wangsa Avenue

No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju.

03-41418898

Semperna bulan Ramadhan ini Restaurant Pak John turut mengadakan Promosi Buffet Ramadhan iaitu :-

Harga :- Rm 39++ sekepala bermula pada 28hb June – 29hb Julai 2014

( Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dan menjamu selera di Pak John Steamboat di cawangan-cawangan yang di tetapkan )

Untuk keterangan lebih lanjut anda juga boleh layari ke :

Facebook – Pak John Steamboat & Yong Tau Foo

Website – http://www.pakjohn.com/