Serious memang terkejut gak le semalam bila tetiba je dapat massage dari kawan pasal Main-main Hantu.

Arghhhhh tidak….menakutkan , adehhhh kenapalah timbul semula Main-main Hantu ni , kan ke cerita tu dah berzaman. Perapkan ajelah kat musium ke..huhuhu

Main-main Hantu

Gambar dahulu dan sekarang saya. Gambar dahulu yang berumur 19 dan gambar sekarang yang berumur 45

Main-main Hantu ni sebenarnya filem yang pertama saya berlakon pada zaman anak dara dulu. Zaman 90an saya adalah zaman saya berjinak-jinak memasuki industri filem dan drama ni. Almaklumlah waktu tu darah muda so macam-macam lah kita nak mencuba. Kiranya adalah jugak beberapa filem dan drama yang sempat saya lakonkan.

Sekarang bila keluar balik cerita Main-main Hantu ni , serasa macam saya nak menyorok bawah katil. Waduhhh malu sungguh tengok acting saya waktu tu. Kelakar gila , macam kayu je..dialog pun tak le banyak mana walau setiap scene ada terselit muka saya tu. Dah le tu rambut pulak kerinting semacam aje…malu oooo.

Main-main Hantu

Gambar dahulu ketika filem main-main hantu dan gambar sekarang saya. Kelakar gila zaman dahulu..hehehe. Saya tengok balik gambar ni pun saya macam tak percaya..

Tapi tak apa lah , semua itu hanyalah pengalaman dan sejarah masa lampau saya. Kadang-kadang bila teringat boleh ketawa dibuatnya. Kiranya memory kelakar jugak lah. Semua penggalaman ini banyak mematangkan saya dalam menempuh onak duri kehidupan.

Bila keluar cerita tu balik anak dan kawan-kawan terkejut jugak tengok saya dulu-dulu , memang jauh sangat bezanya. Ada yang sampai tak tahu yang mana satu saya dalam cerita Main-main hantu tu..hahaha sampai macam tu sekali ya perubahan ketika saya muda dan sekarang..hurmmm.

Main-main Hantu

Dulu pernah berlakon dengan Mustafar Kamal dalam Filem Adik. Sekarang hanya berlakon dengan anak aje..

 

Main-main Hantu

Zaman dahulu ketika berlakon iklan Zaiton dan sekarang buat business online jeww..hehehe

 

So tengok lah gambar-gambar saya yang saya masukkan dalam entry saya ni. Gambar dahulu dan sekarang saya. Anda tengok gambar-gambar ni anda pasti tahu yang mana satu saya dalam main-main hantu tu..hehehe.

Kalau nak tengok cerita main-main hantu tu boleh aje tengok dekat you tube ni :

-> Main-main Hantu (part 1) ,

-> Main-main Hantu (part 2)