Hari ni kes yang di jalan kan akan bersambung pada DEC 

nanti…iaitu menentukan samada kes yg aku 

failkan akan dpt di teruskn di wilayah atau tidak. Baru dapat 

hujahan bantahan so my lawyer nak kena 

prepared kan hujahan balasan pulak..


Bila dah buat hujahan bantahan awal nanti..baru lah Hakim boleh 

buat keputusan..So kena lah aku menunggu lagi sehingga 

pertengahan DEC ini….



Jika hakim berpihak padanya nanti bermakna akn drag lagi kes ni 

dan aku kena pulak fail kan kes aku ini semula di Selangor.
Cuma yang aku nk highlight kan kat  sini...**Tadi  lawyer dia dtg jumpa lawyer aku..waktu ni kes 

belum lagi berlangsung..sedang menunggu giliran nak di panggil hakim..Lawyer dia ckp my ex 

akan lepaskan aku..tapi dgn bersyarat…Dia suruh aku menggaku NUSYUZ..barulah dia akan 

ceraikan aku….**
Dia nk suruh aku buat penggakuan NUSYUZ depan hakim supaya aku 

tak boleh tuntut apa2 walau sesen 

pun daripada dia (mutaah dn edah)..dan yang penting sekali dia 

nak menggatakan pada semua orang bahawasanya dia lah semulia 

mulia umat……. yang jahat dan curang adalah aku…


Ya Allah…dia suruh aku menipu untuk menutup kesalahan dia. Dia 

nk aku menipu untuk kepentingan harta2 

dia.??? Apakh jenis manusia dia ni????
Kalau aku buat penggakuan NUSYUZ…maka nama aku akan di cop 

sebagai isteri yang Curang…Apa pandangan anak2 nanti??? Anak2 

yang tak tahu apa benda , akan berasa yang emak dia ni memang 

jahat… 


Orang2 di luar yang tak tahu cerita pulak akan hina aku dan 

menggatakan aku NUSYUK…Tapi jika aku tak 

ikut permintaan dia…dia tak akan ceraikan aku!!!!
Dah 4 tahun kes ini berjalan. Mmg aku nk benda ni selesai dgn 

cepat…

Tapi haruskah aku kena mengaku yang aku  nusyuk??? 
( Nusyuz ialah suatu tindakan isteri yang dapat dimaksudkan sebagai ingkar atau menentang 

kehendak suami dengan tiada alasan syarak yang dapat diterima mengikut hukum syarak. )

Huhhhh……aku NUSYUZ?????


Biar betul aku nak mengaku NUSYUZ….Kenapa aku di suruh mengaku NUSYUZ??? 

sedangkan yang bersalah dia…Habis tu…apa yang dia buat selama ini pada aku tak salah 

ke??? Kena ke aku lepas kan dia begitu sahaja dengan mengaku aku yang bersalah 

sedangkan ramai yang tahu akan perbuatan dia…???..(wahhhh banyak nya persoaalan…)
Tapi kalau aku tak buat seperti apa yang di pinta…kes aku ni 

akan berpanjangan…dia tak akan lepaskan aku 

sesenang dan semudah itu sahaja..Sekarang dah 4 tahun….so 

sampai bila aku harus tunggu untuk di 

lepaskan??


Memang lelaki berkuasa pada talak…tapi janganlah disebabkan 

talak terletak di tangan lelaki, dia boleh gunakn sesuka 

hati…jangan nk menganiaya perempuan..suka2 hati nk buat 

apa..suka2 hati nk paksa org ngaku buat salah jika tahu 

kebenarannya..( nak tutup AIB sendiri…orang lain yang di suruh 

mengaku salah )


Takut sangat dia aku tuntut harta benda dia…wang ringgit 

dia…Sayang sangat dia harta dia di dunia ini dari harta di 

akhirat…Sanggup dia menuduh aku NUSYUZ dan menyuruh aku 

menggaku NUSYUZ sekiranya nya ingin di lepaskan dengan 

segera…Jenis lelaki apakah ini????

Aku tak pandang semua itu…Aku tak pandang harta benda 

dia…Kalau aku pandang dan ingin sangat wang ringgit 

dia…kenapa aku minta di lepaskan!!..Baik aku stay aje dengan 

dia…tiap2 bulan sah2 dapat duit…hidup mewah… Tapi bukan 

kehidupan itu yang aku inginkan…Wang ringgit harta benda bukan 

boleh menjamin kebahagiaan….

Di sini aku selit kan satu ARTICAL berkenaan NUSYUZ…( supaya suami2 di luar sana yang senang2 nak kata isteri nusyuz…fahami dulu istilah NUSYUZ )
Mahkamah Syariah tentukan hukum isteri tak dapat nafkah
Kebanyakan suami masih keliru atau kabur dan sebahagian besarnya tidak faham langsung maksud nusyuz. Ramai suami mentafsirkan sendiri istilah ‘nusyuz’ dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada ulama muktabar.

Nusyuz dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.” (Surah Al-Nisa’, ayat 34)

Suami tidak boleh memandai-mandai menghukum isteri sebagai nusyuz dengan menghentikan pemberian nafkah kepada isteri atas andaian isteri telah nusyuz. Sebaliknya suami perlu mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mensabitkan isterinya nusyuz.

Isu isteri nusyuz ini dijadikan senjata ampuh bagi suami dan dibangkitkan mereka dalam semua kes termasuk tuntutan mutaah, hadanah, fasakh serta harta sepencarian. Walhal nusyuz hanya memberi kesan kepada nafkah isteri.

Suami juga keliru dalam membezakan antara berkelakuan buruk (fahisyah) dengan nusyuz. Sesetengah suami cukup mudah menghukum isteri yang meninggikan suara, tidak memasak atau tidak membasuh baju sebagai isteri nusyuz.

Sedangkan dari sudut undang-undang, nusyuz adalah kes yang sukar untuk dibuktikan dan memerlukan beban pembuktian yang berat. Bukan hak suami untuk mengatakan isterinya nusyuz, tetapi ia adalah kuasa Mahkamah Syariah.

Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, perkataan nusyuz disebutkan sebanyak tiga kali, dua kali disebutkan dalam Seksyen 60 dan sekali disebutkan dalam Seksyen 66.
Seksyen 60 menyebut hak isteri untuk mendapat nafkah daripada suaminya semasa dalam pernikahan, serta kesan nusyuz terhadap hak nafkah itu. Manakala Seksyen 66 mengenai hak isteri mendapatkan nafkah ketika dalam edah serta kesan nusyuz terhadap hak nafkah edah itu.

Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan, seorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya.

Antaranya, apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya; meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya atau enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah tanpa sebab sah mengikut hukum syarak.

Selepas isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz. Ringkasnya, sabitan nusyuz perlu kepada pengesahan dari Mahkamah Syariah.

Suami tidak boleh memandai-mandai menghukum isteri sebagai nusyuz dengan menghentikan pemberian nafkah kepada isteri atas andaian isteri telah nusyuz. Sebaliknya suami perlu mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mensabitkan isterinya nusyuz.

Kebanyakan kes nusyuz yang dibangkitkan di mahkamah adalah berkaitan tindakan isteri meninggalkan rumah disediakan oleh suami. Namun, sejak kebelakangan ini, semakin banyak muncul kes nusyuz yang mana suami mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Kes nusyuz boleh didaftarkan melalui prosedur kes mal atau jenayah kerana tiada prosedur khusus.

Tuntutan nusyuz juga boleh dibuat semasa pembelaan dan tuntutan balas suami dalam kes tuntutan perceraian isteri.

Apabila suami mendapati isterinya nusyuz, suami perlu memulakan tindakan proaktif iaitu dengan membuat aduan di Pejabat Agama Islam untuk satu sesi kaunseling bagi menasihati pihak-pihak menyelesaikan krisis yang dihadapi.

Suami juga perlu mengambil tindakan memujuk isteri kembali ke pangkuannya dan kembali mentaatinya menurut hukum syarak. Jika suami tidak mengambil sebarang tindakan wajar, kemungkinan isteri tidak dapat disabitkan sebagai nusyuz.

Nusyuz juga biasanya akan dimulakan dengan tuntutan taat terlebih dulu yang dikemukakan suami. Jika selepas perintah isteri taat dikeluarkan, isteri masih lagi enggan, maka isteri boleh disabitkan nusyuz.

Isteri nusyuz juga boleh didakwa menggunakan prosedur jenayah dengan menggunakan peruntukan isteri tidak menurut perintah (Seksyen 129) dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Kesilapan suami ialah menimbulkan isu nusyuz sebagai pembelaan diri.

Kesilapan suami juga, masih ingin menimbulkan isu nusyuz dalam kes tuntutan selepas perceraian sedangkan pengisytiharan atau sabitan nusyuz tidak pernah dimohon suami sebelum berlaku perceraian.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)