Lunch Actually Membantu Mencari Pasangan Hidup Yang Sepadan

Lunch Actually Membantu Mencari Pasangan Hidup Yang Sepadan

Pernah tak anda mempertemuhkan jodoh buat rakan atau saudara mara anda yang masih belum berpasangan atau berkahwin? Macam saya tak pernah lagi lah, cuma ada pengalaman di mana nenek saya menjodohkan abang saya dengan kakak ipar saya sekarang. Alhamdulillah sampai sekarang mereka masih bersama.

Itu kisah dulu-dulu, zaman moden sekarang ni kebanyakkan tak mahu dah keluarga atau rakan tolong carikan pasangan buat mereka, katanya nak cari pilihan sendiri dan cari yang sesuai. Alasan lain tunggu cukup duit atau nak stabilkan perkerjaan terlebih dahulu. Lama-lama dok leka dengan kerjaya masing-masing sampai terlupa untuk mencari pasangan, maka ada jugalah yang sampai terlajak umur masih belum berjumpa pilihan yang terbaik yang diinginkan.

Menyedari tentang keadaan ini, syarikat janji temu pertama di Asia Tenggara, Lunch Actually telah mengambil kesempatan menyediakan perkhidmatan janji temu makan tengahari (Lunch Date)buat golongan yang masih belum mempunyai pasangan disebabkan kesibukkan tetapi masih mempunyai naluri untuk bercinta.

Lunch Actually Membantu Mencari Pasangan Hidup Yang Sepadan

Lunch Actually, Syarikat Mencari Jodoh, Lunch Actually Academy, Lunch Actually coaching service, Matchmaking Masterclass by Lunch Actually, Lunch Dating Company,  mencari pasangan hidup,  Mencari Jodoh, Lunch Actually Group

Lunch Actually merupakan “Lunch Dating Company” iaitu syarikat mencari jodoh yang terbesar dan pertama di Asia dengan 13 tahun pengalaman mencari jodoh di serantau Asia seperti Singapura, Hong Kong, Malaysia, Indonesia dan Thailand. Setakat ini telah menguruskan 90,000 temujanji di seluruh Asia Tenggara dan telah mencapai kejayaan sebanyak 85% kadar kepuasan dari pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Co Founder Lunch Actually, Ms Violet Lim berkata penubuhan perkhidmatan janji temu makan tengahari untuk mencari pasangan hidup telah bermula di Singapura pada tahun 2004 dan berjaya di negara tersebut. Diperkenalkan di Malaysia dan diasaskan bersama suami beliau Jamie Lee dan telah di tauliah certified matchmaker oleh Matchmaking Institute New York.

Lunch Actually, Syarikat Mencari Jodoh, Lunch Actually Academy, Lunch Actually coaching service, Matchmaking Masterclass by Lunch Actually, Lunch Dating Company,  mencari pasangan hidup,  Mencari Jodoh, Lunch Actually Group

Ms Violet Lim telah menubuhkan Lunch Actually Academy disebabkan keinginan beliau membantu mereka yang belum mendapat jodoh, dipertemukan dengan jodoh yang sesuai serta menjadikan Lunch Actually sebagai paltform buat golongan yang terlalu sibuk bekerja, bertemu pasangan yang sesuai melalui cara yang selamat, mudah dan selesa.

Katanya lagi, kaedah janji temu yang ini telah lama dipraktikkan secara meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, akan di praktikan di negara ini. Lunch Actually Group telah berkembang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan janji temu makan tengahari tetapi juga menyediakan perkhidmatan online dating platform esync, dating app LunchClick dan juga perkhidmatan bimbingan(coaching service) di Lunch Actually Academy dalam mengukuhkan lagi perkhidmatan mereka.

Kebanyakkan pelanggan Lunch Actually dikalangan mereka single, yang berkerjaya bagus dan telah berjaya yang benar-benar serius mencari seseorang yang istimewa. Manakala pengkalan data syarikat adalah tergolong daripada pengurus, eksekutif, pengarah takbir, peguam, akauntan, doktor dan usahawan yang sedang mencari kehidupan sebenar daripada hanya berkerja.

Matchmaking Masterclass by Lunch Actually

Saya berkesempatan menghadiri Matchmaking Masterclass by Lunch Actually yang diadakan pada 30 March 2017 di Mont Kiara. Saya bertuah kerana perbagai tips telah dikongsi oleh Ms Violet Lim dalam teknik yang betul dalam membantu rakan atau keluarga yang single dalam mencarikan jodoh untuk mereka.

Lunch Actually, Syarikat Mencari Jodoh, Lunch Actually Academy, Lunch Actually coaching service, Matchmaking Masterclass by Lunch Actually, Lunch Dating Company,  mencari pasangan hidup,  Mencari Jodoh, Lunch Actually Group

Lunch Actually, Syarikat Mencari Jodoh, Lunch Actually Academy, Lunch Actually coaching service, Matchmaking Masterclass by Lunch Actually, Lunch Dating Company,  mencari pasangan hidup,  Mencari Jodoh, Lunch Actually Group

Persoalan saya yang bermain di minda tentang kenapa “Lunch Date” akhirnya terjawab apabila Ms Violet Lim juga merupakan penulis buku Lessons From 15,000 First Dates memberitahu bahawa pendekatan beliau mengadakan pertemuan pertama secara santai sewaktu makan tengahari merupakan satu idea yang terbaik untuk mencari pasangan berbanding temujanji makan malam yang mana sesetengah beranggapan ianya terlalu romantik untuk pertemuan pertama dan merasa tidak selesa.

Selain itu, banyak juga ilmu yang saya dapat ketika sesi Matchmaking Masterclass by Lunch Actually yang diadakan buat blogger dan media, kami juga turut melakukan ujian praktikal yang mana mereka menguji sejauh mana kami berkebolehan untuk matchkan seseorang yang kami pikirkan layak untuk dipasangkan. Pening jugak nak pikir sebenarnya, serius memang kita kena belajar lagi kalau kita nak matchkan seseorang. Banyak teknik sebenarnya harus dipelajari.

Akhir sesi kami semua telah diberi sijil “HONORAR CUPID” yang mengatakan kami telah berjaya meyelesaikan sesi Matchmaking Masterclass yang diadakan pada hari tersebut. Lepas ni bolehlah saya carikan jodoh untuk korang yang berminat ya..ada yang berminat ke? hehehe.

Lunch Actually, Syarikat Mencari Jodoh, Lunch Actually Academy, Lunch Actually coaching service, Matchmaking Masterclass by Lunch Actually, Lunch Dating Company,  mencari pasangan hidup,  Mencari Jodoh, Lunch Actually Group

Jika anda berminat untuk menggunakan khidmat Lunch Actually dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang mereka adakan, anda boleh layari website : https://www.lunchactually.com/