Lulu Hypermarket & Department Store, Lulu 1 Shamelin, Hypermarket, Pembukaan Lulu 1 Shamelin, Cheras, Membeli Belah, Lulu Hypermarket Yang Ke Dua, Cawangan Pasaraya Lulu, Pasaraya, Shopping, Jom Ke Lulu, Lulu Shamelin

Lulu Hypermarket Kedua Di Malaysia Kini Di 1 Shamelin Mall, Cheras

Berita gembira buat warga Cheras, Ampang dan kawasan yang berhampiran, Lulu Hypermarket & Department Store kini telah mula beroperasi di 1 Shamelin, Cheras pada 1 hb Julai 2019, selepas cawangan yang pertamanya di buka di Caps Square, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Jakel Mall. Yeayyy!!! Happy tak??

Majlis pembukaan cawangan kedua Lulu Hypermarket di Malaysia dan yang ke 174 di dunia, telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna bersama dengan kehadiran Encik Yusuff Ali MA, Pengerusi & Pengarah Urusan, LuLu Group International serta duta-duta pelbagai negara serta tetamu VVIP lain.

Lulu Hypermarket & Department Store, Lulu 1 Shamelin, Hypermarket, Pembukaan Lulu 1 Shamelin, Cheras, Membeli Belah, Lulu Hypermarket Yang Ke Dua, Cawangan Pasaraya Lulu, Pasaraya, Shopping, Jom Ke Lulu, Lulu Shamelin

Sehubungan dengan pembukaan cawangan Pasaraya Lulu di 1 Shamelin Cheras ini, Lulu turut mengadakan jualan pembukaan besar-besaran dengan tawaran harga yang cukup menarik dan lebih menarik lagi, buat mereka yang menjadi 1,000 pelanggan pertama (dengan sebarang pembelian) akan menerima hadiah istimewa di Lulu Shamelin, bermula 1 – 4 hb Julai 2019.

Tawaran Istimewa Sempena Pembukaan Lulu Hypermarket & Deparment Store Di 1 Shamelin Mall, Cheras

Lulu Hypermarket & Department Store, Lulu 1 Shamelin, Hypermarket, Pembukaan Lulu 1 Shamelin, Cheras, Membeli Belah, Lulu Hypermarket Yang Ke Dua, Cawangan Pasaraya Lulu, Pasaraya, Shopping, Jom Ke Lulu, Lulu Shamelin

Pasaraya yang telah mempunyai peminat dan pelanggan tersendiri termasuk saya yang suka bersopping di Lulu. Best shopping di Lulu sebab terdapat pelbagai jenis barang keperluan harian seperti barangan dapur termasuk kering dan basah, fesyen untuk wanita dan lelaki, pelbagai barangan elektrik, gadjet dan banyak lagi dalam satu bangunan.

Lulu 1 Shamelin Mall mempunyai keluasan 80,000 kaki persegi yang direka berkonsepkan ruang runcit terkini dengan teknologi paling moden pastinya memberi lebih kegembiraan dan peluang buat penduduk di kawasan sekitarnya membeli-belah barangan keperluan harian dengan harga murah dalam suasana yang selesa dan tanpa melalui kesesakkan lalu lintas di tengah bandar Kuala Lumpur.

Lulu Hypermarket & Department Store, Lulu 1 Shamelin, Hypermarket, Pembukaan Lulu 1 Shamelin, Cheras, Membeli Belah, Lulu Hypermarket Yang Ke Dua, Cawangan Pasaraya Lulu, Pasaraya, Shopping, Jom Ke Lulu, Lulu Shamelin

Walaupun tidaklah bertingkat seperti Lulu Kuala Lumpur tetapi ianya mempunyai bahagian-bahagian khusus mengikut kategori produk seperti, bahagian produk runcit, produk ternusu, bahagian basah, barangan kering, bahagian fesyen, alat elektronik dan lain-lainnya lagi. Tidaklah pening kepala nak mencari barangan yang kita nak beli disebabkan susunan yang cukup teratur.

Hypermarket Baru Di 1 Shamelin Mall

Apa yang lebih menarik, sempena pembukaan ini, dengan harga runtuh yang ditawarkan, maka ramailah yang tak lepaskan peluang keemasan dengan membeli belah barangan keperluan masing-masing dan sanggup beratur panjang untuk membuat pembayaran..antara ramai-ramai tu, termasuk jugaklah saya..hehehe.

Jom sama-sama terjah apa yang menarik sangat sempena pembukaan Lulu 1 Shamelin ni sampai saya dan rakan-rakan teruja untuk membeli-belah di Lulu Hypermarket 1 Shamelin.

Tawaran Harga Istimewa Untuk Produk Milo

Tawaran Harga Istimewa Di Hypermarket 1 Shamelin Mall

Beras Yang Dijual Dengan Harga Murah Di 1 Shamelin Mall

Serious murah gila, rugi kalau tak rebut peluang ini. Bayangkan harga milo dari harga RM21.40 jatuh pada harga RM13.40, beras dari RM39.95 turun ke harga RM24.90, bawang, minyak masak dan lain-lain semua murah-murah. Anda rasa saya tak rambang mata tengok harga macam ni?? Ini baru bahagian runcit tau, belum lagi bahagian lain-lain..hahaha.

Barangan mentah pula memang nampak segar. Buah-buahan serta sayur-sayuran pun macam tu  juga, cantik dan menarik aje tengok. Kalau nak tahu, bau hanyir ikan pun tak ada tau!

Lulu Hypermarket & Department Store, Lulu 1 Shamelin, Hypermarket, Pembukaan Lulu 1 Shamelin, Cheras, Membeli Belah, Lulu Hypermarket Yang Ke Dua, Cawangan Pasaraya Lulu, Pasaraya, Shopping, Jom Ke Lulu, Lulu Shamelin

Sambil-sambil bershopping, jika terasa perut lapar, ada juga tersedia makanan yang telah siap dimasak dan boleh di makan terus di sana. Nasi bryani dan macam-macam lagi hidangan panas turut ada. Memang sedap dan setanding dengan makanan di restoran luar sana.

Harga Istimewa Untuk Makanan Panas

Haa..kat Lulu Shamelin ni pun ada bahagian ROSATERY. Ini bahagian paling saya suka juga ni, memang menjadi tumpuan pengemar manisan, kacang panggang dan buah-buahan kering dari seluruh dunia. Tak semua pasaraya ada jual manisan, buah-buahan kering dan kacang panggang macam di sini tau. Rugi kalau tak singgah sini tau!

Tawaran Harga Istimewa Di Bahagian Roastery

Harga Istimewa Sempena Pembukaan Lulu Hypermarket & Department Store Di 1 Shamelin Mall, Cheras

Ok, jom kita ke bahagian bahagian fesyen dan alat elektronik yang anda boleh dapatkan dengan harga murah. Memang saya tengok tempat ni memang ramai yang tuju. Ada yang siap beli tv sampai 2 tu. Kenapa? Anda tengok lah harga dia, murah gila, sebab tu berebut orang nak beli.

Harga Istimewa Sempena Pembukaan Hypermarket Di 1 Shamelin Mall

Harga Istimewa Sempena Pembukaan Hypermarket Di 1 Shamelin Mall

Harga Istimewa Sempena Pembukaan Hypermarket Di 1 Shamelin Mall

Memang banyak benda saya nak kongsikan, tapi nak lebih detail, anda tengok lah sendiri brocher yang ada di bawah ni. Mau terbeliak mata saya tengok harga-harga yang di tawarkan sempena hari pembukaan..hahaha.

Memang best membeli belah bila terdapat tawaran yang istimewa macam hari pembukaan ni, walaupun penat sebab ribuan manusia yang serbu untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan harga murah, tapi puashati dapat beli barang-barang yang memang kita gunakan di rumah.

Hypermarket Baru Di 1 Shamelin Mall Di Serbu Sempena Hari Pembukaan

Hypermarket Di 1 Shamelin Mall Di Serbu Sempena Hari Pembukaan

Saya merupakan antara mereka yang sangat gembira bila Lulu di buka di 1 Shamelin kerana berdekatan dengan rumah saya. Tak payah lah lagi saya nak tempuh kesesakkan lalu lintas di tengah bandaraya Kuala Lumpur lagi.

Bagi saya, membeli belah di Lulu Hypermarket memang sangat berbaloi dan selesa. Harga murah, barang berkualiti, tempat selesa dan kita boleh dapatkan kebanyakkan barangan yang kita nak di bawah satu bumbung.

Hypermarket Di 1 Shamelin Mall Di Serbu Sempena Hari Pembukaan

Membeli Belah Di Lulu Hypermarket & Department Store Di 1 Shamelin Mall, Cheras

Lepas ni, jika nak membeli belah, Lulu Sharmelin adalah antara salah satu tempat yang pasti saya akan terjah. Dalam zaman ekonomi yang tak berapa stabil ni, kita kenalah jadi pengguna yang bijak berbelanja, cari tempat yang murah dah selalu buat promosi seperti di Lulu Hypermarket ni, barulah jimat berganda-ganda!

JOM KE LULU!

Untuk info lanjut tentang promosi yang di tawarkan di Lulu Hypermarket, boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM