Le French Festival 2018,  Le French Festival Kini Kembali Di Malaysia, Kepubadayaan Perancis, Festival Kebudayaan Perancis, Anjuran Alliance Française (AF), Anjuran Kedutaan Perancis Di Malaysia, Festival Filem Perancis

Le French Festival 2018 – Festival Kebudayaan Perancis Terkemuka Kini Kembali Di Malaysia

Le French Festival 2018 – Festival Kebudayaan Perancis Terkemuka Kini Kembali Di Malaysia | Buat penggemar seni kebudayaan juga perfileman, ada berita baik buat anda semua. Kini anda akan disajikan dengan Le French Festival (LFF) iaitu acara tahunan Perancis yang terbesar dan terkemuka di Malaysia.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan ini akan mempersembahkan beberapa program termasuk tayangan filem, konsert muzikal, teater dan persembahan langsung, pesta makanan, dan lain-lain lagi. Haaa…teruja tak? Saya teruja sangat-sangat..hehehe.

Le French Festival 2018 ini telah dianjurkan oleh Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia. Untuk tahun ini, LFF mempelawa pengunjung festival untuk “Be Curious” – iaitu meneroka menjangkaui sempadan dan menelusuri pelbagai aspek kebudayaan Perancis.

Le French Festival 2018,  Le French Festival Kini Kembali Di Malaysia, Kepubadayaan Perancis, Festival Kebudayaan Perancis, Anjuran Alliance Française (AF), Anjuran Kedutaan Perancis Di Malaysia, Festival Filem Perancis

H.E Mr. Frederic Laplanche, The Ambassador Of France

Saya dah pernah ke Perancis, tapi dah lama sangat-sangat. Saya memang suka sangat makanan dan budaya masyarakat sana. Nak ke sana lagi..kena berjimat cermat lama, so buat masa sekarang ni dapat sama-sama menyambut acara Le French Festival 2018 di Malaysia pun dah cukup bagus dan terasa macam berada di sana.

Le French Festival 2018,  Le French Festival Kini Kembali Di Malaysia, Kepubadayaan Perancis, Festival Kebudayaan Perancis, Anjuran Alliance Française (AF), Anjuran Kedutaan Perancis Di Malaysia, Festival Filem Perancis

Saya berkesempatan menyaksikan tayangan Filem France iaitu Filem Back To Burgundy di GSC Mid Valley. Bagus cerita dia. Anda boleh saksikan trailer cerita tersebut di bawah ini.

Le French Festival 2018

Seperti tahun-tahun yang lepas, festival filem ini akan berlangsung di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Tahun ini pula, festival ini akan mengembangkan sayapnya ke Johor Bahru, selepas kejayaan penganjuran di Kota Kinabalu buat kali pertama pada tahun lepas. So buat mereka yang berada di daerah ini jangan lepaskan peluang keemasan ni ya!

Le French Festival 2018,  Le French Festival Kini Kembali Di Malaysia, Kepubadayaan Perancis, Festival Kebudayaan Perancis, Anjuran Alliance Française (AF), Anjuran Kedutaan Perancis Di Malaysia, Festival Filem Perancis

Dari Kiri : Mr. Jacques Bounin, Mr. Roland Husson (cultural counselor – French Embassy), Ms. Siti Saleha, H.E Mr. Frederic Laplanche and Ms. Fanny Surzur

Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur, Jacques Bounin menyatakan,

Sasaran mereka untuk Le French Festival 2018 adalah mempersembahkan kekayaan warisan dan pemodenan Perancis melalui program-programnya.

Terdapat peningkatan dalam penguasaan Bahasa Perancis berdasarkan keperluan kebanyakan syarikat memerlukan individu yang boleh berbahasa Perancis. Oleh yang demikian, kami berharap festival ini boleh membuka dimensi baharu buat rakyat Malaysia ke arah lembaran penerokaan melalui penggalakan pengalaman budaya Perancis, katanya semasa siding media.

Tarikh Le French Festival 2018 akan berlangsung selama 5 minggu, bermula pada 12 April sehingga 20 Mei 2018. Program yang di anjurkan kali ini lebih pada, yang mana sekurang-kurangnya satu program dijalankan dalam satu hari.

Untuk pengetahuan anda semua, LFF 2018 kali ini akan mempersembahkan bakat generasi baharu serta meraikan golongan muda dengan trend dan iburan semasa terus dari Perancis, termasuk :

  • Tayangan 16 filem terbaharu untuk Festival Filem (dengan sari kata bahasa Inggeris).
  • Persembahan beberapa artis muzikal, termasuk kumpulan muzik dengan pengiktirafan antarabangsa dari Perancis.
  • Persembahan teater secara langsung dan pameran fotografi.
  • Beberapa acaea Art de Vivre lazim seperti sesi merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan sebagainya.

Antara sorotan menarik Le French Festival 2018 termasuklah :

  • Amok – iaitu adaptasi teater Perancis daripada novel Stefan Zweig (bertempat di Malaysia, pada permulaan kurun ke -20)
  • Kumpulan rock trio Lysistrata – kumpulan muzik dengan beberapa pengiktirafan dan antara penghibur terkemuka di beberapa festival besar di Perancis.
  • Duo Jatekok, antara penghibur duet muzik klasik dan piano jazz yang terbaik dalam generasinya.
  • Persembahan muzikal tentera laut Perancis, Bagad de Lann Bihoue dari wilayah Brittany, dengan 30 pemuzik yang mengalunkan muzik daripada beg paip dan dram.

Menurut kata Fanny Surzur, penyelaras kebudayaan dari Alliance Francaise Kuala Lumpur, Le French Festival 2018 juga akan mengadakan satu hari khas untuk kanak-kanak.

Le French Festival 2018,  Le French Festival Kini Kembali Di Malaysia, Kepubadayaan Perancis, Festival Kebudayaan Perancis, Anjuran Alliance Française (AF), Anjuran Kedutaan Perancis Di Malaysia, Festival Filem Perancis

Untuk tahun ini, kami akan menyediakan beerapa program yang mesra kanak-kanak dan menarik bagi golongan ini, katanya.

Festival ini ialah platform berprestij dan hebat dalam mempersembahkan seni Perancis dan berhasrat untuk menaikkan momentum untuk pertukaran budaya.

Budaya Perancis adalah satu budaya yang merangkumi semua peringkat umur dan latar belakang. Justeru, kami amat teruja untuk membawakan pengalaman budaya ini ke Malaysia bagi mereka merasai dan memahami keperbagaian budaya, tambahnya lagi.

Pada majlis sidang media yang di adakan di GSC Cinema, Mid Valley baru-baru ini, turut diserikan dengan kehadiran aktres terkemuka Malaysia, Siti Saleha yang membesar dengan filem-filem Perancis serta mempunyai minat terhadap kebudayaan negara tersebut.

Le French Festival 2018,  Le French Festival Kini Kembali Di Malaysia, Kepubadayaan Perancis, Festival Kebudayaan Perancis, Anjuran Alliance Française (AF), Anjuran Kedutaan Perancis Di Malaysia, Festival Filem Perancis

Untuk maklumat lanjut tentang festival ni, korang bolehlah layari :

www.lefrenchfestival.com.my

Atau di laman Facebook rasmi

facebook.com/lefrenchfestivalmy