Buat mereka yang rajin masuk ke blog Diarymama ni, sure perasan akan perubahan pada blog ni kan? Yup betul, akhirnya blog diarymama kini berwajah baru. Seminggu tunggu, akhirnya layout dan template blog Diarymama telah berubah wajah dan telah siap sepenuhnya.

Layout Dan Template, Blog Diarymama Telah Berubah Wajah, Blog Berwajah Baru

Terus terang cakap memang saya suka sangat dan puashati sangat dengan template baru ini. Di mata saya nampak cantik, kemas dan teratur aje. Anda pulak rasa macam mana? Ok ke tak ok?

Layout Dan Template Blog Diarymama

Nak memilih template ni pun bukan main sesuka hati pilih aje, nampak cantik lepas tu ambik. Tapi kalau tak mesra SEO pun tak ada gunanya jugak. Sebab tu lah kita perlukan pakar bab-bab ni semua. Macam-macam kena dititik beratkan.

Dengan pertolongan Zeo Unic, segalanya berubah. Memang puashatilah dengan hasil kerja yang Zeo Unic dan team beliau lakukan pada blog saya ni. Kalau harapkan saya buat sendiri memang hakak tak tahu dik. Hancus jadinya nanti…hahaha.

Bagi saya baik kita suruh orang yang berkemahiran dan berpengalaman yang buatkan daripada blog kita entah apa-apa jadinya nanti.

Actually ada beberapa template dan layout yang Zeo cadangkan pada saya untuk gantikan template lama. Pening jugak nak pilih sebab semua yang dicadangkan cantik-cantik belaka. Last-last saya pilih template yang sekarang ini.

Blog Diarymama Kini Berwajah Baru

Layout Dan Template, Blog Diarymama Telah Berubah Wajah, Blog Berwajah Baru, Diary Mama

Rasanya sejak start berblog ni, ini yang ke 3 saya bertukar template. Memang saya suka yang simple dan teratur tapi menarik. Senang untuk pembaca blog diarymama godek-godek apa yang hendak dibaca dalam ni. Keselesaan itu yang penting untuk pengunjung berlama-lamaan di sini, baca satu entry ke satu entry(berharap je le..hehehe)

Seronok bukak blog sendiri tengok cantik dan sedap je mata memandang. Macam tu jugak kalau kita masuk ke blog orang lain, kalau cantik dan teratur je, kita pun sedap je duduk lama-lama dekat situ. Kalau berserabut, memang cepat-cepat lah nak blah.

Harap-harap dengan adanya template baru ni, mood menulis pun datang balik. Sayang kalau dah ada template baru tapi biarkan aje macam  tu. Rugi sangat tau!

Bila blog dah berwajah baru ni, harap-harap lah saya bersemangat untuk menulis. Harap-harap banyak lah idea datang. Harap-harap banyak lah job review/advetorial masuk..hehehe.

Bila layout dan template blog Diarymama telah berubah wajah ni, korang janganlah pulak segan silu nak masuk selalu kesini ya!

Kalau anda terasa nak tukar layout dan template baru boleh lah gunakan servis dari laman berikut
http://wpsetting.com/. Korang boleh lah bincang-bincang dan tanya lebih lanjut lagi dengan mereka, saya percaya korang pasti puashati dengan kerja yang mereka lakukan nanti. 

*psst – kalau ada apa-apa kekurangan atau masalah ketika masuk ke blog diarymama ni, sila-sila lah tinggalkan komen anda disini ya!! Maklumlah benda baru, so kalau ada apa-apa masalah bolehlah segera diperbetulkan nanti.