Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Jangkitan Di Pusat Selepas Pembedahan Laparoskopik Buang Pundi Hempedu. Gambar contoh yang sama sebagaimana pembedahan dilakukan ke atas saya (Kredit : Google Image)

Jangkitan Di Belly Button Selepas Pembedahan Laparoskopik Buang Pundi Hempedu?? Alamak macam mana boleh kena infection ni? Sebab makan makanan yang bergatal ke? Ni mesti sebab tak jaga pemakanan ni? Buat kerja lasak-lasak ke? Inilah soalan-soalan yang saya dapat..hehehe.

Bukan saya tak jaga makan ok, saya pun tak buat kerja berat-berat, tapi semua ni disebabkan nasib tidak menyebelahi saya, benda dah nak jadi, kalau jaga macam mana pun jadi jugak.

Sebenarnya semua pembedahan tak kira sekecil mana pun ia, ada risikonya. Semua orang berbeza, ikut pada badan seseorang, ada yang mempunyai kesan sampingan seperti saya, dan ada juga yang tak kena apa-apa kesan sampingan pun.

Risiko dan Komplikasi :

  • Perdarahan dan jangkitan mungkin berlaku, tetapi jarang berlaku dengan pakar bedah yang berpengalaman.
  • Dalam beberapa kes, pundi hempedu tidak dapat disingkirkan dengan selamat oleh laparoskopi. Pembedahan abdomen terbuka yang standard kemudiannya dilakukan dengan segera.
  • Mual dan muntah boleh berlaku selepas pembedahan.
  • Kecederaan di saluran hempedu, saluran darah atau usus boleh berlaku, memerlukan pembedahan pembetulan.
  • Kembung perut/sakit rusuk selepas pembedahan disebabkan gas karbon dioksida dimasukkan kedalam perut.

Doktor pun ada cakap, tidak semua pembedahan laparoskopik berakhir dengan jayanya, walaupun ianya merupakan pembedahan berteknologi tinggi dan canggih. Semua ini kita tak boleh duga, doktor pun tak boleh duga. Sebab tu sebelum pembedahan doktor dah terangkan risiko-risiko yang bakal dihadapi ketika dalam pembedahan atau selepas pembedahan.

Jangkitan Di Pusat Selepas Pembedahan Laparoskopik Buang Pundi Hempedu

Luka di bahagian pusat yang masih berdarah selepas beberapa hari pembedahan. Darah sampai dah kering sebab mula-mula doktor tak bagi bukak.

Kisah saya jalani pembedahan Laparoskopik boleh >>KLIK DISINI <<

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, pembedahan laparoskopik dijalankan dengan tiub kecil (teleskop) dihubung dengan kamera video dan dimasukkan dalam perut. Dari situ pakar bedah dapat melihat organ dalaman pesakit pada skrin televisyen di sebelah meja pembedahan. Gas karbon dioksida digunakan untuk mengembangkan abdomen supaya pembedahan pada organ terbabit dapat dijalankan tanpa gangguan organ-organ lain.

Proses laparoskopik yang dilakukan terhadap saya berjalan dengan jayanya dan lancar mengikut masa yang ditetapkan iaitu  satu jam ke satu jam lebih.

Jangkitan Di Pusat Selepas Pembedahan Laparoskopik Buang Pundi Hempedu

Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Kredit : Google Image

Alhamdulillah, saya tidaklah sampai kena lakukan pembedahan konversional, cuma terdapat jangkitan di pusat (belly button) selepas pembedahan laparoskopik buang pundi hempedu, yang mana darah sentiasa keluar dari pusat (belly button) saya sehingga sekarang, walaupun sudah sebulan lebih saya lakukan pembedahan.

Bukan itu sahaja, disebabkan gas karbon dioksida yang dimasukkan ke dalam perut saya, maka perut saya kembung dan nampak buncit. Buncit mengalahkan orang mengandung pulak…seluar lama-lama dah ketat dibahagian perut…huhuhu.

Risau? Takut?? Eshhh tipulah kalau saya tak risau dan takut. Dah darah sentiasa keluar dari pusat, ada ke yang tak risau dan takut? Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ni.

Bila dah terkena macam ni, mulalah buat pencariaan di Google, cari ada ke yang sama kes macam saya ni. Kisahnya ramai jugak, ada yang makan masa berbulan dan ada juga bertahun untuk pulih disebabkan terkena infection dibahagian pusat ni. Aduhaii lagilah risau saya dibuatnya, tapi nasib baik jangkitan di pusat saya jenis bukan bernanah dan tidak sakit. Seekali sahaja terasa nyilu dibahagian pembedahan.

Kesimpulannya, walaupun kaedah pembedahan cara begini dikatakan cepat sembuh tapi kadang-kadang terdapat risiko yang harus di tempuh jika terjadinya komplikasi dimana saluran boleh tercedera sewaktu pembedahan, boleh terkena infection dan macam-macam risiko yang harus di tanggung oleh pesakit.

Pendarahan Yang Tidak Berhenti Di Bahagian Pembedahan

Saya di bedah pada 14hb Sept 2017. Selalunya selepas pembedahan, dah tak ada pendarahan, tapi apa yang terjadi pada saya, terdapat pendarahan yang tidak berhenti di pusat saya. Bukan itu sahaja yang merisaukan doktor, disekeliling kawasan pembedahan terdapat kesan lebam yang besar (blue black). Tengoklah perut disekitar pembedahan, jadi lebam-lebam.

Doktor ada tanya, saya pernah ke ambik ubat cairkan darah, ubat herba atau apa-apa ubat traditional seperti ubat nak kurus dan lain-lain ubat herbal, macam-macamlah doktor tanya. Saya bagitahu dengan doktor, dulu memang saya gila nak kurus, so banyak jugaklah ambik ubat-ubatan kurus ni, so tak tahulah adakah disebabkan pengambilan ubat tersebut, lambat darah saya nak kering dan cepat lebam-lebam dibadan, (so doktor suruh saya buat pemeriksaan darah selepas ini).

Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Blue black di sekitar perut selepas pembedahan

Disebabkan lebam tersebut dan pendarahan yang belum berhenti, maka saya di tahan lagi di wad. Bila ambil darah (asyik ambik darah aje) tak ada pulak doktor kata ada infection atau apa-apa, so pada hari Isnin 18hb Sept 2017 saya di benarkan pulang. Lega sungguh walaupun sakit masih lagi terasa.

Follow up pada hari rabu, berjumpa dengan doktor Jaya dan juga doktor Geeta. Bila buka bahagian luka di pusat, masih lagi ada bleeding. Doktor Jaya pun macam risau lebih-lebih lagi ada kesan lebam besar kat perut belum hilang. Doktor Jaya, selama dia lakukan pembedahan sejak 1990 tidak ada lagi pesakit yang alami pendarahan seperti saya. Wowww…saya orang pertama pecahkan rekod doktor Jaya..hehehe.

Selepas doktor Jaya lakukan pemeriksaan dan lakukan dressing keatas luka di pusat saya, dia benarkan saya pulang dengan syarat, jika berlaku pendarahan yang banyak, saya kena terus ke bilik emergency tak kira siang atau malam dan request untuk berjumpa dengan doktor Vijay kerana beliau akan bercuti selama 3 minggu.

Lepas check-up tersebut tiada apa-apa yang berlaku. Hari Jumaat siap dressing sendiri pun tiada pendarahan yang banyak di pusat. Pada petang Ahad tiba-tiba bila saya lihat seluar dan baju saya dipenuhi darah. Allah..ingatkan dah nak baik, kisahnya ada lagi..sedih betul.

Waktu ni saya dah mula nak pitam..gelabah dan macam-macam lagi lah, terus saya dikejarkan ke wad emergency dan akhirnya saya di tahan wad semula malam tersebut. Menangis-nangis saya dibuatnya waktu tu, bukan nangis sakit, tapi nangis takut. Takut kena bedah semula..huhuhu.

Di Tahan Di Wad Semula

Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Dimasukkan semula ke wad selepas alami pendarahan semula di bahagian pusat

Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Terpaksa lah Aeysha temankan lagi tidur dalam wad. Kali ni dia tak nak tidur di kerusi panjang..siap bawak tilam nipis lagi..hehehe

Malam nak tunggu siang punyalah lama, tak dapat tidur, macam-macam pikir. Keesokkan harinya, menunggu doktor Vijay lakukan lawatan ke wad serasa masa tidak bergerak. Maklum, nak jugak tahu kenapa pendarahan saya masih tidak berhenti dan banyak.

Doktor Vijay busy dengan kes, so petang barulah doktor Vijay lakukan lawatan. Dia tengok bahagian luka saya dan mungkin dah tengok rekod bacaan darah yang di ambil malam sebelumnya, doktor Vijay hanya bagitahu pada saya, bahagian luka saya terkena infection sedikit. Dia kata jangan risau sebab benda ni normal, dan saya boleh balik hari tu jugak. Tiada ubat untuk hentikan pendarahan diberi, hanya diberi ubat antibiotik untuk jangkitan yang dialami.

Sempat jugak saya tanya pada doktor, bila pendarahan akan berhenti, doktor kata “tengok pada tubuh you, jika tubuh you tak ada sebarang masalah maka cepatlah darah tu berhenti, jika sebaliknya lambatlah”. Masa yang akan menentukan, kalau cepat alhamdulillah, kalau lambat…bertabahlah..huhuhu.

Alamak…macam tu ke? Adehhh…makna setiap hari saya akan lakukan dressing di bahagian pusat, bersihkan darah dan tukar kapas…huhuhu benda yang paling saya ngilu perut, kesian perut saya..berplaster sana sini…hehehe.

Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Berplaster je le pusat ni sekarang. Harap-harap cepatlah sembuh.

Hari ini, dah sebulan lebih tarikh pembedahan, darah di bahagian pusat masih ada. Jika di disumbat kapas dalam 1 ke 2 hari, sure kapas tu akan dibasahi darah, cuma tak sebanyak seperti gambar yang diatas.

Bleeding di bahagian pembedahan, infection, Pembedahan, pembedahan laparoskopik,  Pendarahan, Selepas Laparoskopik, Tebukan Di Pusat, Batu Karang, Pundi hempedu, Jangkitan Selepas Pembedahan

Pusat yang kena infection. Selepa dah buat dressing, nampak ok…tapi kalau letak kapas dan dibiar dalam sehari dua…sure kapas akan di saluti darah.

Macam biasa, balik aje rumah mulalah godek-godek lagi Google nak tahu kenapa pendarahan tak berhenti, apa yang saya jumpa, selain infection :

  • pendarahan lambat berhenti dan lambat nak sembuh disebabkan “obsiti”, nampak sangat saya gemuk dan lemak sana sini yang melambatkan proses penyembuhan.
  • Dulu-dulu saya pernah juga buat pembedahan CZER mungkin disebabkan “parut lama” maka menyekat penyembuhan jadi cepat.
  • Penyakit usus kronik.(yang ni saya tak ada)

Bukan itu sahaja, saya juga perasan, penyembuhan akibat dari pembedahan, cucuk jarum ataupun jika lakukan bius, memang selalu jadi masalah, pasti lambat sembuh dan akan timbul lebam-lebam dibahagian tersebut. Jika bius pengsan, saya akan cepat terbangun. Pelik sungguh badan saya ni.

Apa-apa pun harapan saya, sebelum saya ke Jepun, pendarahan akan berhenti dan perut pun kempis. Doktor kata saya masih boleh pergi travel, cuma masa dalam flight nanti saya kena sentiasa bangun dan jalan untuk elakkan darah beku di dalam saluran vena di kaki (Deep Vein Thrombosis/DVT). Saya juga harus bawak alatan dressing supaya sentiasa cuci bahagian pendarahan supaya tidak terkena infection.

Moga tidak ada sebarang masalah jika saya berada di sana. Doakan semoga saya cepat sembuh dan perjalanan saya di Jepun berjalan dengan lancar.

Harapan saya moga menjadi ikhtibar kepada anda semua, janganlah terjadi sebegini…bila dah terkena baru nak menyesal, baru takut, baru nak jaga kesihatan. Sedangkan masa sihat dahulu tak tahu nak jaga kesihatan. Berbelas tahun kot simpan batu ni dalam badan, dan dah 2 kali batu tergelencer keluar, masa tu sakit macam nak beranak rasanya, tapi masih tak nak buang. Try amalkan ubatan traditional dan supplement yang katanya “mujarab” tapi kisahnya indah khabar sahaja. Yang merana diri sendiri menanggung azab sakit setiap kali batu karang tergelencir.

Sebab tu lah, saya nasihatkan anda semua, dengarlah nasihat doktor, jangan lah memandai-mandai dengar kata-kata orang. Yang sakit bukan mereka tapi kita yang menanggung sakit. Kita yang kena keluar duit banyak, kalau ada insurance, nasib baik..kalau tak ada..nangis je lah pinjam sana sini.

Tanya doktor terlebih dahulu kalau nak makan apa-apa ubat traditional atau supplement bila dah disahkan ada batu karang..jangan memandai makan ubat itu ini yang konon-konon boleh hilangkan batu karang. Tapi terpulang pada diri anda sendiri lah..saya hanya beri pendapat dan nasihat sahaja! Ok chow dulu…nak buat dressing bagi bersih-bersih dan kering supaya cepat baik.

(Pengalaman sakit batu karang – KLIK DISINI)