Saya nak taip perkataan kucing comel mencari keluarga angkat ini pun saya dah berasa sedih, sebab dah lama jaga mereka dan menyambut kelahiran mereka. Tapi inilah masanya untuk saya melepaskan mereka. Kalau anda dah sedia maklum, inilah kerja saya selama ini..menyelamatkan kucing terbiar, jaga mereka sehingga mereka benar-benar sihat, hantar ke klinik untuk mendapatkan vaccine. Bila saya dah percaya mereka dah boleh diserahkan kepada keluarga angkat barulah saya akan mencari sesiapa yang sudi menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

Kucing Comel Mencari Keluarga Angkat

Mana-mana kucing yang sakit, saya akan ubatkan mereka sehingga mereka sihat barulah saya carikan keluarga untuk mereka.

Sebulan yang lepas, gegirl kucing jalanan yang selalu datang minta makanan di rumah saya telah melahirkan anak seramai 5 ekor dan saya jugalah yang tolong menyambut kelahiran baby-baby dia…hehehe.

Dari baby gegirl sebesar tapak tangan sehinggalah dah boleh berlari laju dan bergurau senda, saya menjaga mereka seperti mana saya menjaga anak-anak kucing saya sendiri. Alhamdulillah kesemua mereka sihat dan cergas sekarang ini.

KUCING COMEL MENCARI KELUARGA ANGKAT

Kucing Comel Mencari Keluarga Angkat, Kucing Comel

Kucing Comel Mencari keluarga angkat, kucing jalanan, kucing comel

Kucing Comel, Kucing Comel Mencari Keluarga Angkat

Kucing Comel Mencari Keluarga Angkat, Kucing Comel

Kucing Comel Mencari Keluarga Angkat, Si Kucing Comel

Kini tugas saya pula ialah mencari orang yang betul-betul sayangkan kucing dan nak menjaga mereka sepenuh jiwa raga mereka. Saya juga akan memilih orang-orang yang benar-benar layak sahaja untuk saya serahkan mereka ini.

Kalau boleh saya tidak mahu pisahkan mereka berlima dengan ibunya (gegirl). Sedih sangat kalau mereka terpisah..tapi kalau dah terpaksa sangat saya berharap si gegirl dapat bersama anaknya walaupun seorang jadilah.

Adik beradik yang lain kalau boleh dapat diambil sekali dua oleh keluarga angkat nanti. Itulah harapan saya.

Satu lagi saya berharap sangat , tolonglah neuter kan kucing-kucing ini. Saya simpati dengan mereka jika tidak di neuter kerana makin banyaklah nanti kucing-kucing terbiar dijalanan. Saya takut jika mereka membiak, nanti takut tidak termampu pulak nak jaga..bila dah tak mampu nanti terbiar kucing-kucing ini.

Sebab itulah banyak yang telah saya selamatkan dijalanan, jadi untuk mengelakkan semua ini terjadi saya berharap sangat mereka ini di neuter.

Actually dengan mengneuterkan mereka dapat mengelakkan atau menggurangkan mereka dari terkena berbagai penyakit.

Berharap sangat adalah yang sudi mengambil mereka sebagai keluarga angkat, supaya saya boleh tumpukan perhatian saya kepada anak kucing jalanan yang baru sahaja saya jumpa. Kucing ini telah patah kaki , tidak boleh membuang air besar kerana rangka pelvic telah terhimpit disebabkan kaki yang patah dan bibir bawah dia hilang sebab diseret oleh orang yang tidak mempunya hati kemanusiaan. Menurut kata doktor anak kucing yang saya panggil Lucky ini perlukan permantauan selama lebih kurang 2 ke 3 bulan.

Kucing Comel Mencari Keluarga Angkat, Kucing Comel

Si Lucky yang harus saya jaga dengan sepenuh perhatian

Jika anda berminat dengan ibu dan anak-anak kucing ini, segeralah talipon atau message saya ditalian 019 2172162 / 016 3060766. Saya berharap sangat ada yang sudi mengambil mereka sebagai keluarga angkat.