Lumrah wanita, sentiasa ingin kelihatan cantik. Kecantikan merupakan kepuasan dan keyakinan untuk diri sendiri. Dimana ada product-product kecantikan pasti disitu akan ramai wanita yang akan datang, samada membeli, mencuba atau membelek-belek aje dah cukup puas buat kaum wanita.

Kosmetik Golden Rose Malaysia, Golden Rose Cosmetics

Kalau tengok di almari solek masing-masing, saya pasti mesti ada beberapa peralatan alat solek yang ada disitu. Samada yang mahal atau yang murah, yang berkualiti atau tidak, ikut pilihan masing-masing.

Jika anda memang suka alat-alat solek, disini ingin saya memperkenalkan product kosmetik terbaru iaitu Golden Rose Cosmetics , jenaman Turki pertama yang telah memasuki pasaran Malaysia.

Baru-baru ni saya berpeluang ke pembukaan retail store Golden Rose Cosmetics di Sunway Putra Mall.

Kosmetik Golden Rose Malaysia, Opening Golden Rose Cosmetics

Dapat jemputan untuk buat review product kecantikan Golden Rose Malaysia di Sunway Putra Mall memang tak saya lepaskan. Maklumlah, saya pun perempuan yang sentiasa ingin kelihatan cantik, dan saya pun memang suka dengan barang-barang kosmetik ni. Make-up kat rumah saya jangan ceritalah, memang bersepah..hehehe.

Actually kosmetik Golden Rose ni dah berada di Malaysia sekitar December 2014 lagi tapi hanya beroperasi melalui online business di website mereka. Kini mereka memperluaskan lagi perniagaan mereka ini dengan membuka outlet yang pertama mereka di Sunway Putra Mall.

Kosmetik Golden Rose Malaysia

Apa yang saya lihat tentang product ini, pembungkusan yang nampak mewah, product yang berkualiti tinggi seperti product yang berharga mahal tapi sebenarnya harga yang dikenakan amatlah berpatutan. Saya pun terkejut tengok harga-harga product Golden Rose Cosmetics ni, memang murah sangat.

Kosmetik Golden Rose Malaysia

Kosmetik Golden Rose Malaysia

Saya memang berkenan dengan lipstik Golden Rose (velvet Matte #12), cantik sangat color dia. Kisahnya bukan saya aje yang berkenan dengan color tersebut, ramai yang datang masa tu pun kebanyakkan ambik color tu.

Kosmetik Golden Rose Malaysia

Kalau dah ke sana, tak mencuba product mereka memang tak sah, dah ada free make-up so saya apa lagi tadah lah muka saya ni untuk dimake-up kan oleh jurumake-up yang berpengalaman.

Tadaaa…lihatlah hasil selepas saya di make-upkan dengan menggunakan product kosmetik Golden Rose Malaysia.

Kosmetik Golden Rose Malaysia

Ok kalau anda nak dapatkan Golden Rose Cosmetics ni, boleh lah pergi ke outlet mereka yang berada di SUNWAY PUTRA MALL, Level 4 Lot 8.

Anda juga boleh lawati laman web :- Golden Rose Cosmetic atau facebook :- Golden Rose Cosmetics Malaysia