Kordel's Bio-Curmin Dengan Rumusan Kunyit Melawan Penyakit Zaman Moden

Kordel’s Bio-Curmin Dengan Rumusan Kunyit Melawan Penyakit Zaman Moden

Semua orang tahu apa kegunaan kunyit, merupakan bahan yang digunakan dalam masakan untuk memberi warna serta menyedapkan masakan tersebut. Selain itu ianya juga terkenal dikalangan masayarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersihan dalaman badan, ada juga yang menjadikan kunyit sebagai masker dan juga jamu.

Saya masa berpantang dahulu, ada juga amalkan jamu kunyit ni. Ikut petua orang-orang tua, katanya membantu menyembuhkan dalaman badan kita dan melancarkan peredaran darah. Memang waktu tersebut, bercinta sungguh nak minum air kunyit, rasa dia..waduhh payau sepayaunya..hahaha, tapi demi kesihatan dalaman saya telan juga lah.

Zaman-zaman moden sekarang ni memang kita kena jaga kesihatan kita. Macam-macam penyakit ada sekarang ni. Ini terbukti dalam laporan WHO yang menunjukan bahawa penggunaan alkohol, tembakau, tabiat pemakanan dan ketidakaktifan fizikal sebagai risiko tangkah laku utama yang berkaitan NCD ( dikenali sebagai penyakit moden dan sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan dalam gaya hidup dan tabiat seseorang).

Membongkar rahsia kehebatan kunyit secara meluas, SL HO, pengurus besar kepada syarikat yang mengedarkan pelbagai makanan kesihatan popular ke farmasi runcit di seluruh negara, menjelaskan

” Itulah sebabnya kami memutuskan untuk memperkenalkan suplemen kesihatan Theracurmin® yang mempunyai rumusan curcumin yang terbukti inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma longa (atau lebih dikenali sebagai kunyit).”

Kelebihan Kordel’s Theracurmin®

Kordel's Bio-Curmin 100mg, Kordel's, Bio-Curmin, Theracurmin, suplemen kesihatan, Kelebihan Kunyit, Curcurmin

Mengikut kajian yang dibuat, cucumin mampu mematikan aktiviti keradangan utama dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB atau faktor nuklear kappa-light-chain-enchancer sel B diaktifkan, yang dipercayai memaninkan peranan utama dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, Alzheimer serta keadaan degeneratif yang lain.

Sebab itulah, mengikut pengkaji herba, kunyit mempunyai bahan aktif yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau ketahanan badan dari serangan penyakit. Tapi…bukan semua produk cucumin yang ada dalam pasaran boleh memberi manfaat yang diinginkan kerana curcurmin ni dalam bentuk aslinya, tidak boleh larut secara berkesan di dalam air, oleh itu mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah yang mencukupi untuk sel dan tisu badan.

Siapa Yang Perlukan Bio-Curmin?

Kunyit - Rahsia Alam Semulajadi Melawan Penyakit Zaman Moden

Individu yang mempunyai faktor risiko berikut yang ingin mengurangkan peluang penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kanser, hypertension, high cholesterol, heart diseases dan diabetes :

  • Sejarah keluarga yang mengidap kanser, diabetes dan penyakit jantung atau stroke.
  • High cholesterol, high blood pressure.
  • berat badan berlebihan dan kurang bersenam.
  • Pre-diabetic.
  • Sentiasa di bawah tekanan emosi.
  • Gaya hidup yang sentiasa sibuk dengan sedikit rehat.
  • Diet yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak seimbang.
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan.
  • Perokok.

Theracumin sangatlah berkesan kerana dihasilkan melalui proses yang dipatenkan menggunakan teknologi Nano-zarah Jepun yang memanfaatkan sistem granulasi dan penggantungan ultra-halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron yang digelar curcurmin Nano-zarah.

Proses yang digunakan untuk menghasilkan Theracurmin, membolehkan curcurmin diserap dan disimpan selama 24jam di dalam badan, membolehkan tubuh mendapat perlindungan segera dan lebih lama daripada keradangan.

Kajian klinikal menunjukan bahawa Theracurmin boleh meningkatkan ketersediaan bio bahan aktif sebanyak 2800% ke atas serbuk kunyit, menjadikannya suplemen tambahan kesihatan yang berkesan terhadap NCD.

Kordel's Bio-Curmin 100mg, Kordel's, Bio-Curmin, Theracurmin, suplemen kesihatan, Kelebihan Kunyit, Curcurmin

Banyak sungguh kebaikkan jika di amalkan Kordel’s Bio-Curmin 100mg ini secara berterusan. Suplemen kesihatan ini boleh didapati di semua peruncit dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Makanan tambahan ini disediakan dalam bentuk kapsul yang setiap satunya mengandungi 100gram curcurmin, iaitu bersamaan empat sudu besar penuh serbuk kunyit.

Info lanjut mengenai produk Kordel’s Bio-Curmin ini, boleh layari

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM