Korang nak Duit Raya tak? Uishhh mesti ramai yang nak kan? So kalau nak korang kena baca entry ni sampai habis, kalau tak korang melepas nak dapatkan duit Raya, hehehe.
Bersempena sambutan Hari Raya 2017, sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang tidak henti memberi sokongan, stesen radio Kool FM ingin memberi duit raya kepada pendengar yang bertuah.
Untuk memenangi duit raya tersebut, bermula pada 26 Jun hingga 9 Julai 2017, anda hanya perlu melayari laman Facebook Kool FM dan Kool FM akan berkongsi foto mengenai ‘Warna Warni Kool’.
Seterusnya pendengar perlu berkongsi cerita tentang apa yang anda paling suka dan sayang mengenai raya dengan menggunakan hashtag #WarnaWarniKool dan #SayangRaya. 10 kisah pendengar yang paling kreatif dan tulus akan membawa pulang duit raya berjumlah RM500.
Kool FM BAGI DUIT RAYA, HANYA SERTAI WARNA WARNI KOOL
Kool FM akan memilih 10 pemenang utama untuk menerima duit raya dan akan diumumkan pada 10 Julai 2017 di segmen PHD Kool bersama AG dan Haiza.
Jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan ini dengan layari laman Facebook Kool FM serta teruskan sokongan anda bersama kami di Kool FM, Temanmu Muzikmu.
Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen radio Kool FM di YouTube: Kool TV / Instagram / Twitter: @koolfmmy dan Facebook: Kool FM
Sepanjang setahun yang lalu, Kool FM telah membawakan antaranya, siri jelajah Lawak Karoks Tour di lima buah negeri yang telah berjaya menarik lebih daripada 30,000 pengunjung dan pendengar, Super Karoks, Hot Kool Jam, Kool FM Belanja Saya.
Dalam jangkamasa setahun, Kool FM telah memperluaskan frekuensi ke Kuala Terengganu 93.6FM, Kota Bharu 88.6FM dan Alor Setar 107.3FM selain Lembah Klang dan Pulau Pinang pada awal siarannya.
2110
Menarik ni.. hadiah wang tunai RM500.. banyak gak tu..
yup..byk tu..try lah join..:D
RM 500 macam-macam boleh beli. Siapa la yang bertuah tu. Hehehe
Ruby menulis…Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION
RM 500 macam-macam boleh beli. Siapa la yang bertuah tu. Hehehe. Kalau ruby, dengan duit tu bleh beli stok susu dan pampers anak. Hahaha
Ruby menulis…Pelancaran Aplikasi Pendidikan Interaktif MYCHAMPION
Betul Ruby, walaupun berapa amount, kalau dapat memang bertuah sangat kan..:D
Alaaaaa, melepas. Tak tau pun pasal nI. Takde rezeki nk cuba nasib dapatkan duit raya dari kool fm.
Selamat hari raya kak hanny
Alah, terlepas pulak. Baru tau ada kontest ni. Saya memang suka join kontest.
nak tryyyyyyy la gini. Mana tahu ada tuah.hihi…thank you kak <3
RM500 tu memang banyakkkkk bagi Alja, lelagi kalau tgh sesak ni. Sygnya, Dah tamat pulak, Tapi, duit raya dari kak hanny dapat tak? 😀 hahaha
Melepass lah sudah…huhuhu.
Akk tahun ni bawah 10 tahun je dapat duit raya..hehehe