Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan Di Knowhere Bangsar

Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan Di Knowhere BangsarBangsar dari dulu memang terkenal dengan restoran-restoran dan kafe-kafe yang pelbagai, sebab itu ianya merupakan salah satu tempat kegemaran pengunjung untuk chill dan makan-makan di sini.

Jika anda ke Bangsar, dan teringin merasai keenakkan makanan barat tetapi tekak anda tekak tempatan, Restoran Knowhere Bangsar merupakan destinasi yang sesuai untuk anda kunjungi, anda dah tak perlu terbang ke negara Barat untuk merasai makanan Barat, sebaliknya di restoran ini menyajikan pelbagai hidangan Barat dengan citarasa tempatan yang menjanjikan kelainan rasa yang menepati selera tempatan.

Knowhere Bangsar baru sahaja beroperasi awal bulan ini dan terletak sebaris dengan MAYBANK Bangsar ini memang mudah di temui cuma parking susah sikit so jalan selamat kalau tak ada parking, anda boleh parking di Bangsar Village.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar
Knowhere Bangsar berkonsepkan restoran dan bar, dengan hiasan dalaman yang moden di bahagian dalam restoran serta ukiran yang unik dengan susunan tempat duduk yang cukup teratur memberi keselesaan buat pengunjung.

Manakala bagi pengunjung yang inginkan sesuana santai serta berbual-bual bersama rakan-rakan boleh memilih untuk menikmat hidangan di bahagian luar restoran.

Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan Di Knowhere Bangsar

Untuk pengetahuan anda, knowhere Bangsar ini turut menyediakan sambal belacan mereka sendiri, yang boleh di makan bersama dengan hidangan barat yang lain, haaa…unik kan? Itu yang specialnya restoran ini, walaupun turut terhidang makanan barat tapi citarasa tempatan tidak di lupakan.

Knowhere Nachos

Knowhere Nachos merupakan hidangan pertama yang saya cuba, tortillas yang rangup diperasa dengan knowhere sauce, guacamole, jalapenos, cheese dan juga carikan ayam, buatkan sesiapa yang merasanya tak berhenti untuk makan lagi dan lagi. Ianya boleh juga di cicah dengan sambal belacan untuk rasai kelainan pada hidangan tersebut.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

KNOWHERE NACHOS | RM26.80 | Crispy Fried Corn Tortillas, Knowhere Sauce, Guacamole, Jalapenos, Monty Jack Cheese and Pulled Roasted Chicken

Chicken Liver Pate

Kemudian kami mencuba pula hidangan yang ke 2 iaitu Chicken Liver Pate. Roti yang di makan bersama dengan hati yang di lumatkan dan side dish yang lain untuk lebih membangkitkan selera.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

CHICKEN LIVER PATE | RM 15.80 | House-Made Pate Served with Crackers, Breads and Jams

Burt Butter Steak

Keenakkan Burt Butter Steak memang menjadi favorite saya. Serius sedap. Kami sampai order lagi satu pinggan sebab tak cukup..hehehe.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

BURNT BUTTER STEAK | RM 26.80 | Seared Flank Steak, Sliced and Drizzled with Chili Burnt Butter Sauce

Smoked Plume & Plum

Bagi mereka yang suka makan itik, anda patut cuba Smoked Plume & Plum. Saya tak makan itik, tapi saya lihat rakan saya siap order lagi satu pinggan, maknanya sedap sangat lah tu, kalau tak sedap tak kan order lagi, ya tak?

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

SMOKED PLUME AND PLUM | RM24.80 | House-Smoked Duck Served with Plum & Peach Salsa, Mango Sauce and Onion Marmalade

Mussel Sambal with Basil Lime

Mussel Sambal Lime with Basil Lime, hidangan ini memang menusuk hidung saya, bukan tak sedap tapi bau yang buatkan kita nak cuba. Bau sambal goreng yang biasa kita buat di rumah…fuhhhh. Mussel dia pula memang fresh sangat.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

MUSSEL SAMBAL WITH BASIL LIME | RM15.80 | Chilean Black Mussel in Basil Lime Chili

Grilled Calamari with sambal belacan salsa

Sotong memang kegemaran saya, apa sahaja jenis masakan memang saya makan. Grilled Calamari with sambal belacan salsa merupakan satu hidangan yang anda patut cuba jika ke sini. Sotong panggang yang di cicah dengan sambal belacan, kesedapannya tak boleh di luahkan dengan kata-kata..anda datang sendiri dan rasa sendiri baru anda tahu akan keenakkannya.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

GRILL CALAMARI | RM 24.80 | Fresh South China Sea Grilled Squid with Belacan Salsa

Pizza

Kami di beri pula 3 jenis pizza yang berlainan topping iaitu Chicken Mexicana, Al Funghi Pizza dan Duck Confit Pizza. Chicken Mexicana dan Al Funghi Pizza memang menepati selera saya, manakala itik saya tak makan so saya tak boleh nak rasa pizza tersebut, sesiapa yang suka itik bolehlah cuba pizza itik ini.

Pizza di sini memang sangat special. Resepi yang lain dari pizza biasa yang kita makan. Rasanya lebih ‘umphhh’ kerana doh pizza ini bukan dari adunan doh pizza, ianya diubah resepinya dengan adunan roti seolah seperti roti Labenese. Walaupun dohnya nipis tapi tidak rangup dan tidak kenyal. Untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran, semuanya di buat sendiri dari doh pizza hinggalah kepenghasilan pizza.

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

DUCK CONFIT PIZZA | RM36.80 | Flambé Style Pizza with Onion Marmalade, Confit Onion And Duck Confit

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

CHICKEN MEXICANA | RM28.80 | Grilled Chicken, Chicken Sausages, Sun-Dried Tomatoes, Jalapenos and Olives

Bangsar, Hidangan Barat, Hidangan Barat Bercitarasa Tempatan, Knowhere Bangsar, Restoran Knowhere, Restoran, Restobar, Chill Out Di Bangsar

AL-FUNGHI | RM 28.80 | Creamy Wild Mushroom Pizza

Restoran ini walaupun tidak mempunyai status halal, ianya merupakan Pork Free restoran dan bahan mentah untuk hidangan makanan yang di sediakan semuanya dari sumber Halal.

So sesiapa yang berada di area Bangsar atau yang berdekatan dengan area ini, bolehlah datang ke Restoran Knowhere Bangsar ini untuk lepak-lepak bersama rakan-rakan sambil minum-minum dan menikmati hidangan yang sedap di sini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial Nowhere Bangsar di :

FACEBOOK | INSTAGRAM

Reservations.
03 2201 2358 / 010 220 2358
010 220 2358
50 Jalan Maarof, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.