Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Road To Agro Tourism Siri 2 Ke Kilang Roti Segar Kuala Kangsar

Misi Road To Agro Tourism Siri 2 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) terus beralih pula ke destinasi ke 2 iaitu ke tempat pembuatan roti iaitu Kilang Roti Segar Kuala Kangsar yang famous di kalangan warga Perak.

Kami membawa perut yang masih penuh dengan durian serta buah-buahan yang baru aje di makan ketika di Taman Duriotourism Mardi Kuala Kangsar. Macam mana pun misi tetap di teruskan.

Sesampai sahaja di hadapan kilang Roti Segar, saya terpaku melihat mereka telah menyiapkan hidangan untuk minum petang. Sekali lagi, rezeki di depan mata tak baik di tolak. Ingat hanya nak menjamah sahaja, tapi lihat hidangan dia…yumm yummm terus ambil pinggan dan ambil kuah durian di makan dengan roti jala. Makan pula donut coklat yang di buat sendiri oleh mereka sendiri, memang lembut roti dia, serius sedap.

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Kami di jamu dengan roti jala di cecah dengan kuah durian

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Kilang Roti Segar Kuala Kangsar

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Kami juga di beri sedikit taklimat tentang asal usul roti segar. Roti segar Kuala Kangsar merupakan perusahaan anak tempatan yang amat maju dan menjadi sebutan di daerah Kuala Kangsar. Mula beroperasi pada tahun 1981, berkonsepkan perniagaan keluarga.

Perniagaan utama Kilang Roti Segar merupakan pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek, pastri dan piza. Sebagai pengeluar berasaskan tepung, Roti Segar telah mendapat bekalan bahan mentah utama (tepung) dari pembekal-pembekal yang terbukti menghasilkan tepung yang berkualiti dan bersesuaian dengan produk Roti Segar.

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Saya bersama warga media juga di bawa masuk aje ke dalam tempat mereka proses roti untuk melihat bagaimana mereka memproses roti serta produk lain yang dikeluarkan oleh syarikat Roti Segar.

Tak kala masuk sahaja ke ruang pemprosesan…hidung terus menangkap aroma bau roti yang segar. Apa taknya roti yang baru di bakar baru aje di bawa keluar dari ketuhar besar yang ada di sana. Memang nampak segar. Terasa nak ambik dan ngap aje terus..hahaha.

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Hasil dari usaha yang tidak pernah mengenal penat serta dengan kawalan kualiti yang tinggi maka Roti Segar telah mempunyai lebih dari beratus rangkaian agen jualan yang terdiri daripada kedai runcit dan pasar mini.

Selain itu juga, rangkaian jualan Roti Segar Kuala Kangsar meliputi jualan terus dari kilang, pesanan dari kantin-kantin sekolah, kilang dan jabatan kerajaan. Di samping itu Roti Segar turut membekal produk kepada premis- premis di Plaza Rawat & Rehat di Lebuh Raya Utara Selatan, tak lupa juga pesanan dari pelanggan dan peniaga – peniaga yang menjalankan jenis perniagaan yang sama.

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar

Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar
Roti Segar Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar, Kuala Kangsar, Road To Agro Tourism Siri 2, Agro Pelancongan, Lawatan ke Kilang Roti Segar, Roti Famous Kuala Kangsar
Sehingga kini, setiap pelanggan Roti Segar Kuala Kangsar tidak mengalami masalah kelewatan menerima pesanan kerana syarikat Roti Segar akan membuat penghantaran secara terus dari kilang dengan menggunakan kemudahan van dan lori milik syarikat.
Kini, Roti Segar Kuala Kangsar mengorak langkah ke arah agro pelancongan untuk memperomosikan produk mereka dengan lebih inovatif  dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat pengeluar produk seumpamanya yang terkenal, di samping memenuhi citarasa masyrakat Malaysia dan antarabangsa.

Alamat  :

Kilang Roti Segar, Bt. 34 (Jln Taiping (Simpang Mardi))
33000 Kuala Kangsar, Perak

Email : rotisegar@rotisegar.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/biskutraya.rotisegarkualakangsar/