KILAFIT Cinta Hati Terbaharu Dan Penyembuh Kedukaan Kilafairy

KILAFIT Cinta Hati Terbaharu Dan Penyembuh Kedukaan Kilafairy

Orang yang badan berisi, sah sah orang tahu gemuk dan nampak lemak sana sini, tapi orang yang kurus tu pula tak semestinya kurus langsing tak ada lemak yang tersembunyi, ada juga yang kurus tu banyak lemak, cuma mungkin mereka sembunyikan lemak-lemak yang ada menerusi pemakaian korset, pakai baju yang gelap-gelap, teknik suntingan atau teknik bergambar (haaa macam saya le tu..hehehe).

Demikian juga antara dilema yang dilalui sendiri seperti pelakon yang cantik jelita, penyanyi dan ahli perniagaan, Kilafairy suatu ketika dulu. Untuk pengetahuan anda semua mejadi seorang selebriti ni bukannya senang tau, sentiasa kena cantik di setiap sudut terutama terutamanya jika muncul di kaca TV atau skrin layar perak, saiz sebenar pasti akan mengembang. Itu antara senario dan hakikat sebenar yang harus ditelan.

Cinta Hati Terbaharu Kilafairy

Mesti anda semua akan berkata, ehh Kilafairy tu memang dah kurus dan rajin ke gym, sebenarnya tidak ya! Kalau anda pernah ikuti perkembangan Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan juga pernah berdepan fasa sama seperti mereka yang mengalami naik turun dalam berat badan.

Pernah satu ketika beliau menyembunyikan diri dari dunia seni disebabkan masalah badan berisi dan membuatkan semangat beliau jatuh merundum, tapi beliau bangkit bersemangat dan pantas bertindak melakukan perubahan dan berjaya menadapat berat badan ideal dengan pantas.

Sehubungan itu, Kilafairy telah mengeluarkan produk KILAFIT yang diusahakan sejak September tahun lalu yang telah menjadi ‘penyelamat’ kepada dirinya dan juga mereka yang turut berdepan masalah kenaikan berat badan mendadak.

KILAFIT Bagai Cinta Hati Yang Menyembuh Kedukaan Di Hati Kilafairy

Produk Kecantikan Dan Kesihatan Dari Kilafairy

Rutin harian Kilafairy kini juga sudah berubah kerana sibuk mengendalikan perniagaan apabila produk KILAFIT mendapat sambutan luar jangkaan. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri.

“Saya sendiri pernah berbadan tembam. Memang ada yang tidak percaya, saya juga pernah berdepan masalah berat badan. Di awal kemunculan di pentas seni, kalau ada yang masih ingat… saya memang pernah berisi. Masa itu keyakinan diri ada kalanya menurun. Saya percaya ini situasi normal yang ada dalam diri kita, Tambah pula bekerja yang menuntut saya muncul di kaca TV, memang penampilan dan bentuk badan itu saya anggap perlu ‘on point’.

“TV pula contohnya kita tahu akan besarkan lagi saiz sebenar. Bayangkan yang berisi seperti saya… terus bertambah berisi dalam kaca TV. Nak menjalani penggambaran pun jadi macam tak seronok dan rasa ‘insecure’. Semangat nak buat sesuatu itu terus merudum dan seperti biasa orang di sekeliling kita terus pantas menghakimi.

“Keyakinan diri itu perlu ada setiap pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” katanya.

“Saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri. Saya tak bermaksud mahu memaksa sesiapa perlu menukar menjadi seperti itu dan ini. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan saya ialah untuk mengamalkan KILAFIT. Anda juga boleh ikut jejak saya.

“I rather be what i want to be,” katanya.

Akur pasti ada skeptikal yang membandingkan dirinya yang sudah berbadan langsing dan menjual produk seperti KILAFIT, Kilafairy terbuka dalam hal itu.

Asyraf Khalid, Jana Pendapatan Bersama Kilafit,Kilafairy, Kilafit, Langsing Bersama Kilafit, Produk Kecantikan, Produk Kesihatan, Produk Pelangsingan

“Kebiasaannya orang di luar sana pantas membuat rumusan sendiri. Saya tahu pasti akan ada yang cakap, kalau sudah kurus kenapa nak menjual produk seperti KILAFIT. Macam-macam lagilah. Macam biasa akan ada juga yang akan cakap saya guna pengaruh yang ada untuk menjual produk ini semata-mata. Tapi hakikatnya mereka tidak tahu, saya juga bergelut dengan masalah berat badan.

“Saya pun macam orang lain juga yang macam malu nak muat naik gambar masa badan berisi. Namun sesekali muat naik gambar berisi, ramai yang tak percaya. Orang di luar sana termasuk netizen akan andai itu dan ini. Saya tak boleh paksa mereka percaya pada saya. Berat badan saya tak boleh melebihi 50 kilogram. Kalau lebih angka itu, pipi di muka saya akan nampak ketara naik. Saya akui pernah ikuti cara diet yang salah hingga memberi kesan sampingan.

Produk Kesihatan Dan Pelangsingan Badan Kilafit

KILAFIT kini telah menjadi pilihan utama dan ramai masa kini, kerana produk ini lebih mengutamakan kandungan semula jadi. Di samping itu produk KILAFIT sangat mudah digunakan. Tak perlu nak ambil banyak produk kerana KILAFIT sendiri mempunyai banyak faedah dalam satu.

Apa yang bagusnya tentang produk ini, jika mengamalkan KILAFIT dan pada masa sama aktif dengan aktiviti membuang peluh, keputusan itu akan diraih dengan lebih cepat. Tapi kalau sebaliknya pun masih akan dapat keputusan yang terbaik. Ia terpulang kepada diri masing-masing. Ada testimoni kami yang berjaya menurunkan 12 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya menjaga makan dan mengamalkan KILAFIT.

Asyraf Khalid, Jana Pendapatan Bersama Kilafit,Kilafairy, Kilafit, Langsing Bersama Kilafit, Produk Kecantikan, Produk Kesihatan, Produk Pelangsingan

Bukan itu sahaja yang menarik minat saya, fungsi produk ini bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan tetapi ia bagus untuk kulit dan rambut. Ekstrak L-Karnitina dan Garcinia mampu membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga, mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan kadar kolesterol selain memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa selepas senaman.

Manakala Kolagen pula untuk kulit, mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku serta memudahkan pergerakan sendi. Sumber makanan Sunnah seperti kurma mampu membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan penghasilan sel darah merah dalam badan. Manakala buah delima juga membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B.

Majlis Pelancaran Produk Kesihatan Dan Pelangsingan Badan

Asyraf Khalid, Jana Pendapatan Bersama Kilafit,Kilafairy, Kilafit, Langsing Bersama Kilafit, Produk Kecantikan, Produk Kesihatan, Produk Pelangsingan

Semasa majlis pelancaran produk kesihatan dan pelangsingan badan Kilafit yang di adakan di Forest Valley Hall, Cheras, turut hadir pada acara tersebut adalah rakan kongsi KILAFIT iaitu Asyraf Khalid dan Hamiz Shah serta beberapa kenalan selebriti.

Kami yang hadir turut diberi penerangan tentang produk KILAFIT dan turut menggalakkan ramai menjana pendapatan sampingan dengan membuka ruang orang ramai berniaga bersama KILAFIT.

‘Super Agen’ dan Stokis kami sudah pun berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM 5 angka. Tetapi saya sendiri mahu membantu orang ramai yang tidak ada modal dan mahu berjinak jinak dalam dunia perniagaan. Dengan itu kita melancarkan program Agent Tanpa Modal (ATM) ini.

“Kita akan buat progressive tier untuk setiap komisyen jualan dilakukan. Kalau mereka menjual 10 unit, mereka akan dapat RM 10 komisyen. Tetapi kalau lebih yang dijual sebagai contoh seperti 100 unit sebulan, maka komisyen itu akan ditingkatkan ke RM 30 seunit yang dijual.

“Kalau jual 100 unit, sudah lebih RM3000 keuntungan dapat dijana tanpa sebarang modal. Kalau 1000 unit yang dijual, kita bagi RM 40 komisyen dan bayangkan boleh untung hingga RM40,000 sebulan,” katanya.

Asyraf Khalid, Jana Pendapatan Bersama Kilafit,Kilafairy, Kilafit, Langsing Bersama Kilafit, Produk Kecantikan, Produk Kesihatan, Produk Pelangsingan

Kini Kilafairy letakkan 100 peratus harapan dan tanggungjawab kepada KILAFIT. Dengan KILAFIT juga mampu menolong mereka menurunkan berat badan termasuk menjana pendapatan. Sudah ramai yang mempercayai kredibiliti KILAFIT. Disamping penggunaan Kilafit, beliau sesekali melakukan aktiviti riadah jika ada kelapangan.

Haa..menarik kan? Dahlah dapat bantu kuruskan badan, dapat pula menjana sampingan yang lebih. Untuk sebarang pembelian ataupun untuk dapatkan info lanjut tentang perniagaan dan jana pendapatan sampingan.

Boleh layari :

INSTAGRAM KILAFIT