Khasiat Halia Dalam Caroma Bentong Ginger Tea

Khasiat Halia Dalam Caroma Bentong Ginger Tea

Seringkali kita menggunakan halia untuk menyedapkan hidangan dalam masakan kita, kiranya ia bahan yang sangat penting dalam masakan seharian kita. Tapi pernahkah anda tahu tentang khasiat halia tersebut? Tahukan kita yang halia ini juga dapat merawat perbagai penyakit? Kalau zaman dulu-dulu halia ini selain digunakan untuk masakan ia juga dibuat untuk perawatan traditional, samada dimakan begitu sahaja atau hanya direndam dalam air kosong atau direbus dan diminum begitu sahaja.

Tidak dinafikan kebanyakkan kita kurang mengemari pengambilan air halia disebabkan rasanya, tapi jika diamalkan kesannya amat bagus untuk masa yang berpanjangan, sebab itulah wanita zaman dulu-dulu suka amalkan minum air halia selepas mereka bersalin dan dalam berpantang. Tengok lah orang dahulu kesihatan mereka lebih baik dari kita sekarang ini.

Macam saya selepas bersalin juga turut mengamalkan pengambilan air halia. Maklum jaga diri sendiri tanpa pertolongan keluarga, jadi air halia sahaja yang senang dibuat dan diminum untuk memanaskan badan saya serta membuang angin dari badan.

Penjagaan diri ibu-ibu bersalin juga semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh wanita hari ini, tak kiralah samada bertungku, berurut, bertangas dan pengamalan makanan yang berkhasiat sering diabaikan. Sekiranya penjagaan diri semasa berpandang diabaikan, kesan tidak mungkin berlaku serta merta tetapi bila umur sudah meningkat, daya tenaga semakin menurun, masa ini lah badan akan terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi-sendi serta otot akan terasa lenguh, sakit pinggang dan kebas tangan. Bila ini berlaku kebanyakkan wanita akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Halia ini bukan sahaja baik untuk ibu berpantang tapi juga banyak manfaat kesihatan buat kita semua termasuk penghadaman, mengurangkan keradangan, migrin, loya dan cirit birit.

Jika anda kurang mengemari minum air halia dan remeh untuk dilakukan, anda tidak perlu risau lagi kerana sekarang halia sudah dikomersialkan dan senang untuk disediakan. Kini dengan adanya Caroma Bentong Ginger Tea, anda boleh menikmati kesedapan air halia yang telah diperbuat daripada organic ginger dan dicampur dengan daun teh campur serta gula perang.

Caroma Bentong Ginger Tea

Khasiat Halia Dalam Caroma Bentong Ginger Tea

Khasiat Halia Dalam Caroma Bentong Ginger Tea

Bentong Teh Halia atau dikenali sebagai Caroma Bentong Ginger Tea  telah menggunakan halia organic dan penanaman halia organic tersebut telah diusahakan oleh syarikat sendiri iaitu CAROMA.

Halia organik ini ditanam di ladang yang cukup luas dan terjaga untuk mendapatkan hasil halia yang bermutu tinggi.

Khasiat Halia Dalam Caroma Bentong Ginger Tea, Bentong Ginger Tea, Caroma Ginger, Caroma, Caroma Ginger Tea

Istimewanya Caroma Bentong Ginger Tea ini, ia lebih wangi, pedas dan lebih kuat daripada mana-mana halia lain, rasa yang sedap dan ia juga lebih nutrisi. Teh halia juga mengandungi sejumlah besar antioksidan yang menguatkan imuniti dan melindungi badan dari jangkitan penyakit.

Kalau diamakan penggunaan ginger tea ini, ia amat membantu mengurangkan risiko obesity, kencing manis, sakit jantung di samping mengalakkan badan menjadi sihat dan meningkatkan tenaga badan anda.

Banyak manfaat jika anda amalkan Caroma Bentong Ginger Tea ini, antaranya ialah :

  1. Anti Inflamation – Halia mempunya gingerols yang mampu memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan keradangan.
  2. Meningkatkan penyerapan usus nutrient dan menbantu penghadaman – Penggunaan halia meningkatkan system penghadaman dan peningkatan penyerapan nutrient makanan.
  3. Meningkatkan peredaran darah – Teh Halia terdiri daripada vitamin, mineral dan asid amino yang boleh membantu memulihkan dan memperbaiki peredaran darah, ini juga akan membantu mengurangkan kejadian kardiovaskular.
  4. Melegakan ketegangan – Gabungan aromanya mampu melegakan tekanan dan ketegangan.
  5. Masalah pernafasan – The Halia membantu melegakan kesesakkan ketika berlaku selsema biasa.
  6. Mengurangkan kesakitan – Halia juga membantu mengurangkan kesakitan disebabkan keradangan (sakit sendi), sakit perut, sakit tekak dan sakit gigi, ia juga boleh membantu kesakitan otat-otat yang dialami.
  7. Melegakan ketidakselesaan ketika haid – Halia juga berkesan mengurangkan gejala senggugut (sakit ketika datang haid).
  8. Menghilangkan kembung perut – Boleh mengurangkan kembung perut dan membantu gas yang terperangkap dalam system pencernaan yang sempit.

Jika anda ada masalah mabuk ketika perjalanan jauh atau mabuk laut, ibu hamil yang sering “morning sickness” juga amat digalakkan mengamalkan minum secawan CAROMA Bentong Ginger Teh ini untuk membantu menghilangkan rasa loya dan mabuk.

Saya juga sudah mengamalkan Bentong Ginger Tea ini dah saya akui, ianya membuatkan badan saya sedap, ringan, dan yang paling best bila saya amalkan ginger tea ini, angin dalam perut saya makin berkurangan, makna saya dah kurang dapat sakit gastrik.

Bahan-bahan Dalam Bentong Ginger Tea ·

  • Bentong Ginger
  • Brown Sugar
  • Tea Powder 
  • Cara pengunaan :Tambah 1 paket Bentong Teh Halia ke dalam 90’c, air 150ml.

CAROMA Bentong Ginger Tea merupakan Teh Halia yang benar-benar berkualiti dan dijamin keberkesanannya dan rasa yang hebat. Ini membolehkan pengguna untuk terus menikmati faedah-faedah kebaikkan dengan kepuasaan penuh.

Product ini juga mempunyai HALAL CERTIFIED ( MS1500:2009 – 1004-09/2006 ), serta selamat digunakan.

Buat ibu-ibu yang berpantang, sila ambil perhatian ya! Masa dalam pantang inilah bagus untuk anda amalkan pengambilan teh ginger ini. Untuk kesenangan anda, saya suggest kan anda beli sahaja Caroma Bentung Ginger Tea ini, senang dibuat dan tak mengganggu anda ketika dalam pantang.

Khasiat Halia Dalam Caroma Bentong Ginger Tea, Bentong Ginger Tea, Caroma Ginger, Caroma, Caroma Ginger Tea

Buat yang mementingkan kesihatan pula, jadikan amalan minum teh ginger ini untuk menghindari perbagai penyakit yang mendatang.

Untuk dapatkan Caroma Bentong Ginger Tea ini, boleh sahaja membuat belian di Lazada, 11street.my dan http://www.joypremix.com/ atau untuk info lanjut anda boleh layari Facebook : https://www.facebook.com/VitasFood/

Untuk dapatkan diskaun anda boleh gunakan :

PROMO CODE : BENTONGSITI5

Discount RM5 *start 7.9.16 (12am )  till 31.10.2016 (11.59pm)

(*promo code hanya boleh digunakan di www.joypremix.com)