Aktiviti dihari minggu bila hujan dan tak kemana-mana ni, saya dan aeysha main belajar-belajar. Kali ni saya nak Aeysha ajar saya pulak apa pelajaran yang dia rasa nak ajar saya. Yang bestnya tu kali ni dia nak ajar saya apa itu keywords dan bla bla words.

Anak ajar apa itu keyword , keyword , impotant keyword

Terkejut jugak sebab dia dah diajar benda-benda macam ni. Masa kita kecik dulu tak ada pulak rasa saya cikgu bercerita pasal keyword ni.

Actually bukan saya tak tahu , tapi saya nak dia explain dengan saya apa makna keywords dan fungsi keywords dalam pemahaman dia. ( kalau saya tak tahu pun tak kan saya nak cakap pulak kan..kihkihkih )

Budak sekarang ni memang terlampau kehadapan dari kita. Kita dahulu mana tahu semua ni.

Saya pun sejak dua menjak ni aje tahu sikit-sikit pasal benda ni , sejak saya menjerumuskan diri dalam dunia blogging ni barulah saya tahu sikit-sikit keywords , title , seo , perenggan dan bla bla bla.

Kalau nak dengar macam mana dia ajar saya makna keyword bolehlah tengok video yang saya dah masukkan dalam facebook disini -> Anak Ajar Apa Itu Keyword