Kes Perceraian Yang Tiada Kesudahan . Saya Redha , mungkin apa yang terjadi pada saya ini ada hikmah disebaliknya.

Kes Perceraian Ynag Tiada Kesudahan

Kes Perceraian Yang Tiada Kesudahan

Cerita saya hari ini bukanlah nak meminta simpati atau nak memburukkan sesiapa apatah lagi membuka aib diri sendiri , tidak terniat sama sekali , tetapi saya buntu dan dah tak tahu nak buat apa disebabkan kes perceraian yang tiada kesudahan nya ini. Saya hanya ingin meluahkan perasaan yang terbuku dan terpendam dihati. Tidak ada siapa untuk saya mengadu nasib, hanya disini sahaja saya boleh meluahkan perasaan saya ini. Manalah tahu kot-kot kalau saya kongsikan masalah saya disini , ada yang snaggup memberi pendapat dan pandangan.

Kes Perceraian Ynag Tiada Kesudahan , Kes Perceraian , Perceraian

Ramai yang sudah maklum kes mahkamah syariah saya dah makan masa 6 tahun.  Selama 6 tahun juga saya asyik naik turun mahkamah syariah. Tidak pernah saya termiss kes yang di adakan. Dari kes Fasakah kemudian bertukar ke Hakam ,dari Mahkamah syriah wilayah kemudian berpindah ke mahkamah syariah daerah petaling , tapi hingga kini nampak gayanya kes saya ini akan menjadi kes perceraian yang tiada kesudahan, tak tahu sampai bila kesudahanya!

Saya dah banyak berhabis disebabkan kes perceraian saya ini , dah berpuluh ribu saya habis untuk membayar lawyer tapi masih begini. Saya ingatkan bayar lawyer yang terbagus dan mahal-mahal bolehlah kes saya selesai cepat tapi sebaliknya. Lawyer yang kaya tapi saya merana.

Salah satu sebab juga , mungkin disebabkan suami tidak mahu berkerjasama dan macam-macam helah dibuat agar kes perceraian ini tertangguh. Bermacam-macam helah dan putar belit yang dikeudarakan oleh pihak suami sehingga perjalanan kes saya tertangguh dari sehari kesehari.

Disini lah menjadi tanda tanya buat saya , dimana salah dan silap saya sehingga kes saya ini memakan masa yang lama. Kenapa lawyer saya susah nak menang kes ini? Kenapa mahkamah tidak melihat kesusahan saya selama 6 tahun turun naik mahkamah? Kenapa bekas suami susah nak melepaskan saya dan gantung saya sebegini?

Kes Perceraian Yang Tiada Kesudahan

Masalah saya sekarang ini , saya bukan sahaja digantung tak bertali oleh suami tapi saya juga digantung tak bertali oleh mahkamah syariah.

Memang betul , Allah cukup benci akan perceraian tapi halal jika itu jalan  yang terbaik. Saya bukan suka-suka nak minta cerai , saya ada alasan yang cukup kuat dan bukti yang cukup kukuh untuk membubarkan perkahwinan ini.. ( saya tidak akan ceritakan disini kerana saya tak nak mengaibkan orang ). Perceraian adalah jalan yang terakhir yang disediakan Islam bagi pasangan suami isteri yang mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan jalan perbincangan.”

Tapi persoalannya disini , kenapa mahkamah syariah terlalu percaya akan pembohongan yang dibuat tanpa melihat bukti dan kredebiliti seseorang itu. Kenapa saya masih digantung tak bertali sehingga kini sedangkan mahkamah dah menggatakan setiap kes melebihi setahun akan dipercepatkan.

Fasakah

Mula-mula kes, saya telah failkan tututan fasakah tapi pihak suami beria-ia tidak mahu melepaskan saya. Dari satu kes ke satu kes dibuat oleh pihak suami agar kes saya tertangguh. Sehingga ada satu kes dia menggatakan yang perkahwinan kami tidak sah. Sanggup dia berbuat begitu , tak malu ke dia menggaku sebegitu sedangkan kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan sudah mempunyai 3 orang anak? Terpaksa pulak saya buktikan di mahkamah tentang status pernikahan kami. ( Akhirnya terbukti perkahwinan kami sah.)

Kemudia setelah 5 tahun naik tangga turun tangga Mahkamah syariah Wilayah , bekas suami bangkitkan pula isu permaustatin , yang mana saya tidak ada kuasa tuntut fasakah di daerah Wilayah kerana saya sekarang menetap di daerah Petaling. Mahkamah terima permohonan bekas suami , saya tertanya-tanya habis selama 5 tahun saya dah turun naik mahkamah dan banyak kes telah dijalankan kenapa baru sekarang isu ini dibangkitkan? Akhirnya saya terpaksa akur dan ikut arahan mahkamah dan saya terpaksa failkan semula kes saya di Mahkamah Syariah Petaling.

Sebelum itu , pihak suami ada menyuruh saya mengaku Nusyuk di Mahkamah. Dia kata kalau saya mengaku nusyuk dia akan lepaskan saya. Tak kan saya nak mengaku nusyuk sedangkan bukan saya yang membuat kesalahan, selama dalam perkahwinan saya tidak pernah sekali ingkar akan perintahnya. Jadi saya tidak terima permintaan dia itu.

Bila yang nusyuk tidak jalan dia buat cara lain pulak. Dia arahkan saya serah anak perempuan yang dalam jagaan saya, kalau saya serahkan anak itu pada dia barulah dia lepaskan saya. Part ini memang saya marah betul. Menangis-nangis saya di mahkamah sehingga hakim arahkan kami berdua masuk ke bilik beliau untuk berbincang dengan cara baik.

Saya ingatkan bila hakim panggil kami ke dalam bilik , beliau akan nasihatkan suami jangan berbuat begitu, tapi sebaliknya. Hakim berkata pada saya ” Kalau saya jadi awak, saya akan serahkan anak itu pada dia , awak nak dia lepaskan so sekarang dia nak lepaskan awak kalau awak lepaskan anak itu , jadi awak lepaskan aje lah anak itu. Bukan awak tak boleh tengok pun anak itu. Kalau awak sanggup lepaskan , sekarang jugak saya suruh suami awak lepaskan awak.” Errrrr….kenapa pulak hakim nak menyebelahi dia? Kenapa pulak saya yang kena ikut arahan suami sedangkan saya yang menuntut fasakah? Nampak tak permainanan disitu?

Saya cakap pada hakim , dah lah anak lelaki saya yang 2 orang tu dia ambil dari saya , nak tengok pun tak dibenarkan , ini dia nak ambik pulak anak perempuan satu-satunya dalam jagaan saya. Saya tidak akan benarkan dia berbuat bergitu kerana saya tahu dia orangnya bagaimana. Saya cakap pada hakim saya sanggup naik tangga turun tangga menuntut keadilan daripada saya nak serahkan anak saya ini.

Hakam

Akhirnya saya tarik balik kes fasakh kerana bermacam-macam helah yang pihak suami buat mahkamah terima seolah-olah berpihak sebelah dia.

Bila kes saya di daerah Petaling dijalankan saya buka pula kes Hakam , mengikut kata lawyer saya , kes hakam ni mudah sedikit. Tapi kisahnya tak semudah yang disangka. Kisahnya kalau saya buka kes hakam ni , kalau pihak suami tak datang bermakna kes ini tidak boleh dijalankan. Itu undang-undang syariah.

Dah beberapa kali kes saya naik , tapi pihak suami masih tidak datang. Pihak lawyer pun dah hantar surat pada dia dan dah buat tampalan di rumahnya tapi dia masih tidak datang menampakkan batang hidung dia. Kalau begini sampai bila kes saya akan selesai. Pihak mahkamah tidak ada kuasa untuk menarik dia datang. Jadi kesimpulannya kes saya akan tergantung begini sahaja.

Suami dah berkahwin lain dan kini sudah mempunyai anak, dia berbahagia dengan kehidupan dia kini tapi saya masih begini digantung tak bertali. Dimana keadilan? Dimana perikemanusian yang ada dalam diri?

Kes Perceraian Ynag Tiada Kesudahan

Dimana Keadilan Yang Selalu Di Perkatakan

Tarik Kes

Kes Perceraian Yang Tiada Kesudahan yang telah mengambil masa yang terlalu lama. Akhirnya saya dah jadi fed up dengan semua permainan ini. Saya akhirnya tarik semula kes saya di mahkamah. Saya dah buntu dan dah tak tahu jalan apa yang harus saya buat lagi. Duit saya untuk membayar lawyer makin berkurangan. Daripada duit saya habis begitu sahaja tanpa ada apa-apa hasil , baik saya tarik balik kes saya ini.

Sekarang kalau dia masih nak gantung saya tak bertali , dia berjawab lah dengan tuhan. Segala nafkah saya dan anak yang diabaikan juga , dia berjawab lah diakhirat nanti. Rujuk surah an-Nisa ayat 19 dan al-Talaq ayat 1 , jika diamati kedua-dua ayat al-quran ini , suami yang diberi kuasa talak hendaklah menggunakannya dengan tanggungjawab dan bijaksana. Meninggalkan isteri begitu sahaja tanpa nafkah sedangkan nafkah isteri itu wajib keatas suami , tentulah suami menanggung dosa diatas kesengsaraan isteri dan anak.

Saya dah buat apa yang saya termampu. Saya dah banyak bersabar. Bagi saya apa masalah pun pasti ada jalan penyelesaian. Tapi makin lama kesabaran saya makin tipis , macam-macam ujian yang terpaksa saya tempuh disebabkan kes saya ini. Akhirnya ini lah sahaja jalan yang dapat saya buat, berdiam diri tanpa buat apa-apa. Bukan bermakna saya mengalah dengan semua ini , tapi mahkamah bukan berpihak pada saya ketika ini. Macam mana pun saya harus meneruskan kehidupan saya kini. Segala susah senang akan saya tanggung sendiri bersama anak perempuan saya.

Kalau ada sesiapa yang tahu apa yang harus saya buat dan dapat memberi cadangan atau pandangan disini , amatlah saya hargai. Saya memang betul-betul buntu dengan Kes Perceraian Yang Tiada Kesudahan ini dan saya dah tak tahu apa yang harus saya lakukan lagi. Mahkamah pun tak dapat membantu selesaikan kes saya, jadi pada siapa harus saya minta bantuan?