Mesti anda tertanya-tanya, Kenapa saya nak bercuti Ke Busan? Kenapa tidak ke tempat lain seperti US ke , Uk ke atau negara-negara barat yang lain. Kenapa Busan yang menjadi pilihan saya.

Ok meh sini saya cerita kenapa saya nak bercuti ke Busan Korea Selatan..

Sejak saya menjejakkan kaki saya ke South Korea, dalam hati saya memang saya teringin untuk ke Busan tetapi keinginan itu tidak kesampaian. Impian saya ialah melawat tempat-tempat yang menarik di South Korea. Kalau boleh tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancung jika ke South Korea.

Di pendekkan cerita, saya akan beri beberapa sebab kenapa saya nak bercuti ke Busan. Kalau cerita panjang-panjang nanti boring pulak orang nak baca..hehehe

5 sebab kenapa saya nak bercuti ke Busan.

  1. Macam yang saya cakap tadi, saya nak menjelajah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancung di South Korea. Kalau boleh keseluruhan South Korea saya nak pergi.. tapi rasa saya mana mungkin…pitih tak banyak, jadi saya pilih Busan sebagai destinasi yang harus saya pergi sesudah Seoul South Korea. Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
  2. Makanan South Korea memang sedap, lebih-lebih lagi seafood dia. Bila saya dapat tahu seafood yang terbaik dan sedap serta fresh adalah di Busan, ummmm…memang lah saya lagi meronta-ronta nak kesana. Jangan tak tahu, saya ni memang hantu seafood.

    Makanan laut yang fresh di Busan, Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

    Makanan laut dia memang betul-betul fresh. Kalau dapat yang di grill macam ni..fuhhhh tak ingat dah nak balik Malaysia…hehehe

  3. Pemandangan yang indah memang menjadi tarikan di Busan. Sesiapa yang dapat ke sini kalau tak menikmati pemandangan yang indah disini memang rugi yang amat sangat. Saya dah survey tempat-tempat yang menarik di Busan, memang cantik sangat, sebab itulah saya nak ke Busan ni. Nak tangkap gambar banyak-banyak disana. Nak eksyen gan kawan-kawan yang belom pergi ke Busan…hahahaha

    busan haedong yonggungsa temple, Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

    Salah satu tempat yang menarik dan pemandangan yang menarik di Busan

  4. Semestinya saya nak melihat persembahan traditional korea disana. Masa saya ke Seoul dahulu saya tidak berkesempatan untuk melihat persembahan traditional mereka ini. Terasa rugi sangat bila kesana tak dapat melihat persembahan mereka, jadi kalau saya dapat ke Busan, saya memang nak tengok persembahan mereka ini.Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan, Persembahan traditional Korea
  5. Kalau dapat ke Busan semasa Winter, fuhhhh…lagi lah saya happy sangat, memang menjadi idaman kalbu saya. Dapat bermain salji dan melihat Busan diseliputi salji. Pasti sesuatu yang menarik di lihat. Bayangkan saya bermain salji di Busan bersama dengan pelawak yang terkenal, memang hari ini dalam sejarah dalam hidup saya. Pasti seronok.

    winter di Busan, Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

    Pemandangan ketika musim winter di Busan

Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis kenapa saya nak bercuti ke Busan, tapi biarlah 5 ini sahaja coretan saya dalam entry ini. Kalau rezeki saya dapat bercuti ke Busan, pasti saya akan tulis segala pengalaman saya di sana untuk saya kongsikan buat semua. Sementara itu anda boleh tengok-tengok pengalaman saya di South Korea yang pernah saya ceritakan dalam entry yang lepas-lepas.

Rentetan daripada Task Pertama – Apa Yang Menarik Di Busan  , entry kali ini pun pula merupakan Task ke 2 – Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur yang harus saya buat untuk memenangi ” Trip Ke Busan Bersama Man Raja Lawak“. Bertuahnya saya kalau saya memenangi kontest ini, dapat bercuti free tu..siapa yang tak nak kan!

Winter in Busan Banner 1, Cabaran Winter In Busan,

Cabaran Winter In Busan Task – 2

Kontest ini merupakan anjuran Blooggers.com dan Majalah Libur