Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kita kan ,dan tahun ni juga dah masuk tahun ke-5 aku beraya tanpa ke dua putraku.Betapa terseksanya jiwa hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa aku terpaksa pendamkan segala kesedihan ku itu demi anak perempuan yang berada disamping aku tika ini.Kalau diikutkan hati , aku tak nak sambut raya-raya ni, serasa aku nak lari sahaja ketempat lain agar kenangan bersama kedua putra aku terhakis dalam ingatan , tapi aku tak berdaya. Kebahagiaan anak perempuan aku harus aku fikirkan juga.

Setiap kali aku terdengar lagu-lagu Hari Raya ini , airmata pasti bergenang dimata ku. Pasti kenangan Raya bersama mereka muncul kembali.Aku terbayangkan kemeriahan bersama kedua putraku itu. Aku terbayangkan bagaimana kesibukkan aku membeli belah baju raya buat mereka. segala kenangan bersama mereka menusuk keruang kalbu ku.

Selalunya dua tiga hari sebelum raya aku akan sibuk pergi ke Jalan Tengku Abdul Rahman untuk membeli belah baju melayu dan songkok mereka. Masa itu tahulah betapa kecohnya aku untuk buat mereka diam dan dengar kata aku. Tahulah budak lelaki ni lasak dia macam mana.

Setiap tahun semenjak ketiadaan mereka, bila sahaja takbir bergema pasti aku tidak dapat menahan sebab didada, pasti aku akan terkenangkan mereka.

Bila pagi raya sahaja, aku pasti teringat dan berharap mereka datang kepada ku dan bersalam serta meminta ampun padaku, tapi harapanku hanya tinggal harapan. Mereka dihalang dari berjumpa aku dan adik mereka ini.

Bayangkanlah bertapa tersiksanya jiwa ku, bertapa sebaknya aku. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Kami beraya tanpa kemeriahan kekeluargaan.

Bila aku lihat anak perempuan aku ini, lagilah airmata aku laju mengalir kepipi. kesihan dia, hanya kami berdua menyambut raya bersama. Pagi-pagi raya aku siapkan dia dan dia bersalam dengan aku, kami kemasjid bersama kemudian barulah aku kerumah mak aku di Jalan Ipoh.

Hanya kami berdua menyambut raya sejak 5 tahun ini.

Aku berat hati juga nak kerumah mak tapi demi anak aku ini aku gagahkan juga agar dia tetap merasa kemeriahan Hari Raya. Dirumah mak ramai adik beradik aku dan anak-anak buah.

Walaupun dikelilingi adik beradik tapi perasaan aku tak semeriah dahulu, jiwa dan hati aku tak seterang dahulu. Kemeriahan Hari Raya dah lama hilang dalam diri aku. Aku masih mengharap dan terus mengharap kehadiran kedua putra ku.

Tahun ni, aku dah nekad. Aku akan menjenguk mereka dirumah NYA. Tak kira apa nak jadi aku akan kesana. Aku nak peluk kedua mereka. Ditakdirkan aku dimaki hamun aku terima, ditakdirkan aku disepak terajang aku terima juga demi rinduku pada anak-anakku.

Ya Allah..kau permudahkanlah untuk aku berjumpa anak-anakku. Berilah aku sedikit kebahagiaan untuk Hari Raya ini. Berilah peluang untuk anak dan ibu ini bersatu di Hari Raya ini.

Tags : kenangan raya menyentuh jiwaku , kenangan raya , sedih bila teringat kenangan bersama dihari raya.