Alahaiiii…ni yang akak tak suka dengar ni, “kena saman sebab bagi kucing jalanan makan“. Apa lah punya undang-undang sampai macam ni sekali. Kalau tak orang-orang yang perihatin ni bagi makan, siapa lagi nak bagi makan? Korang yang menyaman tu ke nak bagi makan?

Terkejut saya bila baca di media sosial yang ada orang kena saman sebab bagi kucing jalanan makan di Port Dickson. Bukan sedikit saman yang diberi tapi RM500. Mahal tuu..kalau orang berbogel kat penang dulu tak lah disaman sebanyak ni. Kalau ia pun sebab tak jaga kebersihan dan membiarkan kucing jalanan di tempat memasak. Pihak atasan lah yang perlu buat sesuatu bukan dengan cara begini.

Kucing jalanan dan orang yang memberi makan tu tak salah pun. Mereka hanya perihatin dan kesian dengan kucing-kucing tersebut yang datang kesana mencari makanan. Buat macam Singapore, kucing jalanan tak lah terbiar kelaparan dan mereka ada tag lagi.

Pelik sungguh dunia sekarang, berbuat baik pun kena saman. Bagi kucing makan je pun, bukannya buat jahat pun.

Risau jugak saya ni sebab selalu jugak bagi makan kucing gelandangan, silap haribulan saya pulak ke saman. Ummm tapi lantaklah, bukan saya buat jahat. Saya nak bagi kucing-kucing tu makan..rezeki saya..duit saya suka hatilah saya nak bagi makan dekat sesiapa.

Kesian kat kucing-kucing jalanan ni. Mereka tak pandai bercakap dan meminta-minta, kalau tidak kita yang bermurah hati bagi makan kepada mereka siapa lagi kan! Jadi pikir-pikirlah kalau nak buat undang-undang sebegini.

Kena Saman Sebab Bagi Kucing Jalanan Makan, Kucing Jalanan, Kucing Gelandagan

Susah nak tangkap gambar ibu kucing ni…bergerak tak reti duduk diam..hehehe

Alang-alang saya bercerita pasal kucing jalanan ni, disini saya nak beritahu yang baru-baru ni ada lagi kucing yang saya selamatkan dihadapan rumah saya. Kesian pulak saya, lalu saya ambil dan bagi mereka makan dan bawa ke doktor. Macam biasa bila mereka dah besar sedikit saya nak cari keluarga angkat buat mereka. ( yang 5 baby kucing dan ibu mereka sebelum ini dah ada yang ambil…alhamdulillah)

Kena Saman Sebab Bagi Kucing Jalanan Makan, Kucing Jalanan, Anak Kucing Jalanan

Anak Kucing For Adoption

Harap-harap sesiapa yang membaca entry ni, kalau nak ambil mereka sebagai keluarga angkat dipersilakan dengan hubungi saya atau tinggalkan komen anda di sini.

Kalau tak pun sudilah share entry ni pada kawan-kawan, mana lah tahu mereka berminat dengan kucing-kucing ni.

Jasa baik kalian amatlah saya hargai.