Info Zakat, Informasi tentang Zakat, Kempen Yez 2017, PPZ-MAIWP, Year End Zakat, Zakat, Menunaikan Zakat, Berzakat Sebelum Berakhir Tahun 2017

KEMPEN YEZ 2017 – Menggalakkan Umum Berzakat Sebelum Berakhir Tahun 2017

Assalamualaikum w.b.t. Sudahkan anda menjalankan tanggungjawab anda berzakat? Belum?? Eshh eshhh…ni dah nak masuk akhir tahun dah ni, jangan lengah-lengahkan tanggungjawab anda membayar zakat ya, benda yang baik tak baik tau lengah-lengahkan.

Buat mereka yang masih belum melunaskan tanggungjawab yang satu ini, jangan risau ya, sebabnya pihak PPZ-MAIWP  sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat.

Pemberian zakat akan menjadikan harta seseorang diberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan sentiasa senang.

KEMPEN YEZ 2017 – Menggalakkan Umum Berzakat Sebelum Berakhir Tahun 2017

Apakah itu Kempen Yez 2017 (Year End Zakat)?

Kempen Yez 2017 dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017. Kiranya masih ada lagi masa tau anda nak membayar zakat.

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum, dari jam 8.15 pagi – 4.45 petang.

Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.

Info Zakat, Informasi tentang Zakat, Kempen Yez 2017, PPZ-MAIWP, Year End Zakat, Zakat, Menunaikan Zakat, Berzakat Sebelum Berakhir Tahun 2017

Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI  oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk  memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017.

Info Zakat, Informasi tentang Zakat, Kempen Yez 2017, PPZ-MAIWP, Year End Zakat, Zakat, Menunaikan Zakat, Berzakat Sebelum Berakhir Tahun 2017

Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat

1-300-88-5757

‘PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT’

Pemberian zakat akan menjadikan harta seseorang diberkati,

subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan sentiasa senang.