Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk, Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum, Resorts World Genting, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, peruncit minyak Petron, stesen petrol, keselamatan di Petrol Kiosk, Genting Highlands

Pada Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk ahli-ahli JBPM kemudiannya mula memberi taklimat kesedaran keselamatan petroleum dan juga menjalankan demonstrasi etika dan prosedur yang betul. Ini merupakan bahagian yang paling penting sekali, lebih-lebih lagi jika ada sebuah situasi api yang amat membahayakan.

Mereka menjelaskan bahawa pihak awam tidak perlu takut untuk memadamkan api pada akarnya, contohnya jika terjadi kebakaran di silinder gas, ia boleh dihentikan hanya dengan meletakkan jari di mulut outlet gas tersebut dengan penuh berhati-hati untuk menghentikan aliran gas.

Pada Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk ahli-ahli JBPM juga menjalankan sebuah demonstrasi yang mengujakan dengan menggunakan lori bomba mereka, membuktikan kereta tidak akan meletup jika terbakar. Dua orang lelaki terlibat dalam lakonan kemalangan tersebut, mereka sedang mengisi minyak sambil merokok dan bercakap menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen petrol pam dan kereta tersebut langsung terus terbakar dan dua orang lelaki tersebut terjatuh dan pengsan di atas lantai. Pasukan tersebut memberi respon dengan pantas di tempat kejadian untuk memadamkan api dan juga memberi bantuan dari segi perubatan untuk dua orang lelaki tersebut.

Kewaspadaan amat penting bagi memastikan keselamatan masing-masing terjaga. Produk-produk petroleum kesemuanya mudah terbakar, dan sebuah stesen petrol pam sudah pastinya akan menyimpan stok petroleum dalam amaun yang banyak di tangki bawah tanah, ditambah lagi dengan wap gas yang terjadi disebabkan evaporasi – yang lebih mudah terbakar dari yang bentuk cecair – terdapat juga benda lain yang amat mudah terbakar seperti minyak pelincir dan cecair gas petroleum (LPG).

Kesemua stesen petrol pam di Malaysia diwajibkan oleh undang-undang untuk mempamirkan peraturan dan regulasi keselamatan di stesen, namun kedegilan ataupun sifat jahil pengguna tetap mewujudkan risiko terjadinya kemalangan.

Tambahan kepada perkara yang boleh dan tak boleh dibuat apabila sedang mengisi petrol, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat juga turut menekankan kepentingan servis kenderaan secara berjadual, langkah-langkah keselamatan di atas jalan raya, dan juga peranan operator harta seperti Resorts World Genting dalam menjaga keadaan jalan raya.

Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk, Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum, Resorts World Genting, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, peruncit minyak Petron, stesen petrol, keselamatan di Petrol Kiosk, Genting Highlands

Acara Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk ini amatlah penting untuk mengajar dan memaklumkan para pengunjung apabila sudah di kemuncak pada 6000 kaki, terdapat bilangan kenderaan yang amat banyak seperti bas, kereta, motorsikal dan kenderaan-kenderaan lain yang memberi kesan terhadap jalan raya. Pada tahun 2017 sahaja Resorts World Genting mencatatkan rekod 24 juta pengunjung.

Menekankan kepenting acara Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk tersebut, Dato Mark bin Ujin berkata :

“Acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Kesedaran dalam kalangan umum perlu ditingkatkan lebih lagi, ini adalah kerana sesetengah rakyat Malaysia cuai dan sering membiarkan enjin kereta hidup ketika mengepam petrol. Semasa demonstrasi tersebut hari ini, kita dapat saksikan apa yang berlaku jika kita tidak berhati-hati di persekitaran yang penuh dengan produk petroleum.”

Khor Hai Peng, Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting menambah,

“Selain dari memastikan para pengunjung kami dapat menikmati Resorts World Genting dengan sepenuhnya, ia merupakan komitmen kami juga untuk memastikan keselamatan para pengunjung dan juga staff kami terjamin. Melalui acara ini, saya berharap kesedaran betapa pentingnya keselamatan petroleum ini akan tersebar dalam kalangan staf dan pelanggan kami terutamanya ketika mengepam petrol. Saya harap mereka akan belajar hari ini bahawa setiap orang memainkan peranan. Keselamatan dalam kebakaran merupakan salah satu risiko yang tertinggi di sini dan kami amat bertuah untuk mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang teguh dengan 200 ahli boleh memberi respon jika terdapat apa-apa krisis. Kami berharap dengan bekerjasama dengan Petron, rakyat umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia akan lebih berwaspada tentang isu ini.

Sebuah quiz ‘Pengguna Bijak’ telah diadakan semasa Kempen Kesedaran Keselamatan Petrol Kiosk  turut diiringi dengan hadiah cenderamata ditaja oleh Petron dan KPDNHEP di mana para penonton bersuka ria dalam menjawab soalan.

Tujuan acara tersebut adalah untuk menekankan prosedur keselamatan yang diamalkan di Resorts World Genting, pengajaran yang dibentangkan di Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum pada 30 Oktober ditujukan pada semua pemandu dan pengguna, bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh Malaysia.