#IamRealBeauty, Kempen Dove, Kempen Real Beauty Dove, Real Beauty Dove Ke-60, Kecantikan Wanita Malaysia, Pencarian Wanita Sejati Malaysia

Pencarian Kecantikkan Wanita Sejati Malaysia Untuk Kempen #IamRealBeauty Dove

Pencarian Kecantikkan Wanita Sejati Malaysia Untuk Kempen #IamRealBeauty Dove | Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan menjemput wanita-wanita di Malaysia untuk berkongsi kecantikan sebenar yang mereka miliki.

Pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke – 60, untuk memberi peluang kepada wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang akan dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove.

Pencarian Kecantikkan Wanita Sejati Malaysia Untuk Kempen #IamRealBeauty Dove

#IamRealBeauty, Kempen Dove, Kempen Real Beauty Dove, Real Beauty Dove Ke-60, Kecantikan Wanita Malaysia, Pencarian Wanita Sejati Malaysia

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat yang berasal daripada pelbagai rumpun bangsa di Asia dan takrif kecantikan ini ternyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini.

Sempena kemerdekaan tahun ini, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal sebaliknya terdapat banyak, dan wanita-wanita di Malaysia ingin anda berkongsi kecantikan sebenar dengan mereka.

Kepelbagaian budaya dan etnik bangsa adalah kebanggaan negara ini. Oleh itu, wanita Malaysia sewajarnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza.

Seiring dengan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke- 60, wanita Malaysia boleh kongsikan erti kecantikan sebenar bagi mereka, dengan memuat naik gambar di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty, untuk menonjolkan kecantikan wanita Malaysia tidak kira warna kulit, jenis rambut dan juga usia mereka.

Langkah-langkah menyertai Kempen

Anda hanya perlu memuat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty dari 21hb Ogos hingga 1hb Oktober 2017 untuk merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove yang akan datang, juga di laman sesawang Dove.com/my.

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menyertai:

  1. Muat naik gambar swafoto (selfie) atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar menurut pandangan anda
  2. Hashtag #IamRealBeauty
  3. Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (public), agar kecantikan anda dapat diakses oleh pihak Dove

Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IamRealBeauty akan dikumpulkan dan para wanita yang terpilih akan dipaparkan di Dove.com/my dan kempen pengiklanan Dove pada 2018.

Katakanlah #IamRealBeauty Dengan Sertai Kempen Real Beauty Dove