Travel, Program Kembara Halal Eropah, Mood Travel, Travel With Peace Of Mind, Pakej Travel Eropah, Travel Agensi, Pakej Islam, Juara Travel, All Malaysian Can Travel, Melancong Ke Eropah

Kembara Halal Eropah Sediakan Perkhidmatan Yang Teratur Dan Selesa

Melancong keluar negara memang seronok, tapi yang buat pening kepala bila semua persediaan kena dibuat dari A hingga ke Z. Kena survey tempat penginapan, kalau kita berpindah-pindah kawasan maka tempat penginapan disatu-satu tempat tu kena pikir juga. Pengangkutan disana kena ad, makan..haaa makan penting jugak, so kena survey pulak restoran halal kalau tempat yang kita pergi majoriti penduduknya bukan beragama Islam. Tempat bershopping dan macam-macam lagi lah kena buat dan pikir sebelum pergi melancong.

Ingat senang nak buat planning travel ni? Susah tau sebenarnya, sebab tulah ramai aje yang suka gunakan khidmat travel agensi. Mahal pun diaorg tak kisah dan sanggup bayar, janji tak payah pikir nak buat itu ini. Saya pun kalau travel ke negara yang majoritinya bukan beragama Islam, saya akan menggunakan travel agensi yang menyediakan pakej Islam, senang cerita.

Macam ni package travel yang anda inginkan? Kalau saya tak nak!

Tapi untuk memilih travel agensi, sebagai orang yang beragama Islam sebaiknya kita pilihlah travel agensi yang menyediakan Pakej Islam kerana mereka akan menyediakan itenerari yang lengkap dari segi penginapan, makanan halal, tempat solat, transport dan juga lokasi yang menarik untuk dilawati. Mudah bukan?

Kembara Halal Eropah

Travel, Program Kembara Halal Eropah, Mood Travel, Travel With Peace Of Mind, Pakej Travel Eropah, Travel Agensi, Pakej Islam, Juara Travel, All Malaysian Can Travel, Melancong Ke Eropah

Bercerita pasal melancong ni, pernah tak anda terfikir untuk melancong ke benua Eropah? Siapa yang belum pernah ke Eropah tu, mesti ada impian untuk melancong ke Eropah sekali seumur hidup kan?

Sekiranya anda merancang percutian ke Eropah dan pening kepala untuk mencari travel agensi , pakej percutian, pengangkutan atau apa sahaja untuk uruskan percutian anda, anda tak perlu risau kerana program Kembara Halal Eropah yang merupakan inisiatif  Mood Travel yang bersedia membantu anda yang ingin ke Eropah dengan meguruskan percutian dengan lebih teratur dan selesa.

Apa yang pasti, penerbangan yang disediakan pun memang best kerana telah mendapat kerjasama dari syarikat penerbangan Etihad Airways dan Oman Air serta mendapat sokongan BUMITRA MALAYSIA. Haa..selesa le siapa-siapa nak travel nanti!

Anda tak perlu nak pikir apa lagi dah kerana Kembara Halal Eropah turut menawarkan servis perkhidmatan yang terbaik termasuklah menyediakan makanan halal, kemudahan solat serta tour guide Muslim manakala harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan beserta lawatan mengikut citarasa pelancong Malaysia dengan tema (All Malaysian Can Travel)

Saya berkesempatan hadir ke majlis Hi-Tea Majlis Hi-Tea Program Kembara Halal Eropah (KHE 2019) yang dianjurkan oleh MoodExpert & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel yang di adakan di D’Saji Titiwangsa, program yang telah dirasmikan oleh Datuk Musa Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan telah mendapat lebih 200 penyertaan agensi-agensi pelancongan bumiputera Malaysia.

Kembara Halal Eropah Sediakan Perkhidmatan Yang Teratur Dan Selesa

Objektif Kembara Halal Eropah

  • Memperkenalkan pakej SIC (Seat-in-Couch 2 pax to go) kepada syarikat-syarikat pelancongan yang telah berdaftar di bawah BUMITRA MALAYSIA.
  • Membuka peluang kepada syarikat-syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA MALAYSIA untuk menjual siri pakej ke Eropah.
  • Membantu meningkatkan jualan ke Eropah.

Kembara Halal Eropah Sediakan Perkhidmatan Yang Teratur Dan Selesa

Macam-macam info dan ilmu tentang travel saya dapat semasa di majlis hi-tea ni, sempat lagi beramah mesra bersama wakil-wakil travel agensi yang hadir. Bila dah macam-macam info dapat, terus terasa nak repeat Travel ke Eropah semula..hehehe.

Dah lah harga yang ditawarkan murah, perkhidmatan yang ditawarkan juga sangat bebaloi dengan harga yang kita bayar. Serba serbi diatur demi memenuhi kehendak dan keperluan kita yang melancong.

Bagi memastikan setiap pelanggan berpuashati dan gembira dengan perkhidmatan yang diberi, mereka sentiasa berusaha memastikan setiap apa yang diberikan kepada pelancong adalah yang terbaik dan memenuhi kehendak dan keperluan setiap orang.

Antara perkhidmatan yang disediakan, termasuklah :

  • Pengangkutan – Menjamin suasana yang mesra dan tempat duduk yang luas dan selesa. Bas juga dilengkapi dengan tandas dan mempunyai 65 tempat duduk. Pemandu bas merupakan warga tempatan yang berlesen dan mesra pelanggan.
  • Makanan Halal – Memastikan makanan buat pelancong adalah halal, bersih dan menepati selera Malaysia.
  • Pemandu Pelancong – Pemandu pelancong merupakan warganegara Malaysia yang fasih berbahasa melayu dan inggeris. Komunikasi bukan menjadi masalah sepanjang trip yang disertai. Pemandu pelancong juga berpengalaman mengendalikan lebih 40+ perjalanan ke Eropah.
  • Penginapan – Hotel yang disediakan bertaraf 3-4 bintang bagi memenuhi keselesaan dan kepuasan pelancong. Turut menyediakan hotel yang mesra muslim.
  • Solat – Sentiasa memastikan pelancong solat diawal waktu dan tazkirah akan diberikan pada waktu yang bersesuaian sepanjang perjalanan dan penjelajahan ke Eropah.
  • Membeli Belah – Tiada masalah waktu membeli belah terhad atau tidak banyak pilihan untuk mebeli belah. Pelancong dipastikan dapat membeli belah sepuas hati dan dapatkan sesuatu sebagai kenangan untuk dibawa pulang.

Ketua Pengarah Eksekutif Mood Travel, Tuan Muhammad Arif Atiq Suzaili turut berkata :

Ketua Pengarah Eksekutif Mood Travel, Tuan Muhammad Arif Atiq Suzaili

” Harapan kami agar Mood Travel dapat menjadi syarikat pelancongan bertaraf antarabangsa, Meletakkan syarikat Malaysia sebagai Hub pelancongan Halal di mata dunia.

Kami amat menerapkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan kami. Dengan bermotokan “Travel With Peace Of Mind“, anda kini dapat melancong dengan mudah, halal dengan harga berpatutan.

Saya percaya, dengan kepakaran yang ada serta lebih 10 tahun di Eropah, program Kembara Halal Eropah mampu menguruskan agensi pelancongan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selamat buat semua.

Bersama Barisan Blogger Semasa Majlis Hi Tea Anjuran Mood Travel Dan Juara Travel

Info lanjut mengenai Kembara Halal Eropah, boleh layari :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM