Pernah tengok Stawberi & Karipap Sesat Kat Paris? Best sangat kan supertelefilem tersebut? Ok..kali ini kerinduaan anda semua akan terubat kerana Astro First Ekslusif akan membawakan kesinambungan cerita tersebut iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast

Dahulunya di buat di bumi Paris tetapi kali ini berlatar belakangkan keindahan bumi Australia pula, dengan pengembaraan yang lebih menarik dan mencabar. Penceritaan yang lebih kemas serta aksi lakonan mantap dan bersahaja dari barisan pelakon yang terlibat.

Supertelefilem dengan genre komidi famili ini menyaksikan gandingan mantap pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop, Anugerah Meletop Era iaitu Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah senonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast

Dua bintang cilik utamanya Mia Sara yang juga pengacara bersama Ceria All Stars dan pelakon kanak-kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke -27, Rykarl Iskandar sekali lagi dipilih menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah prolifik Nizam Zakaria.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast

Yang menariknya dalam telefilem kali ini, kita dapat saksikan keletah Zizan Razak gamatkan Strawberi & Karipap Hello Gold Coast sebagai pelakon undangan.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast bukan sahaja menghiburkan tetapi memberi tauladan yang baik kepada anak-anak yang menontonnya melalui penerapan nilai-nilai murni yang boleh kita lihat di sepanjang supertelefilem ini disiarkan.

Jenama Strawberi Karipap yang tidak asing lagi bagi saluran 611 Astro Ceria ini padat dengan mesej kekeluargaan serta turut memaparkan sifat yakin diri dan kebijaksanaan Nini dan Haikal dalam menyelesaikan masalah orang dewasa.

Hadzelynda, Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja berkata, “Kami berbesar hati menerima pelawaan Tourism Australia dan Tourism & Events Queensland untuk bekerjasama dengan pihak Astro dan Global Station dalam merealisasikan supertelefilem Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Kami sangat bertuah kerana dapat berkongsi keunikan dan keseronokan bumi Gold Coast bersama penonton terutamanya anak-anak di luar sana akan berhibur dengan buah tangan kami yang cukup istimewa ini”.

Setelah melihat pratonton yang diadakan di Garden Theatre, apa yang boleh saya katakan, cerita ini amat menarik dan menghiburkan. Mengisahkan misi Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl Iskandar) merancang percutian keluarga ke Gold Coast, Autralia demi menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin).

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast, Strawberi & Karipap, Zizan Nin Dalam Stawberi & Karipap

Ketika berada di Gold Coast mereka telah ditemukan dengan BRO Z (Zizan Razak), pemandu pelancong di Gold Coast. Perbagai situasi dan kejadian lucu terjadi sepanjang berada di sana. Percutian ini menjadi sebuah pengembaraan yang sangat menarik dan menyeronokkan. Kita dapat saksikan mereka berpeluang bermain dengan ikan paus, bermesra dengan beruang koala, berseronok di Movie World, menaiki belon panas dan banyak lagi pengalaman yang menarik!

Bagi memeriahkan lagi demam Strawberi & Karipap Hello Gold Coast ini, pihak Astro turut bekerjasama dengan PNL Travel untuk Pakej Percutian Strawberi & Karipap Hello Gold Coast di mana penonton bukan sahaja boleh melihat keseronokkan bumi Gold Coast di kaca TV, malah kini boleh merasai keunikan Gold Coast bersama Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Peminat juga boleh mendapatkan Aplikasi Permainan Strawberi & Karipap Hello Gold Coast di mana ianya boleh dimuat turun melalui IOS dan Android. Mesti seronok kan!

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First saluran 480 mulai 26 November 2015 ini, bersemperna dengan cuti persekolahan. Pelanggan Astro yang berhasrat untuk menonton supertelefilem ini, bolehlah melanggan dengan harga RM15.90 (termasuk GST) dan menontonnya berulangkali selama 48 jam bagi setiap langganan.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast

 PAKEJ PERCUTIAN STRAWBERI & KARIPAP HELLO GOLD COAST

Istimewanya kali ini, PNL Travel dengan kerjasama Astro dengan bangganya menawarkan peminat dan penonton Strawberi & Karipap peluang merasai sendiri pengalaman bercuti di Gold Coast bersama Nini dan Haikal. Percutian selama 6 hari ini memberi peluang peminat mengembara bersama Nini dan Haikal di Gold Coast dan menikmati sendiri keindahan dan merasai segala keseronokan aktiviti-aktiviti menarik yang dipaparkan dalam supertelefilem ini.

Antara kelebihan percutian ini adalah ianya menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokan – daripada menambah pengetahuan tentang hidupan liar Australia di santuari haiwan sehinggalah memberi makan dolphin sehinggalah melawat pulau pasir ketiga terbesar di dunia!.

dengan harga istimewa bermula dari RM5,500 untuk dewasa dan RM4,400 untuk kanak-kanak. Pakej mesra Muslim ini boleh didapati bermula 26 November ini.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Pakej Percutian ke Gold Coast bersama Nini dan Haikal ini, peminat bolehlah menghubungi PNL Travel ditalian 03-92844859, ataupun email mereka di tours@pnltravel.com.my dan juga interaksi secara langsung di www.pnltravel.com.my.