Sabtu baru-baru ni memang kelam kabut saya dibuatnya, dengan nak postkan barang customer (kena postkan pagi-pagi sebab pejabat post di sini tutup tengahari sebab hari Sabtu), dan dalam masa yang sama saya nak bekejar pula ke Shah Alam sebab kelas fb ads bersama team New Image bermula pukul 9 pagi.

Last-last terlewat juga saya masuk kelas fb ads tersebut sebab di pejabat post ramai pulak orang, kena tunggu nombor giliran yang panjang. Lepas tu nak ke Shah Alam biasalah jem memanjang.

Rugi betul ketinggalan 2 jam pelajaran.

Kelas Fb Ads bersama team New Image ini dianjurkan oleh leader saya dalam New Image iaitu Puteri Sakura dan suami. Kelas Fb Ads ini dibuat secara percuma untuk ahli dibawah bimbingan beliau dan yang serius nak belajar berniaga secara online.

Kelas FB Ads Bersama Team New Image, Kelas FB Ads

Bertuah sungguh saya berada dalam team ini kerana diberi bimbingan dan bantuan daripada leader-leader yang ingin melihat kami berjaya dan maju dalam perniagaan yang kami ceburi ini.

Kalau nak belajar pasti mustahil tanpa ada yang mengajar, lagi pun kalau nak pergi kelas-kelas fb ads yang ada pasti beratus juga yuran yang harus saya keluarkan. Kiranya bertuah sangat-sangat bila ada kelas percuma macam ni.

Walaupun percuma tapi ilmu yang diberi sama macam berbayar. Memang saya puas hati sangat-sangat. Dapat pula ajaran daripada sifu Fb Ads..ummmm mana tak untungnya.

Bukan itu aje, kami juga diajar marketing plan untuk perniagaan yang kami jalankan. Memang beruntung sangat.Sebenarnya banyak lagi yang harus saya pelajari, tapi tak apa…belajar sikit-sikit dahulu lama-lama jadi bukit.

Sebenarnya seronok belajar ni. Yang jadi seronoknya bila kita belajar sesuatu yang ada bersangkut paut dengan yang kita minat.

Macam saya ada perniagaan online dan offline jadi belajar fb ads ni memang sesuatu yang betul untuk pemasaran product yang saya jual.

Saya juga minat berblog jadi saya belajar ilmu blog yang mana blog juga merupakan satu tapak untuk saya perkenalkan jenama product saya kepada pelanggan. Jadi semua ini memang ada sangkut paut yang harus saya belajar untuk majukan perniagaan online saya.

Kelas FB Ads Bersama Team New Image, Kelas FB Ads

Ingin ketahui lebih lanjut boleh lawati page berkenaan busines online saya di sini – http://on.fb.me/1xrwCnb